Nikolai Vasilievich Gogol Bahasa Rusia: Никола́й Васи́льевич Го́голь, tr. Nikolay Vasilievich Gogol,IPA: [nʲɪkɐˈlaj vɐˈsʲilʲjɪvʲɪtɕ ˈgogəlʲ]; Bahasa Ukraine: Мико́ла Васи́льович Го́голь; 31 March [G.L.: 19 March] 1809 – 4 March [G.L.: 21 February] 1852}} (31 March 1809 – 4 Mac 1852) merupakan seorang penulis berbangsa Ukraine. Belia antara tokoh pentong dalam kesusasteraan Rusia.[2][3][4][5][6]

Nikolai Gogol
Gambar Daguerreotaip Gogol bertarikh 1845 dimabil oleh Sergey Lvovich Levitsky
Gambar Daguerreotaip Gogol bertarikh 1845 dimabil oleh Sergey Lvovich Levitsky
LahirNikolai Vasilievich Gogol
(1809-03-31)31 Mac 1809[1] (NS)
Sorochyntsi, Gabenorat Poltava, Empayar Rusia (kini di Ukraine)
Meninggal dunia4 Mac 1852(1852-03-04) (umur 42)
Moskva, Empayar Rusia
Tempat pengebumianNovodevichy Cemetery
PekerjaanPenulis cerita pendek, novel dan drama
Bahasabahasa Rusia
WarganegaraUkraine
Tempoh1840–51
Tandatangan

Biografi

sunting

Awal hidup

sunting

Nikolai Vassilievich Gogol dilahirkan pada 1809 di Sorotchintsy, sebuah kampung di Poltava tengah Ukraine. Beliau anak bongsu dari sembilan orang anak dalam keluarga berketurunan Kozak melalui Hetman Ostap Gogol. Bapanya, yang meninggal dunia pada tahun 1825 ketika Nicolas hanya berumur 16 tahun, menulis drama pendek dan mengembangkan minat anaknya terhadap bidang kesusasteraan.

Mjórtvyje dúshi dan tahun-tahun terakhirnya

sunting

Gogol tinggal hampir selama lima tahun di luar negeri di Jerman dan Italia. Pada masa inilah ia menulis Mjórtvyje dúshi ("Jiwa-jiwa mati") hasil perbualannya bersama Aleksandr Pushkin; bahagian pertamanya terbit pada 1842. Gogol memutuskan bahwa sebelum ia bisa melanjutkan penulisan novrl ini dan menghasilkan "regenerasi rohani dari seorang bajingan seperti Chichikov" (tokoh utama Jiwa-jiwa Mati), beliau sendiri harus mengalami pembaharuan rohani. Beliau memaksa dirinya berdoa dan berpuasa; seperti yang diduga, hal ini malah menghalangi dan bukannya menolong penulisan novelnya. Beliau menyatakan, "pokok dari Jiwa-jiwa Mati tidak ada hubungannya dengan penggambaran mengenai kehidupan perdesaan di Rusia ataupun segelintir tuan tanah yang memberontak. Untuk sementara waktu ini adalah suatu rahsia yang harus dengan mendadak dan menakjubkan setiap orang (karena hingga sekarang tak seorangpun pembacaku yang telah menerkanya) akan diungkapkan dalam jilid-jilid berikutnya..." Namun ketidakmampuannya untuk mengungkapkan rahsia ini menyebabkan beliau hampir mengalami gangguan emosi pada awal Januari 1845, dan pada akhir bulan Jun ia membakar semua naskah jilid kedua dari itukarya yang telah ditulisnya.

Selama tujuh tahun berikutnya kelanjutan pengkaryaan novel itu menyebabkan Gogol menjadi semakin lelah. Pada ketika ini juga Gogol semakin kuat beragama dalam pegangan Kristian Ortodoksnya - pada 1848, beliau melakukan ziarah ke Jerusalem. Sekembalinya dari kota suci tersebut, beliau berkenalan dengan seorang pendeta bernama Matthew Konstantinovskii yang mendapati serta menganggap karyanys sebagai suatu "kekejian di mata Tuhan". Malah, paderi tersebut menuntut agar Gogol menghancurkan jilid kedua dari Jiwa-jiwa Mati dan "menebus dosanya karena telah menulis jilid pertama novel itu dengan masuk ke sebuah biara". Setelah mengalami konflik batin yang sangat hebat, Gogol memutuskan memenuhi keinginan Pendeta Konstantinovskii dan membakar bahagian kedua novelnya yang sudah selesai pada malam 24 Februari 1852. Tidak beberapa lama kemudian, Gogol terkurung dalam tempat tidurnya sampai enggen makan; beliau meninggal dengan penderitaan yang sanagt hebat sembilan hari kemudian pada 5 Maret, 1852. Sebagian potongan-potongan karyanya selamat dan telah diterbitkan.

Beliau dikuburkan di Pekuburan Donskoy di tempat bersebelahan rekannya Aleksey Khomyakov; pada batu nisannya tertera suatu ucapan kuno, "Dan aku akan tertawa dengan tawa yang pahit." Pada 1931, ketika pemerintah Moskva memutuskan untuk menghancurkan biara itu, sisa-sisa tulangnya dipindahkan ke Pemakaman Novodevichy. Tubuhnya ditemukan terbaring dengan wajahnya menghadap ke bawah- keadaan tersebut menyebabkan ada yang menyimpulkan bahawa Gogol telah dikuburkan hidup-hidup. Salah seorang kritikus Soviet bahkan memotong sebagian dari jaket Gogol untuk dijadikan sampul buku Jiwa-jiwa Matinya. Sebuah batu yang pernah berdiri di atas kuburnya di Donskoy digunakan kembali untuk kuburan seorang pengagum Gogol, Mikhail Bulgakov.

Senarai karya

sunting
  • Vladimir tret'jej stepeni (ладимир третьей степени; 1832).[7]
  • Zhenit'ba (Женитьба, diterbitkan 1835 dan dipersembahkan 1842).[7]
  • Igroki (Игроки, diterbitkan 1842 dan dipersembahkan 1843).[7]
  • Revizor (Ревизор, 1836).[7]

Cerita pendek

sunting
Antologi
  • Vechera na khutorye bliz dikanki (Вечера на хуторе близ Диканьки, dalam dua jilid dari 1829–32[7])
Tunggal
  • Kolyaska (Коляска, 1836)
  • Nos (Нос, 1836)
  • Mjórtvyje dúshi (Мёртвые души, 1842)

Rujukan

sunting
  1. ^ Some sources indicate he was born 20 March/1 April 1809.
  2. ^ Chyzhevsky, Dmytro; Danylo Husar Struk (1989). "Gogol, Nikolai". Encyclopedia of Ukraine. Dicapai pada 24 August 2016.
  3. ^ "Nikolay Gogol". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 31 December 2010.
  4. ^ Fanger, Donald (2009). The Creation of Nikolai Gogol. Harvard University Press. m/s. 42. ISBN 978-0-674-03669-7. Dicapai pada 25 August 2016.
  5. ^ Amy C. Singleton (1997). Noplace Like Home: The Literary Artist and Russia's Search for Cultural Identity. SUNY Press. m/s. 65. ISBN 978-0-7914-3399-7.
  6. ^ Robert A. Maguire, penyunting (1995). Gogol from the Twentieth Century: Eleven Essays. Princeton University Press. m/s. 5, 105. ISBN 0-691-01326-8.
  7. ^ a b c d e Golub (1998, 432).

Pautan luar

sunting
  NODES
HOME 1
Intern 1
mac 3
os 7
todo 1