Orbit qamari
Dalam ilmu falak, orbit qamari, yang juga dipanggil orbit Selenosentrik, ialah orbit sesuatu objek keliling Bulan.
Seperti penggunaannya dalam program pengembaraan angkasa lepas, istilah ini merujuk kepada orbit pelbagai kapal angkasa, sama ada yang membawa manusia atau tidak, keliling Bulan; ia tidak merujuk kepada orbit Bulan mengelilingi Bumi.
Dalam peristilahan yang digunakan bagi memerikan orbit qamari, altitud pada apoapsis (titik yang paling jauh dari permukaan) orbit qamari dikenali sebagai apolune, apocynthion atau aposelene, sementara periapsis (titik paling dekat dengan permukaan) dikenali sebagai perilune, pericynthion atau periselene.
Orbit qamari rendah (Low Lunar orbit, LLO)—orbit di bawah paras altitud 100 km—menjadi perhatian khususnya dalam penerokaan Bulan. Walau bagaimanpun, orbit-orbit sedemikian diganggu kesan usikan graviti yang membuat orbit tidak stabil, dan membenarkan hanya sebebrapa inklinasi orbit yang boleh digunakan untuk orbit beku kekal yang dapat digunakan untuk berada buat masa yang lama dalam LLO.[1]
Rujukan
sunting- ^ "Bizarre Lunar Orbits". NASA Science: Science News. NASA. 2006-11-06. Dicapai pada 2012-12-09.