Neogen
Neogen ialah nama khusus untuk tempoh dan sistem geologi yang menjangkau 20.45 juta tahun dari akhir Zaman Paleogen pada 23.03 juta tahun dahulu (jtd) sehingga ke permulaan Tempoh Kuaterner pada 2.58 juta tahun dahulu. Neogen terbahagi kepada dua epok, epok awal ialah epok Miosen dan epok kemudian ialah epok Pliosen. Sesetengah ahli geologi menegaskan bahawa Neogen tidak boleh disempadankan dengan jelas daripada tempoh geologi moden yakni tempoh Kuaterner.[3] Istilah "Neogen" dicipta pada tahun 1853 oleh ahli paleontologi Austria Moritz Hörnes (1815–1868).[4] Istilah terdahulu Tempoh Tertier digunakan untuk mentakrifkan jangka masa yang kini diliputi oleh Paleogen dan Neogen dan, walaupun tidak lagi diiktiraf sebagai istilah stratigrafi formal, "Tertier" kadangkala masih kekal dalam penggunaan tidak rasmi. [5]
Neogen | |
---|---|
Kronologi | |
Etimologi | |
Keformalan nama | Formal |
Maklumat kegunaan | |
Jasad cakerawala | Bumi |
Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
Skala masa yang digunakan | Skala Masa ICS |
Takrifan | |
Unit kronologi | Tempoh |
Unit stratigrafi | Sistem |
Keformalan jangka masa | Formal |
Takrif sempadan bawah |
|
Sempadan bawah GSSP | Keratan Lemme-Carrosio, Carrosio, Itali 44°39′32″N 8°50′11″E / 44.6589°N 8.8364°E |
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP | 1996[1] |
Takrif sempadan atas |
|
Sempadan atas GSSP | Monte San Nicola Section, Gela, Sicily, Italy 37°08′49″N 14°12′13″E / 37.1469°N 14.2035°E |
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP | 2009 (sebagai tapak Kuaterner dan Pleistosen)[2] |
Data atmosfera dan iklim | |
Kandungan purata O2 di atmosfera | c. 21.5 vol % (108 % berbanding aras moden) |
Kandungan purata CO2 di atmosfera | c. 280 ppm (1 kali ganda berbanding sebelum zaman industri) |
Purata suhu permukaan | c. 14 °C (0 °C lebih tinggi berbanding paras moden) |
Dalam tempoh ini, mamalia dan burung terus berkembang menjadi bentuk moden, manakala kumpulan kehidupan lain kekal tidak berubah. Manusia pertama (Homo habilis) muncul di Afrika pada penghujung zaman.[6] Beberapa pergerakan benua berlaku, peristiwa yang paling signifikan ialah penyambung Amerika Utara dan Selatan di Segenting Panama pada akhir epok Pliosen. Hal ini memotong arus lautan panas dari Lautan Pasifik ke Lautan Atlantik, hanya meninggalkan Arusan Teluk untuk memindahkan haba ke Lautan Artik. Iklim global menjadi sejuk dengan ketara pada seluruh tempoh Neogen, yang memuncak dalam satu siri pengglasieran benua dalam Tempoh Kuaterner yang berikut.
Rujukan
sunting- ^ Steininger, Fritz F.; M. P. Aubry; W. A. Berggren; M. Biolzi; A. M. Borsetti; Julie E. Cartlidge; F. Cati; R. Corfield; R. Gelati; S. Iaccarino; C. Napoleone; F. Ottner; F. Rögl; R. Roetzel; S. Spezzaferri; F. Tateo; G. Villa; D. Zevenboom (1997). "The Global Stratotype Section and Point (GSSP) for the base of the Neogene" (PDF). Episodes. 20 (1): 23–28. doi:10.18814/epiiugs/1997/v20i1/005.
- ^ Gibbard, Philip; Head, Martin (September 2010). "The newly-ratified definition of the Quaternary System/Period and redefinition of the Pleistocene Series/Epoch, and comparison of proposals advanced prior to formal ratification" (PDF). Episodes. 33 (3): 152–158. doi:10.18814/epiiugs/2010/v33i3/002. Dicapai pada 8 December 2020.
- ^ Tucker, M.E. (2001). Sedimentary petrology : an introduction to the origin of sedimentary rocks (dalam bahasa Inggeris) (ed. 3rd). Osney Nead, Oxford, UK: Blackwell Science. ISBN 978-0-632-05735-1.
- ^ Hörnes, M. (1853). "Mittheilungen an Professor Bronn gerichtet" [Reports addressed to Professor Bronn]. Neues Jahrbuch für Mineralogie, Geognosie, Geologie und Petrefaktenkunde (dalam bahasa Jerman): 806–810.
From p. 806: "Das häufige Vorkommen der Wiener Mollusken … im trennenden Gegensatze zu den eocänen zusammenzufassen." (The frequent occurrence of Viennese mollusks in typical Miocene as well as in typical Pliocene deposits motivated me – in order to avoid the perpetual monotony [of providing] details about the deposits – to subsume both deposits provisionally under the name "Neogene" (νεος new and γιγνομαι to arise) in distinguishing contrast to the Eocene.)
- ^ "GeoWhen Database – What Happened to the Tertiary?". www.stratigraphy.org.
- ^ Spoor, Fred; Gunz, Philipp; Neubauer, Simon; Stelzer, Stefanie; Scott, Nadia; Kwekason, Amandus; Dean, M. Christopher (March 2015). "Reconstructed Homo habilis type OH 7 suggests deep-rooted species diversity in early Homo". Nature. 519 (7541): 83–86. Bibcode:2015Natur.519...83S. doi:10.1038/nature14224. PMID 25739632.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Neogen |
- "Digital Atlas of Neogene Life for the Southeastern United States". San Jose State University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-23. Dicapai pada 21 September 2018.