Mossberg 500 merupakan senjata senapang patah yang direkacipta oleh O.F. Mossberg & Sons. Lebih tepat lagi sebagai model laras satu, Model 500 adalah siri yang mempunyai perbezaan luas pada sistem pengetuk, pam yang berulang-ulang, kesemuanya yang mempunyai asas yang sama pada receiver dan tindakbalas, tetapi berlainan dengan saiz kaliber, ukuran laras, udi senjata dan bahagian pengadang tangan.

Mossberg 500
Mossberg 500
JenisSenapang patah
Tempat asal Amerika Syarikat
Sejarah perkhidmatan
Digunakan olehSemua organisasi ketenteraan dan polis serta pihak awam.
Sejarah pengeluaran
PengeluarMossberg
Spesifikasi
Berat3.06-3.29kg
Panjang355 - 500 mm (14" - 20")

Kartrij12, 20 dan 40 Bore
AksiSistem Pam
Jarak tembakan efektif40 m
Sistem suapan7 butir

Ciri-ciri asas

sunting

Model 500 diasaskan dengan asas rekabentuk yang sama, sistem pam, yang turut menggunakan rekabentuk laras satu, dan sistem kunci selamat bagi mengurangkan sebarang tembakan secara tidak sengaja dilepaskan. Tiub peluru diletakkan dibawah laras, dan diikat pada bahagian receiver. Pelepas bolt diletakkan dibahagian kiri luar picu, dan kunci selamat diletakkan dibahagian atas receiver. Perbezaan pejera turut disediakan dari model ke model, daripada pejera biasa kepada receiver diletakkan pada bahagian ghost ring atau boleh dikembarkan dengan pejera teleskopik.

Jenis Model 500

sunting

"Model 500" adalah antara versi senapang patah pam yang direka untuk peluru diameter 3" (76.2mm). Model standard menggunakan lima 2 3/4" (70mm) atau empat butir peluru berdiameter 3" didalam tiub dan satu didalam kurung. Model 500 menggunakan kaliber 12 gauge, 20 gauge, dan .410 bore, dengan pelbagai jenis 12 gauge yang terkini.

Terakhir

sunting

Standard terakhir Model 500 ini disaluti dengan logam aluminium pada bahagian receiver dan digilapkan dan laras berwarna biru gelap. Model ini turut didatangkan dengan warna hitam yang tidak berkilat pada receiver, serta laras biru gelap. Mossberg juga turut mengeluarkan model berwarna celoreng, dalam jumlah yang berlainan. Bahagian udinya diperbuat daripada kayu atau polimer, jika udi diperbuat dengan polimer menggunakan warna hitam atau celoreng.

Kapasiti

sunting

Model 500 direka dengan sistem receiver yang berlainan, yang menggunakan sistem tiub peluru yang berbeza. Asas bagi Model 500 direka dengan tiub peluru menggunakan lima butir peluru 2 3/4", yang dipanggil model enam tembakan (tiub peluru diisi sepenuhnya dan sebutir dalam kurung). Model 500 juga turut direka dengan menggunakan tiub peluru dengan berkapasiti tujuh hingga lapan butir. Model bagi 590 menggunakan kapasiti lima dan lapan butir peluru dalam tiub, serta enam dan sembilan butir.

Nombor Model bagi Mossberg 500

sunting
  • 500A = 12 gauge
  • 500C = 20 gauge
  • 500E = .410 bore

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Senarai senjata api  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain.
  NODES