Nobatia
Nobatia (Jawi: نوباتيا ) atau Nobadia (Jawi: نوباديا ; Bahasa Yunani: Νοβαδία, Nobadia; Nubia Lama: ⲙⲓⲅⲛ̅ Migin atau ⲙⲓⲅⲓⲧⲛ︦ ⲅⲟⲩⲗ Migitin Goul har. "tanah Nobadia"[1]) ialah sebuah kerajaan purba lewat yang terletak di Nubia Hilir. Ia menggantikan kerajaan Kush, bersama dua buah kerajaan Nubia yang lain, Makuria dan Alodia. Selepas pengasasannya sekitar tahun 400, Nobatia beransur-ansur berkembang dengan mengalahkan Blemmies di utara dan mengilhakkan semua kawasan di antara riam Nil kedua dan ketiga di selatan. Pada 543, ia memeluk agama Kristian Koptik. Ia kemudiannya diilhakkan oleh kerajaan Makuria, tanpa diketahui sebabnya semasa abad ke-7.
Nobatia ⲙⲓⲅⲛ̅ ⲙⲓⲅⲓⲧⲛ︦ ⲅⲟⲩⲗ | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
s. 400–abad ke-7 | |||||||||
Ibu negara | Pachoras | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Nubia Yunani Qibti | ||||||||
Agama | kultus Isis Kristian Ortodoks Koptik (Sejak 543) | ||||||||
Kerajaan | Monarki | ||||||||
Raja Nobatia | |||||||||
• 450 TM | Aburni (raja pertama yang dikenali) | ||||||||
Sejarah | |||||||||
• Didirikan | s. 400 | ||||||||
• Diintegrasi ke dalam Makuria | abad ke-7 | ||||||||
| |||||||||
Sekarang sebahagian dari | Sudan Mesir |
Sejarah
suntingKerajaan Nobatia diasaskan di Akine, bekas wilayah Meruwi, yang merangkumi sebahagian besar Nubia Hilir dan diduga telah berautonomi sebelum kejatuhan terakhir Kerajaan Kush pada pertengahan abad ke-4.[2]
Meskipun orang Nobati dijemput masuk ke wilayah itu dari Gurun Libya oleh Maharaja Rom Diocletianus pada 297 TM, kerajaan mereka hanya betul-betul wujud sekitar 400 TM.[2] Nobatia awal berkemungkinan besar tamadun sama ahli arkeologi panggil budaya Ballana.
Akhirnya, orang Nobati berjaya mengalahkan Blemmies, dan sebuah inskripsi oleh Silko, Anak Raja Nobati, mendakwa telah menghalau Blemmies ke Gurun Timur. Sekitar masa ini, ibu kota Nobatia diasaskan di Pakhoras (kini Faras); tidak lama kemudian, Nobatia memeluk agama Kristian mazhab bukan Khalsedon.
Tahun 707, Nobatia telah diilhakkan oleh jiran selatan mereka, Makuria. Penyebab penggabungan ini tidak diketahui. Juga tidak diketahui apa yang berlaku kepada keluarga diraja Nobati.[3] Penggabungan itu berkemungkinan besar berlaku sebelum penaklukan Muslim pada 652, kerana catatan sejarah Arab hanya bercakap tentang satu negara Kristian di Nubia dan mencapai sekurang-kurangnya sejauh Dongola Lama. Nobatia nampaknya mempunyai beberapa autonomi di negeri baharu itu. Ia diperintah oleh seorang epark (uskup) Nobatia yang juga mempunyai gelaran Domestikos Pakhoras. Epark ini pada asalnya dilantik tetapi nampaknya menjadi dinasti kemudiannya. Beberapa rekod mereka telah ditemui di Istana Ibrim, menggambarkan tokoh penting yang amat berkuasa.
Nama Nobatia sering dipanggil sebagai al-Maris dalam buku-buku sejarah Arab. Keeparkan Nobatia kekal sebagai bahagian penting Kerajaan Makuria sehingga kejatuhannya, seperti yang disahkan oleh dokumen dari 1463 yang menyebut tentang seorang epark bernama Teedderre.[4][5]
-
Keranda kayu bertatahkan gading, Jebel Adda (abad ke-4)
-
Mahkota diraja ditemui di Ballana(abad ke-5)
Agama
suntingPemujaan berhala
suntingSejak zaman Ptolemaik, "agama negara" Nubia Hilir ialah kultus Isis di Filae. Ia kekal begitu melebihi pemerintahan Ptolemaik dan Meroitik dan jemaah Nubia terus berziarah ke Filae.[6] Kuil di Filae akhirnya ditutup antara 535 dan 538 oleh Justinianus I untuk menamatkan kultus itu, sementara orang Nubia pula dilarang memasukinya lagi.[7][2] Satu lagi kultus Isis, misteri-misteri Isis Yunani-Romawi, telah disahkan diamal di Nobatia di sebuah keramat, digali di Qasr Ibrim. Kultus ini telah diamalkan semasa zaman Meroitik juga.[6]
Kristian
suntingBukti epigrafi dan arkeologi mengesahkan bahawa agama Kristian telah wujud dalam masyarakat Nobatia sebelum ia menjadi agama rasmi pada tahun 543.[2] Golongan elit Nobatia mungkin mula mempertimbangkan untuk memeluk Kristian pada tahun 530-an, selari dengan waktu kuil Isis ditutup.[2] Agama Kristian terus menyebar di Nobatia secara berperingkat dengan kepesatan yang berbeza-beza. Bandar-bandar, contohnya, cepat menerima agama baru itu, manakala pengkristianan kampung-kampung hanya berjaya sekitar abad ke-7 – 9.[2] Di selatan riam kedua, agama Kristian nampaknya telah mula merebak lebih lewat daripada di utara, mungkin sejak akhir abad ke-6 atau awal abad ke-7.[2] Banyak kuil Mesir purba telah ditukarkan kepada gereja dan diplaster dengan lukisan dinding Kristian.
-
Salinan inskripsi bahasa Qibti di Kuil Dendur, memperingati penukaran kuil itu menjadi gereja semasa pemerintahan raja Eirpanome (pertengahan abad ke-6)
-
Inskripsi Qibti di Kuil Kalabshamemperingati penukarannya menjadi gereja oleh seseorang uskup bernama "Paul"
-
Serpihan hiasan katedral Faras dari awal abad ke-7
-
Kuil Amada yang dikristiankan dengan kubah Kristian yang kini telah roboh
-
Lukisan santo-santo Kristian yang rosak di dalam kuil Amada
-
Pelan gereja Kristian (merah) dimasukkan ke dalam kuil Wadi es-Sebua
-
Lukisan Kristian Santo Petrus di kuil Wadi es-Sebua
-
Lukisan dinding Kristian di kuil Kalabsha
-
Lukisan Yesus Kristus di siling Kuil Abu Oda yang ditukar agamanya berhampiran Jebel Adda
Budaya tentera
suntingTiada apa yang diketahui tentang organisasi tentera Nobatia.[3] Banyak senjata yang digunakan oleh orang Nobatia berasal dari zaman Meroitik.[8]
Senjata jarak jauh
suntingHasil arkeologi dari zaman penyembahan berhala mengesahkan kelaziman memanah untuk Nubia dan oleh itu Nobatia juga.[3] Busur panjang refleks, yang membuktikan keadiran tentera upahan Kush sejak Kerajaan Pertengahan, telah digantikan dengan busur komposit refleks semasa zaman Meroitik atau pasca-Meroitik, berukuran sekitar satu meter dan pada asalnya direka untuk ditembak sambil menunggang kuda.[9] Satu busur kayu yang ringkas ditemui dalam sebuah makam Nobati awal di Qustul.[8] Orang Nobati menembak anak panah berduri dan mungkin beracun sepanjang 50 cm.[8] Untuk menyimpan anak panah, mereka menggunakan tabung kulit daripada haiwan berleher panjang seperti kambing atau gazel. Selain itu, ia ditambahkan tali pengikat, kepak dan hiasan.[8] Tabung anak panah mereka mungkin dipakai di depan badan dan bukannya di belakang.[9] Di tangan memegang busur, pemanah memakai gelang untuk melindungi tangan daripada tercedera semasa menarik tali busur. Bagi golongan bangsawan, gelang itu mungkin dibuat daripada perak, manakala yang lebih miskin menggunakan kulit mentah.[9] Tambahan pula, pemanah memakai cincin ibu jari, berukuran antara tiga hingga empat cm.[9] Oleh itu, pemanah Nubia menggunakan teknik menarik tali busur yang hampir sama dengan orang Parsi dan Cina, yang kedua-duanya juga menggunakan cincin ibu jari.[9]
Di Qasr Ibrim, dua anak panah busur silang telah ditemui. Penggunaan busur silang setakat ini belum diterbuktikan di Nubia.[6]
Senjata jarak dekat
suntingSenjata unik orang Nobati ialah sejenis pedang pendek.[8] Ia mempunyai bilah yang lurus dengan matanya melengkung ke dalam, yang ditajamkan hanya pada satu sisi. Maka, ia bukan direka untuk menikam tetapi untuk menetak.[3] Selain pedang tersebut, terdapat juga tombak, sesetengah dengan bilah besar, serta kapak senjata. Ada kemungkinan tombak berbilah besar dan kapak pengawinan itu hanya digunakan untuk majlis istiadat.[3]
Pelindung tubuh
suntingAskar-askar Nobati dan ketua mereka menggunakan perisai dan perisai badan, kebanyakannya diperbuat daripada kulit.[8][3] Serpihan kulit tebal telah ditemui di makam diraja Qustul, menunjukkan bahawa orang ternama biasanya dikebumikan memakai baju besi.[3] Pelindung dada yang dipelihara serta dihias dengan baik diperbuat daripada kulit lembu ditemui di Qasr Ibrim[3] manakala satu lagi ditemui di Jebel Adda, tetapi yang ini diperbuat daripada kulit reptilia, mungkin buaya.[10] Satu lagi serpihan yang mungkin pernah menjadi pelindung badan berasal dari Qustul. Ia dibuat daripada beberapa lapisan kulit disamak dan ditatahkan dengan roset plumbum.[8]
Rujukan
sunting- ^ Pierce, Richard. "Nubian Toponyms in Medieval Nubian Sources". Dotawo: A Journal of Nubian Studies. 4.
- ^ a b c d e f g Obluski 2014.
- ^ a b c d e f g h Welsby 2002.
- ^ Lajtar 2011.
- ^ Werner 2013.
- ^ a b c Adams 2013.
- ^ Verner, Miroslav (2013-06-03), Philae: The Pearl of Egypt, American University in Cairo Press, m/s. 400–419, doi:10.5743/cairo/9789774165634.003.0009, dicapai pada 2024-02-18
- ^ a b c d e f g Williams 1991.
- ^ a b c d e Zielinski 2015.
- ^ Hubert & Edwards 2010.
Bibliografi
sunting- Adams, William Y. (2013). Qasr Ibrim: The Ballana Phase. Egypt Exploration Society. ISBN 978-0856982163.
- Hubert, Reinhard; Edwards, David N. (2010). "Gebel Abba Cemetery One, 1963. Post-medieval reuse of X-Group tumuli". Sudan&Nubia. 14: 83–90.
- Lajtar, Adam (2011). "Qasr Ibrim's last land sale, AD 1463 (EA 90225)". Nubian Voices. Studies in Christian Nubian Culture.
- Obluski, Artur (2014). The Rise of Nobadia. Social Changes in Northern Nubia in Late Antiquity. University of Warsaw Faculty of Law and Administration. ISBN 978-8392591993.
- Welsby, Derek (2002). The Medieval Kingdoms of Nubia. Pagans, Christians and Muslims along the Middle Nile. The British Museum. ISBN 0714119474.
- Werner, Roland (2013). Das Christentum in Nubien. Geschichte und Gestalt einer afrikanischen Kirche. Lit.
- Williams, Bruce Beyer (1991). Noubadian X-Group Remains from Royal Complexes in Cemeteries Q and 219 and from Private Cemeteries Q, R, V, W, B, J and M at Qustul and Ballana. The University of Chicago.
- Zielinski, Lukasz (2015). "New insights into Nubian archery". Polish Archaeology in the Mediterranean. 24 (1): 791–801.
Bacaan lanjut
sunting- Dane, Rachael Jane (2006). Aesthetics and identity at Qustul and Ballana, Lower Nubia (PDF). Durham thesis.
- Dijkstra, J. H. F. (2005). Religious encounters on the southern Egyptian frontier in Late Antiquity (AD 298- 642) (PDF).
- Dijkstra, J. H. F. (2014). "I, Silko, Came to Talmis and Taphis". Interactions between the Peoples beyond the Egyptian Frontier and Rome in Late Antiquity". Dalam J.H.F. Dijkstra; G. Fisher (penyunting). Inside and Out: Interactions between Rome and the Peoples on the Arabian and Egyptian Frontiers in Late Antiquity. Leuven. m/s. 299–330. ISBN 978-90-429-3124-4.
- Fuller, Dorian (2015). "The Economic Basis of the Qustul Splinter State: Cash Crops, Subsistence Shifts, and Labour Demands in the Post-Meroitic Transition". Dalam Michael Zach (penyunting). The Kushite World. Proceedings of the 11th International Conference for Meroitic Studies. Vienne, 1-4 September 2008. Verein der Förderer der Sudanforschung. m/s. 33–60.
- Godlewski, Wlodzimierz (1986). "Remarks on the Art of Nobadia (V–VIII Century)". Nubische Studien.
- Rostowska, Bozena (1982). "Nobadian painting. Present state of investigations". Nubia Christiana. m/s. 283–299.