Markas Strategik Amerika Syarikat
Markas Pemerintahan Strategik Amerika Syarikat (USSTRATCOM) adalah salah satu dari sebelas markas medan bersepadu dalam Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Beribupejabat di Pangkalan Tentera Udara Offutt, Nebraska, USSTRATCOM bertanggungjawab bagi pencegahan strategik, serangan global, dan mengendalikan Grid Maklumat Global Jabatan Pertahanan. Ia juga menyediakan hos keupayaan untuk membantu markas medan lain, termasuk amaran strategik; pertahanan peluru berpandu bersepadu; dan perintah, kawal, komunikasi, komputer, risikan, pemantauan, dan peninjauan ("command, control, communications, computers, intelligence, surveillance, reconnaissance" atau singkatan C4ISR) global. Markas dinamik ini memberikan pimpinan negara satu sumber bersepadu untuk pemahaman yang lebih baik mengenai ancaman tertentu di seluruh dunia dan cara untuk bertindak balas terhadap ancaman tersebut dengan cepat.[1][2]
Markas Pemerintahan Strategik Amerika Syarikat | |
---|---|
Aktif | 1 Jun 1992 - kini |
Negara | Amerika Syarikat |
Jenis | Markas Medan Fungsional |
Peranan | Pencegahan strategik, serangan global, amaran strategik, pertahanan peluru berpandu bersepadu, C4ISR global |
Sebahagian daripada | Jabatan Pertahanan |
Ibupejabat | Pangkalan Tentera Udara Offutt, Nebraska, A.S. |
Nama samaran | STRATCOM, USSTRATCOM |
Moto | Peace is our Profession |
Komander | |
Komander terkini | Jeneral Anthony J. Cotton, USAF |
Markas Strategik telah ditubuhkan pada tahun 1992 untuk menggantikan Markas Udara Strategik (SAC). Pada Oktober 2002, ia digabungkan dengan Markas Angkasa Amerika Syarikat (USSPACECOM). Ia menggunakan lebih kurang 2,700 orang, mewakili keempat-empat cabang tentera, termasuk orang awam DoD dan kontraktor.
Markas Strategik adalah salah satu dari tiga Markas Medan Bersepadu yang disusun mengikut asas kefungsian. Enam markas yang lain disusun mengikut asas geografik. Struktur markas tempur tentera bersepadu dicadangkan untuk memberi Presiden dan Setiausaha Pertahanan satu sumber bersepadu bagi memahami ancaman besar tertentu diseluruh dunia dan bertindak balas terhadap ancaman-ancaman tersebut dengan pantas.
Senarai Panglima
suntingFoto | Nama | Mula | Tamat | |
---|---|---|---|---|
1. | Jeneral George L. Butler, USAF | Jun 1992 | 14 Februari 1994 | |
2. | Laksamana Henry G. Chiles, Jr., USN | 14 Februari 1994 | 21 Februari 1996 | |
3. | Jeneral Eugene E. Habiger, USAF | 21 Februari 1996 | 1 Ogos 1998 | |
4. | Laksamana Richard W. Mies, USN | 1 Ogos 1998 | 2002 | |
5. | Laksamana James O. Ellis, Jr., USN | 2002 | 9 Julai 2004 | |
6. | Jeneral James E. Cartwright, USMC | 9 Julai 2004 (pemangku) 1 September 2004 |
10 Ogos 2007 | |
Pemangku | Lt. Jen C. Robert Kehler, USAF | 10 Ogos 2007 | 3 Oktober 2007 | |
7. | Jeneral Kevin P. Chilton, USAF | 3 Oktober 2007 | 28 Januari 2011 | |
8. | Jeneral C. Robert Kehler, USAF | 28 Januari 2011 | 15 November 2013 | |
9. | Laksamana Cecil D. Haney, USN | 15 November 2013 | 3 November 2016 | |
10. | Jeneral John E. Hyten, USAF | 3 November 2016 | Penjawat kini |
- General Hyten telah disahkan sebagai Timbalan Pengerusi Ketua Turus Bersama yang seterusnya; pengganti beliau sebagai Panglima USSTRATCOM masih belum lagi dicalonkan.
Lihat juga
suntingRujukan
suntingPautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Markas Strategik Amerika Syarikat |
- United States Strategic Command Official Website
- US Strategic Command Airborne Command Post Fact Sheet
- Air Force Magazine, Journal of the Air Force Assoc., August 2008.
- FAS: United States Space Command (USSPACECOM)
- GAO Report: Additional Actions Needed by U.S. Strategic Command to Strengthen Implementation of Its Many Missions and New Organization