Naqada III
Naqada III merupakan fasa terakhir budaya Naqada prasejarah Mesir Purba yang berasal dari sekitar tahun 3200 sampai 3000 SM.[1] Ini ialah zaman di mana proses pembentukan negara, yang mulai terjadi di Naqada II, menjadi amat ketara dengan raja-raja bernama mula membentuk pemerintahan yang kuat. Naqada III sering disebut sebagai Dinasti 0 atau Tempoh Protodinasti[1] untuk mencerminkan kehadiran raja-raja di kota utama berpengaruh walaupun sebenarnya raja-raja yang terlibat tidak akan menjadi sebahagian dari sebuah dinasti. Mereka mungkin tidak terkait sama sekali dan sangat mungkin bersaing antara satu sama lain. Dalam zaman ini, nama raja-raja itu ditulis dalam bentuk serekh di pelbagai permukaan termasuk tembikar dan makam.
Tempoh protodinasti di Mesir Purba ditandai oleh proses penyatuan politik yang berlanjutan yang berpuncak pada pembentukan sebuah negara tunggal lalu bermulanya Tempoh Dinasti Awal. Selanjutnya, pada saat inilah bahasa Mesir pertama kali dirakam dalam tulisan hieroglif. Ada juga bukti arkeologi kukuh permukiman Mesir di Kanaan selatan selama Periode Protodinasti yang dianggap sebagai koloni atau entrepot.
Pembentukan negara Mesir Purba bermula pada zaman ini dan mungkin lebih awal. Pelbagai kota kecil muncul di sepanjang sungai Nil. Penaklukan selama berabad-abad kemudian memecahkan Mesir Hulu ke tiga negara utama: Tinis, Naqada, dan Nekhen. Tersepit di antara Tinis dan Nekhen, Naqada yang mula-mula jatuh. Tinis kemudian menakluki Mesir Hilir. Hubungan Nekhen dengan Tinis tidak pasti, namun kedua-dua negara mungkin telah bergabung dengan damai, dengan keluarga kerajaan Tinis yang memerintah seluruh Mesir. Raja-raja Tinis dimakamkan di Abydos, Umm el-Qa'ab.
Kebanyakan pengkaji Mesir Purba menganggap Narmer sebagai raja terakhir zaman ini serta raja pertama Dinasti Pertama. Baginda mungkin menerusi penguasaan atas beberapa bahagian Mesir Hulu oleh Buaya, Iry-Hor, Ka dan mungkin oleh apa yang disebut sebagai "Raja Scorpion", dengan namanya dapat merujuk, atau berasal dari dewi Serket.[1]
Naqada III meluas ke seluruh Mesir dan ditandai oleh beberapa peristiwa penting pertama:
- Hieroglif pertama
- Perekodan grafik pertama pada palet
- Penggunaan lazim terawal serekh
- Pemakaman diraja pertama
- Mungkin contoh terawal perairan
- Penemuan navigasi berlayar[2] (terlepas dari penemuan sebelumnya di Teluk Persia 2.000 tahun sebelumnya)[3]
Rujukan
sunting- ^ a b c Shaw 2000.
- ^ Meza, A.I. (2007) “Neolithic Boats: Ancient Egypt and the Maltese Islands. A Minoan Connection” J-C. Goyon,C. Cardin (Eds.) Actes Du Neuvième Congrès International Des Égyptologues, p. 1287.
- ^ Robinson, D. (2012). "Review of: Anderson, A., et al. (2010), The Global Origins and Development of Seafaring". International Journal of Nautical Archaeology. 41 (1): 206–208. doi:10.1111/j.1095-9270.2011.00333_2.x.
Pautan luar
sunting- Kategori berkenaan Naqada III di Wikimedia Commons