Dalam puisi, matra (Sanskrit: मात्रा, rumi: mātrā "ukuran")[1] ialah struktur rentak asas sesebuah rangkap atau baris dalam puisi. Banyak bentuk sajak tradisional mempunyai matra tertentu, ataupun sebuah set matra yang bersaling ganti dalam aturan tertentu. Kajian matra dan bentuk sajak dikenali sebagai "prosodi". (Dalam bidang linguistik, prosodi digunakan dengan maksud lebih am dalam erti yang ia bukan sahaja merangkumi matra puisi, akan tetapi juga aspek-aspek rentak atau ritme prosa, sama ada formal atau tak formal, yang mungkin berlainan antara bahasa, dan juga antara tradisi puisi.)

Rujukan

sunting
  1. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 804. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 116.
  NODES