Monsun
Monsun (Jawi: مونسون ), atau tengkujuh (Jawi: تڠکوجوه ), pada mulanya memaksudkan angin pembalik bermusim yang diiringi oleh perubahan musim dalam kerpasan,[1] tetapi kini pula menyifatkan perubahan bermusim dalam peredaran atmosfera dan kerpasan.[2] Sistem-sistem monsun utama di dunia terdiri daripada monsun Afrika Barat dan monsun Asia-Australia, tetapi mungkin juga termasuk sekali monsun Amerika Utara dan Amerika Selatan yang mengalami pembalikan angin yang tidak lengkap.
Dalam bidang hidrologi, dikira bahawa curahan hujan monsun berlaku di mana-mana kawasan yang menerima kebanyakan besar hujannya pada musim tertentu; oleh itu hujan monsun bukan sahaja turun di kawasan monsun bahkan juga tempat-tempat lain di dunia yang mengalami curahan hujan sedemikian (iaitu tidak dipastikan kewujudan sistem monsun).[3]
Peristilahan
suntingPerkataan monsun meminjam bahasa Inggeris: monsoon diserap dari perkataan Arab mawsim (موسم "musim") melalui bahasa Portugis: monção.[4] Perkataan bahasa Arab ini turut diserapkan dalam bahasa Hindi-Urdu melalui perkataan mausam (मौसम, موسم) "cuaca",[5] di mana ia digunakan para penjajah India British (kini India, Bangladesh dan Pakistan) dan negara-negara jirannya untuk memaksudkan angin kencang bermusim yang bertiup dari Teluk Benggala dan Laut Arab di barat daya yang membawa hujan lebat ke situ.[6] Perkataan tengkujuh pula datang daripada perkataan Melayu Klasik yang sama (تڠكوجوه), dan bermaksud musim hujan lebat sebagai umum, yang selalunya berlaku pada musim monsun.
Proses
suntingMonsun boleh dianggap sebagai bayu laut besar-besaran, disebabkan pemanasan bermusim, diikuti hasilnya iaitu timbulnya tekanan rendah terma yang melanda daratan kebenuaan, yang disebabkan oleh amplitud kitaran musim suhu daratan yang lebih besar berbanding lautan berdekatan. Pemanasan berbezaan ini berlaku kerana haba dalam lautan bercampur secara menegak melalui "lapisan bercampur" yang mungkin sedalam 50 meter, melalui tindakan gelora janaan angin dan keapungan, sedangkan permukaan darat perlahan pengaliran habanya, dengan penembusan isyarat bermusim yang lebih kurang sedalam semeter sahaja. Tambahan pula, muatan haba tentu air cecair jauh lebuh tinggi berbanding dengan bahan-bahan yang membentuk daratan. Faktor-faktor tersebut secara bersamanya bererti bahawa muatan haba lapisan yang terlibat dalam kitaran musim adalah lebih besar di atas lautan berbanding di atas daratan, dengan hasilnya iaitu udara di atas daratan lebih cepat memanas berbanding udara di atas lautan. Udara panas di atas daratan cenderung menaik, maka terjadinya kawasan tekanan rendah. Ini menjadikan angin mantap bertiup ke arah daratan, membawa bersamanya udara yang lembap dari dekat permukaan lautan.[7] Curahan hujan seumpamanya terjadi daripada udara lembap dari lautan yang dinaikkan oleh gunung,[8] pemanasan permukaan,[9] penumpuan di permukaan,[10] capahan di langit, ataupun aliran keluar hasil ribut pada permukaan.[11] Walaupun begitu, apabila dinaikkan, udara menyejuk kerana tekanan rendah yang mengembang, lalu menyebabkan penyejatan.
Pada musim sejuk, daratan cepat menjadi sejuk, tetapi lautan pula lebih lama menyimpan haba. Udara sejuk di atas daratan menimbulkan kawasan tekanan tinggi yang menghasilkan bayu dari daratan ke lautan.[7] Monsun adalah ibarat bayu laut dan darat, iaitu istilah yang biasanya memaksudkan kitaran peredaran harian berhampiran kawasan pantai setempat, itupun lebih besar, lebih kuat dan bermusim.[12]
Semakin mendalam pemahaman monsum, semakin luasnya pengertian istilah monsun untuk merangkumi hampir semua fenomena yang dikaitkan dengan kitaran cuaca tahunan dalam kawasan tanah tropika dan hampir tropika di Bumi.
Sistem monsun
suntingDengan semakin bertambahnya pengetahuan mengenai monsun, definisi "monsun" telah melebar, dan kini termasuk segala fenomena yang berkaitan dengan siklus cuaca tahunan di benua Asia, Australasia, dan Afrika yang tropika dan subtropika serta lautan dan samudera di wilayah-wilayah tersebut. Di daerah-daerah inilah siklus-siklus peristiwa cuaca yang paling hebat dan dramatik di Bumi terjadi.
Selain itu, sistem Monsun juga diketahui selalunya terjadi saat pembentukan benua-benua raksasa seperti Pangea bersama dengan cuaca kontinental yang ekstrim.
Asia
suntingAngin Monsun Barat (Asia)
suntingAngin Monsun Barat adalah angin yang bertiup sekitar bulan Oktober - April di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Angin ini bertiup saat matahari berada di belahan bumi selatan, yang menyebabkan benua Australia musim panas, sehingga bertekanan minimum dan Benua asia lebih dingin, sehingga tekananya maksimum. Menurut hukum Buys Ballot, angin akan bertiup dari daerah bertekanan maksimum ke daerah bertekenan minimum, sehingga angin bertiup dari benua Asia menuju benua Australasia, dan kerana menuju ke Selatan Khatulistiwa, maka angin akan dibelokkan ke arah kiri. Pada waktu ini, Indonesia dan Malaysia khususnya akan mengalami musim hujan akibat adanya jisim wap air yang dibawa oleh angin ini, saat melalui lautan luas di bahagian utara (Lautan Pasifik dan Laut Cina Selatan).
Monsun barat daya
suntingMonsun barat daya musim panas berlaku dari Julai hingga September. Gurun Thar dan kawasan bersebelahan di utara dan tengah benua India menjadi panas dengan ketara semasa musim panas. Ini menyebabkan kawasan tekanan rendah di atas benua kecil India utara dan tengah. Untuk mengisi kekosongan ini, angin sarat lembapan dari Lautan Hindi meluru ke benua kecil India. Angin ini, kaya dengan kelembapan, ditarik ke arah Himalaya. Himalaya bertindak seperti tembok tinggi, menghalang angin daripada melalui ke Asia Tengah, dan memaksa mereka naik. Apabila awan meningkat, suhunya menurun, dan kerpasan berlaku. Sesetengah kawasan di benua kecil menerima sehingga 10,000 mm (390 in) hujan setiap tahun.
Monsun barat daya secara amnya dijangka bermula sekitar awal bulan Jun dan hilang menjelang akhir September. Angin sarat lembapan apabila sampai ke titik paling selatan Semenanjung India, disebabkan topografinya, terbahagi kepada dua bahagian: Cabang Laut Arab dan Cabang Teluk Benggala.
Monsun Barat Daya Cabang Laut Arab mula-mula melanda Ghats Barat negeri pantai Kerala, India, sekali gus menjadikan kawasan ini negeri pertama di India yang menerima hujan daripada Monsun Barat Daya. Cabang monsun ini bergerak ke utara di sepanjang Ghats Barat (Konkan dan Goa) dengan kerpasan di kawasan pantai, barat Ghats Barat. Kawasan timur Ghats Barat tidak menerima banyak hujan daripada monsun ini kerana angin tidak melintasi Ghats Barat.
Monsun Barat Daya Cabang Teluk Bengal mengalir di atas Teluk Bengal menuju ke arah timur laut India dan Bengal, mengambil lebih banyak kelembapan dari Teluk Bengal. Angin tiba di Timur Himalaya dengan jumlah hujan yang banyak. Mawsynram, terletak di lereng selatan Bukit Khasi di Meghalaya, India, adalah salah satu tempat paling basah di Bumi. Selepas ketibaan di Himalaya Timur, angin berpusing ke arah barat, melintasi Dataran Indo-Gangetic pada kadar kira-kira 1–2 minggu setiap negeri,[13] hujan mencurah-curah sepanjang perjalanan. 1 Jun dianggap sebagai tarikh bermulanya monsun di India, seperti yang ditunjukkan oleh ketibaan monsun di negeri paling selatan Kerala.
Musim monsun menyumbang hampir 80% daripada jumlah hujan di India.[14][15] Pertanian India (yang menyumbang 25% daripada KDNK dan menggaji 70% daripada penduduk) sangat bergantung kepada hujan, untuk menanam tanaman terutamanya seperti kapas, beras, biji rami dan bijirin kasar. Kelewatan beberapa hari dalam ketibaan monsun boleh menjejaskan ekonomi dengan teruk, seperti yang dibuktikan dalam banyak kemarau di India pada 1990-an.
Musim tengkujuh disambut secara meluas dan dihargai oleh penduduk kota juga, kerana ia memberikan kelegaan daripada kemuncak musim panas pada bulan Jun.[16] Bagaimanapun, jalan raya mengalami kerosakan setiap tahun. Selalunya rumah dan jalan bergenang air dan kawasan setinggan ditenggelami air walaupun wujud sistem perparitan. Kekurangan infrastruktur bandar ditambah dengan perubahan corak iklim menyebabkan kerugian ekonomi yang teruk termasuk kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa, seperti yang dibuktikan dalam 2005 banjir di Mumbai yang menyebabkan bandar itu terhenti. Bangladesh dan wilayah tertentu di India seperti Assam dan Benggala Barat, juga kerap mengalami banjir besar pada musim ini. Baru-baru ini, kawasan di India yang pernah menerima hujan yang sedikit sepanjang tahun, seperti Gurun Thar, secara mengejutkan akhirnya menerima banjir akibat musim tengkujuh yang berpanjangan.
Pengaruh Monsun Barat Daya dirasai jauh di utara seperti di Xinjiang China. Dianggarkan bahawa kira-kira 70% daripada semua kerpasan di bahagian tengah Pergunungan Tian Shan jatuh semasa tiga bulan musim panas, apabila rantau ini berada di bawah pengaruh monsun tersebut; kira-kira 70% daripadanya adalah secara langsung dari asal "siklonik" (iaitu, didorong oleh monsun, berbanding dengan "perolakan tempatan").[17] Kesannya juga memanjang ke arah barat ke Mediterranean, yang bagaimanapun kesan monsun adalah menyebabkan kemarau melalui mekanisme Rodwell-Hoskins.[18]
Angin Monsun Timur
suntingAngin Monsun Timur adalah angin yang bertiup pada bulan April - Oktober di Indonesia dan Malaysia khususnya. Angin ini bertiup saat matahari berada di belahan bumi utara, sehingga menyebabkan benua Australasia musim dingin, sehingga bertekanan maksimum dan Benua asia lebih panas, sehingga tekananya minimum. Menurut hukum Buys Ballot, angin akan bertiup dari daerah bertekanan maksimum ke daerah bertekenan minimum, sehingga angin bertiup dari benua Australasia menuju benua Asia, dan karena menuju Utara Khatulistiwa, maka angin akan dibelokkan ke arah kanan. Pada waktu ini, Indonesia akan mengalami musim kemarau akibat angin tersebut melalui gurun pasir di bagian utara Australia yang kering dan hanya melalui lautan sempit. Angin Monsun Timur Laut bertiup merentasi Laut China Selatan dan sampai ke pantai timur Semenanjung Malaysia dengan kelajuannya 57 kilometer sejam.
Monsun timur laut
suntingSekitar bulan September, dengan matahari berundur ke selatan, daratan utara benua kecil India mula menyejuk dengan cepat, dan tekanan udara mula membina di utara India. Lautan Hindi dan suasana sekitarnya masih menahan panasnya, menyebabkan angin sejuk menyapu turun dari Himalaya dan Dataran Indo-Gangga ke arah bentangan luas Lautan Hindi di selatan semenanjung Deccan. Ini dikenali sebagai Monsun Timur Laut atau Monsun Undur.
Semasa perjalanan ke arah Lautan Hindi, angin kering yang sejuk mengambil sedikit lembapan dari Teluk Bengal dan mencurahkannya ke semenanjung India dan sebahagian daripada Sri Lanka. Bandar seperti Chennai, yang kurang hujan daripada Monsun Barat Daya, menerima hujan daripada Monsun ini. Kira-kira 50% hingga 60% hujan yang diterima oleh negeri Tamil Nadu adalah dari Monsun Timur Laut.[19] Di Asia Selatan, monsun timur laut berlaku dari Oktober hingga Disember apabila permukaan sistem tekanan tinggi adalah paling kuat.[20] Aliran jet di rantau ini berpecah kepada jet subtropika selatan dan jet kutub. Aliran subtropika menghalakan angin timur laut bertiup merentasi Asia selatan, mewujudkan aliran udara kering yang menghasilkan langit cerah di atas India. Sementara itu, sistem tekanan rendah yang dikenali sebagai palung monsun berkembang di Asia Tenggara dan Australasia dan angin menghala ke Australia.
Monsun Asia Timur
suntingMonsun Asia Timur menjejaskan sebahagian besar Indochina, Filipina, China, Taiwan, Korea, Jepun, dan Siberia. Ia dicirikan oleh monsun musim panas yang hangat serta basah dan monsun musim sejuk yang sejuk serta kering. Hujan berlaku dalam jalur tertumpu yang terbentang ke timur-barat kecuali di China Timur yang ia condong ke timur-timur laut di atas Korea dan Jepun. Hujan bermusim dikenali sebagai Meiyu di China, Jangma di Korea, dan Bai-u di Jepun, dengan dua yang terakhir menyerupai hujan perenggan.
Permulaan monsun musim panas ditandai dengan tempoh hujan pramonsun di China Selatan dan Taiwan pada awal Mei. Dari Mei hingga Ogos, monsun musim panas beralih melalui beberapa siri fasa kering dan hujan apabila tali hujan bergerak ke utara, bermula dari Indochina dan Laut China Selatan (Mei), ke Lembangan Sungai Yangtze dan Jepun (Jun) dan akhirnya ke utara China dan Korea (Julai). Apabila monsun berakhir pada bulan Ogos, jalur hujan bergerak kembali ke selatan China.
Rujukan
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Monsun |
- ^ Ramage, C., Monsoon Meteorology. International Geophysics Series, Vol. 15, 296 pp., Academic Press, San Diego, Calif. 1971.
- ^ Trenberth, .K.E., Stepaniak, D.P., Caron, J.M., 2000, The global monsoon as seen through the divergent atmospheric circulation, Journal of Climate, 13, 3969-3993.
- ^ International Committee of the Third Workshop on Monsoons. The Global Monsoon System: Research and Forecast. Diarkibkan 2008-04-08 di Wayback Machine Retrieved on 2008-03-16.
- ^ OED online
- ^ Richard Delacy, Parvez Dewan (1998), Hindi & Urdu phrasebook, Lonely Planet, ISBN 0864424256,
... What's the weather like? Mausam kaisa hai? ...
- ^ Glossary of Meteorology (June 2000). "Monsoon". American Meteorological Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-22. Dicapai pada 2008-03-14.
- ^ a b Dr. Louisa Watts (2009). What causes the west African monsoon? National Centre for Environmental Science. Retrieved on 2009-04-04.
- ^ Dr. Michael Pidwirny (2008). CHAPTER 8: Introduction to the Hydrosphere (e). Cloud Formation Processes. Physical Geography. Retrieved on 2009-01-01.
- ^ Bart van den Hurk and Eleanor Blyth (2008). Global maps of Local Land-Atmosphere coupling. Diarkibkan 2009-02-25 di Wayback Machine KNMI. Retrieved on 2009-01-02.
- ^ Robert Penrose Pearce (2002). Meteorology at the Millennium. Academic Press, p. 66. ISBN 9780125480352. Retrieved on 2009-01-02.
- ^ Glossary of Meteorology (June 2000). "Gust Front". American Meteorological Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-05. Dicapai pada 2008-07-09.
- ^ BBC Weather (2004-09-01). "The Asian Monsoon". Dicapai pada 2008-05-22.
- ^ Explore, Team (2005). Weather and Climate: India in Focus. EdPower21 Education Solutions. m/s. 28.
- ^ Ahmad, Latief; Kanth, Raihana Habib; Parvaze, Sabah; Mahdi, Syed Sheraz (2017). Experimental Agrometeorology: A Practical Manual. Springer. m/s. 121. ISBN 978-3-319-69185-5.
- ^ "Why India's Twin Monsoons Are Critical To Its Well-Being | The Weather Channel". The Weather Channel (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-09-05.
- ^ Official Web Site of District Sirsa, India. District Sirsa. Diarkibkan 2010-12-28 di Wayback Machine Retrieved on 2008-12-27.
- ^ Blumer, Felix P. (1998). "Investigations of the precipitation conditions in the central part of the Tianshan mountains". Dalam Kovar, Karel (penyunting). Hydrology, water resources and ecology in headwaters. Volume 248 of IAHS publication (PDF). International Association of Hydrological Sciences. m/s. 343–350. ISBN 978-1-901502-45-9.
- ^ Rodwell, Mark J.; Hoskins, Brian J. (1996). "Monsoons and the dynamics of deserts". Quarterly Journal of the Royal Meteorological Society (dalam bahasa Inggeris). 122 (534): 1385–1404. Bibcode:1996QJRMS.122.1385R. doi:10.1002/qj.49712253408. ISSN 1477-870X.
- ^ "NORTHEAST MONSOON". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-29. Dicapai pada 2011-11-07.
- ^ Robert V. Rohli; Anthony J. Vega (2007). Climatology. Jones & Bartlett Publishers. m/s. 204. ISBN 978-0-7637-3828-0. Dicapai pada 2009-07-19.
Bacaan lanjut
sunting- International Committee of the Third Workshop on Monsoons. The Global Monsoon System: Research and Forecast. Diarkibkan 2008-04-08 di Wayback Machine
- Chang, C.P., Wang, Z., Hendon, H., 2006, The Asian Winter Monsoon. The Asian Monsoon, Wang, B. (Ed), Praxis, Berlin, p89-127.
Pautan luar
sunting- National Weather Service: The North American Monsoon
- North American Monsoon Experiment Diarkibkan 2007-08-02 di Wayback Machine
- East Asian Monsoon Experiment
- Influence of monsoon winds
- Meet the Indian monsoons at PBS.org Diarkibkan 2005-10-03 di Wayback Machine
- Arizona Central monsoon page
- Genel Forum Sitesi
- Basics of the Arizona Monsoon
- AMMA - African Monsoon Multidisciplinary Analyses[pautan mati kekal]
- Flooding of urban areas due to Monsoon showers, Phnom Penh-Cambodia > Video attachment