Narwal (bahasa Inggeris: narwhal, nama saintifik: Monodon monoceros) ialah spesies paus bergigi yang kelihiatan bertanduk sumbu (yang lebih bersifat gading) yang besar; spesies ini mendiami perairan Artik sekitar utara Greenland, Kanada dan Rusia. Ia antara satu daripada dua spesies dalam keluarga Monodontidae selain paus beluga.

Narwal[1]
Julat zaman: Kuarterner-kini[2][3]
Rajah menunjukkan showing a narwhal and scuba diver from the side: the body of the whale is about three times longer than a human.
Ukur badan
dibanding lawan manusia dewasa
CITES Appendix II (CITES)[5]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Infraorder: Cetacea
Keluarga: Monodontidae
Genus: Monodon
Linnaeus, 1758
Spesies:
M. monoceros
Nama binomial
Monodon monoceros
Penampakan populasi narwal yang kerap (penuh) dan langka (berlorek)

Paus-paus sumbu ini diancam kelangsungan hidup hasil pertembungan dengan manusia yang menburunya;[6] sebanyak kira-kira 50,000 (perangkaan 1996)[7] sampai 170,000 ekor (anggaran kiraan dalam kajian antara 2000–2017)[4] telah dianggarkan masih ada di dunia.

Haiwan ini diberi namanya berdasarkan pengamatan oleh masyarakat Viking terhadap penampilannya yang berwarna pucat seakan-akan "mayat" (nár dalam bahasa Nor Kuno)[8] serta keadaan haiwan ini yang kadangkala terapung pegun.[9]

Ciri fizikal

sunting

Narwal bersaiz sederhana sepertimana paus beluga dengan ukuran panjang badan dari hujung ekor ke ubun kepala antara 3.95 hingga 5.5 meter.[10] Badan si jantan lebih besar (sekitar 4.1 meter) dari badan si betina (sekitar 3.5 meter) dengan berat purata sekitar 800 hingga 1,600 kilogram.[10]

Atas puncak kepala si jantan ada sebatang tanduk yang menegak seperti sumbu yang sebenarnya merupakan jenis gigi taring[11][12] yang tumbuh dari rahang atas kiri mulut dan berpilin ke arah kiri. Sumbu ini berperanan sebagai pengesan persekitaran yang dipancarkan melalui gema pantulan sonar[13] yang dihubungkan kepada banyak hujung saraf dengan otak.[14][15][16][17]

Tabiat

sunting

Sekawan narwal terdiri dari 5 hingga 10 ekor bahkan sampai sebanyak 20 ekor.

Pemakanan

sunting

Narwal memangsakan hidupan khusus terdiri dari ikan kod, halibut Greenland, sotong dan udang; pemakanan ini dilakukan secara penghirupan kuat dari jarak cukup dekat kerana penggigian pada haiwan ini yang kurang sempurna. Batu dasar laut adakala didapati hasil penelanan tidak sengaja semasa pemangsaan di aras ini.[10][18][19][20]

Hubungan dengan manusia

sunting

Kepercayaan

sunting

Masyarakat Inuit percaya sumbu haiwan ini berasal daripada penjelmaan seorang perempuan yang terjatuh ke dalam air dek tersangkut pada tali tempuling yang mengena seekor paus yang diburunya; tanduk ini dikatakan muncul dari sanggulnya.[21]

Masyarakat Eropah zaman Pertengahan menyangka sumbu haiwan ini berkaitan tanduk yang ada pada seekor kuda sumbu[22][23] dipercayai mempunyai pelbagai kuasa sakti termasuk menawarkan racun atau mengubatkan sakit menung hiba sehingga dijual dengan harga timbangan emas yang tinggi.[24]

Rujukan

sunting
  1. ^ Mead, James G. dan Robert L. Brownell, Jr (16 November 2005). Wilson, D. E., dan Reeder, D. M. (ed) (penyunting). Mammal Species of the World (Spesies Mamalia di Dunia) (ed. ke-3). Percetakan Universiti Johns Hopkins. m/s. 723–743. ISBN 0-801-88221-4.CS1 maint: multiple names: editors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)
  2. ^ "E. T. Newton. 1891. The vertebrata of the Pliocene deposits of Britain. Memoirs of the Geological Survey of the United Kingdom". Memoirs of the Geological Survey, Great Britain. 1891.
  3. ^ "Monodon monoceros Linnaeus 1758 (narhwal)". PBDB.org.
  4. ^ a b Lowry, L; Laidre, K; Reeves, R (2017). "Monodon monoceros". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-3.RLTS.T13704A50367651.en.
  5. ^ "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 2022-01-14.
  6. ^ Jefferson, T.A.; Karczmarski, L.; Laidre, K.; O'Corry-Crowe, G.; Reeves, R.R.; Rojas-Bracho, L.; Secchi, E.R.; Slooten, E.; Smith, B.D.; Wang, J.Y.; dll. (2008). "Monodon monoceros". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2008. Dicapai pada 18 Disember 2008.
  7. ^ Laidre, K. L.; Stirling, I.; Lowry, L.; Wiig, Ø.; Heide-Jørgensen, M. P. & Ferguson, S. (2008). "Quantifying the sensitivity of arctic marine mammals to climate-induced habitat change". Ecological Applications. 18 (2): S97–S125. doi:10.1890/06-0546.1. PMID 18494365. S2CID 23765771.
  8. ^ Heide-Jørgensen, M. P. & Laidre, K. L. (2006). Greenland's Winter Whales: The beluga, the narwhal and the bowhead whale. Ilinniusiorfik Undervisningsmiddelforlag, Nuuk, Greenland. ISBN 978-87-7975-299-3.
  9. ^ "The Narwhal: Unicorn of the Seas" (PDF). Fisheries and Oceans Canada. 2007. Dicapai pada 10 Julai 2013.
  10. ^ a b c Macdonald, D.W.; Barrett, P. (1993). Mammals of Europe. New Jersey: Princeton University Press. ISBN 978-0-691-09160-0.
  11. ^ Nweeia, Martin T.; Eichmiller, Frederick C.; Hauschka, Peter V.; Tyler, Ethan; Mead, James G.; Potter, Charles W.; Angnatsiak, David P.; Richard, Pierre R.; dll. (2012). "Vestigial tooth anatomy and tusk nomenclature for Monodon monoceros". The Anatomical Record. 295 (6): 1006–16. doi:10.1002/ar.22449. PMID 22467529. S2CID 22907605.
  12. ^ Nweeia, Martin (20 Jun 2014). "Narwhal Tusk Research". Narwhal Tusk Research. Narwhal.org. Dicapai pada 20 Jun 2014.
  13. ^ Novena, Monika (18 Jun 2017). "Terungkap, Alasan Paus "Unicorn" Narwhal Punya Tanduk". KOMPAS. Dicapai pada 6 Februari 2020.
  14. ^ Nweeia MT, dll. (2014). "Sensory ability in the narwhal tooth organ system". The Anatomical Record. 297 (4): 599–617. doi:10.1002/ar.22886. PMID 24639076. S2CID 6028832.
  15. ^ Broad, William (13 Disember 2005). "It's Sensitive. Really". The New York Times.
  16. ^ Vincent, James (19 Mac 2014). "Scientists suggest they have the answer to the mystery of the narwhal's tusk". Dicapai pada 31 Mac 2014.
  17. ^ Nweeia, Martin (20 Jun 2014). "Narwhal Tusk Research – About the Tusk". Narwhal Tusk Research. Narwhal.org. Dicapai pada 20 Jun 2014.
  18. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Laidre2004
  19. ^ Laidre, K.L. & Heide-Jørgensen, M. P. (2005). "Winter feeding intensity of narwhals". Marine Mammal Science. 21 (1): 45–57. doi:10.1111/j.1748-7692.2005.tb01207.x. S2CID 35707989.
  20. ^ "The Biology and Ecology of Narwhals". National Oceanic and Atmospheric Administration. Dicapai pada 15 Januari 2009.
  21. ^ Bastian, Dawn E.; Mitchell, Judy K. (2004). Handbook of Native American Mythology. ABC-CLIO. m/s. 54–55. ISBN 978-1-85109-533-9.
  22. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Unicorn
  23. ^ Daston, Lorraine and Park, Katharine (2001). Wonders and the Order of Nature, 1150–1750. New York: Zone Books, ISBN 0-942299-91-4.
  24. ^ Officer, L. H.; Williamson, S. H. (2014). "Purchasing Power of British Pounds from 1270 to Present". MeasuringWorth.
  NODES
admin 1