Mohd Imran Tamrin
Dato' Mohd Imran bin Tamrin (lahir 1 November 1986) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Sungai Panjang selama sepenggal (2018-2023). Beliau kini berkhidmat sebagai Pegawai Penyelaras DUN Sungai Panjang.
Dato' Mohd Imran Tamrin DIMP (Pahang) | |
---|---|
Pegawai Penyelaras DUN Sungai Panjang | |
Menyandang jawatan 2024 | |
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Sungai Panjang | |
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Didahului oleh | Budiman Mohd Zohdi[1] |
Digantikan oleh | Mohd Razali Saari |
Majoriti | 2,084 (PRU-14) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Pekan Sungai Nibong, Selangor | 1 November 1986
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Datin Nor Syuhada Aini Mohd Sukri |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)[2] |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | peguam |
Mohd Imran yang gemar bersukan dan membaca, pernah bekerja sebagai Eksekutif Bahagian Penajaan Pendidikan Petrolium Nasional Berhad (Petronas) selama lima tahun kemudian dilantik Eksekutif Kanan Bahagian Sumber Manusia (Perhubungan Perusahaan) di Petronas selama setahun.
Kini, beliau meneruskan kerjayanya sebagai seorang peguam berkaliber di Tetuan Zabir Imran & Partners sejak 2017.
Semasa menuntut di universiti, Mohd Imran aktif dalam kepimpinan pelajar termasuk kepimpinan persatuan dan kelab. Sehingga kini beliau aktif dalam kepimpinan masyarakat, belia dan badan bukan berkanun (NGO) serta politik.
Penglibatannya dalam bidang politik, beliau memegang jawatan EXCO Pemuda Barisan Nasional (BN), Pengerusi Sekretariat Profesional Muda Pemuda UMNO Selangor dan kini sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar.
Kalau bercerita mengenai penglibatan beliau dalam NGO termasuk khidmat masyarakat, Mohd Imran pernah menyandang Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Sabak Bernam, Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia dan Penasihat Undang-undang gabungan NGO Malaysia.
Meskipun pertama kali dicalonkan di DUN Sungai Panjang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, beliau terus membawa kemenangan buat BN selepas berjaya menewaskan Mariam Abdul Rashid daripada Pakatan Harapan dengan mendapat 10,530 undiaan manakala penentang memperoleh 8,446 undian. Kemenangan itu dengan majoriti undi sebanyak 2,084.
Kerjaya:
- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang
- Eksekutif Kanan Bahagian Sumber Manusia (Perhubungan Perusahaan) di Petronas (2015-2016)
- Eksekutif Bahagian Penajaan Pendidikan di Petronas (2011-2015)
- Peguambela serta penguamcara di Tetuan Zabir Imran & Partners
Jawatan dalam parti:
- Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar (kini)
- EXCO Pemuda Barisan Nasional (BN)
- Pengerusi Sekretariat Profesional Muda Pemuda UMNO Selangor
Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:
- Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Sabak Bernam
- Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia
- Penasihat Undang-undang gabungan NGO Malaysia
- Pengerusi Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sungai Besar
- Bekas pegawai Gerakan Wawasan Malaysia (GWM)
Pendidikan:
- Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang UIAM (2010)
- Pusat Matrikulasi UIAM, Petaling Jaya (Matrikulasi Undang-Undang 2004)
- Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang, Selangor (SMA 2002/SPM 2003)
- SK Sungai Nibong, Selangor (1998)
Politik
suntingImran Tamrin bertanding buat kali pertama[3] sewaktu pilihan raya umum ke-14 dan telah memenangi kerusi DUN Sungai Panjang menggantikan Budiman Mohd Zohdi.
Rujukan
suntingPautan luar
sunting- Mohd Imran Tamrin di Facebook - Profil Facebook
- Mohd Imran Tamrin di Twitter - Profil Twitter