Orenburg
Orenburg adalah bandar di Rusia, pusat pentadbiran wilayah Orenburg. Jumlah penduduk lebih daripada 560 ribu orang (2017) yang terdiri daripada kira-kira 100 etnik antaranya orang Rusia (majoriti), orang Tatar, orang Kazakh, orang Ukraine, orang Bashkir, orang Mordva dll. Luasnya bandar 259 kilometer persegi.
Orenburg
Оренбург | |
---|---|
Lagu: Hiduplah, Orenburg! | |
Koordinat: 51°46′N 55°6′E / 51.767°N 55.100°EKoordinat: 51°46′N 55°6′E / 51.767°N 55.100°E | |
Negara | Rusia |
Subjek persekutuan | Orenburg Oblast[1] |
Ditubuhkan | 1743[2] |
Pentadbiran | |
• Badan | Duma (Dewan) Bandaraya |
• Head | Yevgeny Arapov[3] |
Keluasan | |
• Jumlah | 259 km2 (100 batu persegi) |
Aras | 150 m (490 ft) |
Penduduk | |
• Jumlah | 548,331 |
• Estimate (2018)[6] | 564,773 (+3%) |
• Pemeringkatan | 28th pada tahun 2010 |
• Kepadatan | 2,100/km2 (5,500/batu persegi) |
• Subordinat kepada | City of Orenburg[1] |
• Ibu kota of | wilayah Orenburg[1], Wilayah Orenburg[7] |
• Urban okrug | Orenburg Urban Okrug[8] |
• Ibu kota bagi | Orenburg Urban Okrug, Orenburgsky Municipal District |
Zon waktu | UTC+5 ([9]) |
Poskod[10] | 460000 |
Kod panggilan | +7 3532 |
OKTMO ID | 53701000001 |
Laman sesawang | www |
Zon waktu
suntingOrenburg terletak dibawah Zon Waktu Yekaterinburg (YEKT/YEKST). UTC ialah +0500 (YEKT)/+0600 (YEKST).
Sejarah ringkas
suntingDiasaskan pada 19 (30) April 1743 atas titah maharani Anna Ioannovna di sungai Yaik (kini Sungai Ural). Bandar itu terletak di daerah Pergunungan Ural Selatan di kedua tepi sungai Ural yang merupakan sempadan geografi antara Asia dan Eropah. Di jembatan sungai Ural terdapat satu tanda simbolik sempadan: dalam satu tanda ada tulisan "Eropah", di tanda lain - "Asia".
Sejak penubuhannya, Orenburg menunaikan tugas negara yang penting: mempertahankan sempadan tenggara Rusia dan merupakan pusat perdagangan antarabangsa, pelaksana Dasar Eurasia negara Rusia. Melalui Oranburg Jalan Sutera Besar merentang. Semasa Perang Patriotik Besar (1941-1945), lebih daripada 40 perusahaan industri yang besar dipindahkan dari kawasan barat Rusia ke Orenburg.
Pada tahun 1938-1957 bandar ini ditukar nama bersempena nama juruterbang terkenal Soviet Valery Pavlovich Chkalov (1904-1938). Walaupun pada hakikatnya Wira Kesatuan Soviet Chkalov itu tidak pernah tinggal di Orenburg dan bahkan tidak pernah datang ke situ, namanya diabadikan di bumi Orenburg itu. Patung gangsa V.P. Chkalov (pematung I.A. Mendelevich) yang tingginya enam meter dengan kekaki tujuh meter pada asalnya ditubuhkan pada tahun 1953 di dataran stesen kereta api dan pada awal tahun 1960-an dipindahkan ke boulevard Ya. M. Sverdlov (tambak sungai Ural) di mana ia berdiri setakat ini[11].
Orenburg moden
suntingOrenburg hari ini adalah pusat politik dan perindustrian terbesar bukan sahaja di wilayah Orenburg, tetapi di seluruh rantau Ural-Volga.
Sumbangan penting bukan sahaja kepada ekonomi bandar dan wilayah melainkan ke negara Rusia secara keseluruhannya diberikan oleh perusahaan industri utama seperti Kilang helium dan pemprosesan gas, Neftemaslozavod, Uralneftegazprom, Loji Invertor, Hydropress, Strela, Kilang peralatan penggerudian dan lain-lain[12].
Orenburg moden adalah pusat ilmu pengetahuan dan pendidikan tinggi. Antara institusi pengajian tinggi Universiti Negara Orenburg, Akademi Perubatan Negara Orenburg, Universiti Pendidikan Orenburg dan Universiti Pertanian Orenburg, Maktab Kadet Presiden, Seminari Orenburg[13].
Produk khas Orenburg adalah tudung bulu kambing yang lembut. Ia termasyhur di seluruh dunia. Kerajingan tangan itu terkenal di situ sejak abad ke-XVII dan tiada tandingannya. Dua tudung Orenburg buatan Maginur Hussainova dari Sakmara sekarang disimpan di Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur dan satu – di Muzium Seni Asia di Universiti Malaya.
Sekolah Tinggi Penerbangan Ketenteraan Orenburg adalah alma mater angkasawan pertama di dunia Yuriy Alekseevich Gagarin - warganegara kehormat bandar. Pada tahun 1957, Yuri Gagarin berkahwin warga Orenburg Valentina Goryacheva. Pada tahun 1961, pejuang MiG-15 yang pernah dipandu oleh Gagarin selaku kadet pada tahun 1957 diletakkan pada kekaki di sekolah penerbangan itu. Di situ sebuah muzium angkasa lepas dibuka dengan pameran barangan peribadi Gagarin. Pada April 12, 2001 Rumah- Muzium Yury dan Valentina Gagarin dibuka.
Orenburg sebagai pusat budaya
suntingOrenburg menduduki tempat yang penting dalam kehidupan tokoh besar Rusia seperti N.M. Karamzin, I. A. Krylov, T. G. Shevchenko, G. R. Derzhavin, V. I. Dal, A. N. Pleshcheev. Pada tahun 1833, Orenburg dilawat oleh penulis terkenal Alexander Pushkin yang mengumpul bahan-bahan mengenai pemberontakan Pugachev. Selepas lawatan itu, Pushkin menulis novel yang terkenal "Puteri seorang Kapten” dan "Sejarah Rusuhan Pugachev"[14].
Di pentas teater drama Orenburg tampil dengan cemerlang para pelakon terkenal Rusia M.M. Tarhanov dan P.A. Strepetova. Di Orenburg duduk dan bermain pelakon perempuan yang hebat A.J. Sadovskaya. Pelakon teater dan wayang yang popular L.S. Bronevoy juga pernah bermain di teater drama Orenburg pada tahun 1950-an. Pemain selo dan konduktor yang terkenal di seluruh dunia Mstislav Leopoldovich Rostropovich menghabiskan masa kanak-kanak yang bertepatan dengan masa perang di Orenburg. Pangsapuri di mana pemuzik itu tinggal dengan keluarga sekarang menjadi muzium peringatan. Atas dasar Sekolah Muzik yang wujud sejak tahun 1927, Institut Kesenian Negara dibuka pada tahun 1997 yang diberi nama M. Rostropovich.
Penduduk dan pengunjung mempunyai pelbagai peluang untuk aktiviti kebudayaan. Taman Zauralnaya yang terletak di pantai Asia sungai Ural tetap menjadi tempat percutian kegemaran penduduk bandar. Kereta Api Kanak-Kanak yang dibuka pada 26 Julai 1953, adalah salah satu daripada kereta api kanak-kanak yang paling lama di Rusia. Panjang laluan kereta api itu adalah 5.6 km.
Setakat ini, bandar ini mempunyai Teater Drama M. Gorky, Teater Tatar M. Faizi, Teater Komedi Muzikal, Panggung Boneka Negara, Teater Perbandaran Boneka "Pierrot", sarkas, dewan filarmonik, beberapa pawagam besar. Kumpulan-kumpulan muzik seperti “Trio Pemain Akordion”, Ppancaragam Perbandaran "Orenburg", Rombongan Perbandaran Lagu dan Tarian Rusia, Koir Akademik Rakyat Rusia dan Ensemble Muzik Kamer "Elegy" diiktiraf bukan sahaja di Rusia, tetapi juga di dunia. Koir Akademik Negara Rakyat Rusia Orenburg melawat berpuluh-puluh negara asing: China, Korea Utara, Jepun, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Sepanyol, Greece, Belgium dan banyak negara lain. Lagunya terkenal "Tudung Orenburg” menjadi simbol muzik Orenburg. Pencipta lagu adalah komposer Sovie, Grigoriy Fedorovich Ponomarenko dan penyair Viktor Fedorovich Bokov, yang pada tahun 1960-an menyediakan program untuk koir itu. Beberapa muzium menyimpan sejarah yang kaya bandar Orenburg. Koleksi Muzium Seni Halus manhandungi karya-karya pelukis termashur Rusia: I.K. Aivazovsky, V.G. Perov, F.A. Malyavin, V.G. Polenov, A.K. Savrasov. Tempat yang ketara di muzium itu dikhaskan untuk karya-karya pelukis yang berasal dari Orenburg sendiri: N.P. Ledjaev, A.F. Stepanov, N. Petina Y.P. Grigoriev, V.T. Ni dan lain-lain. Koleksi mengandungi juga kumpulan unik lukisan naif oleh para pelukis Orenburg. Nama S.G, Stepanov tertera dalam Ensiklopedia Dunia Seni Naif.
Di Muzium Wilayah Orenburg ada barang-barang langka seperti topeng kematian muka A.S. Pushkin, meriam tentera Pugachev, meja rias istana empayar awal abad ke-XIX, pedang-pedang hadiah ratu Elizabeth dan Catherine II kepada para kosek Orenburg serta koleksi flora dan fauna wilayah Orenburg. Di Muzium Sejarah Orenburg yang terletak dalam bekas pondok pengawal dipamerkan ekspo khusus tentang Pemberontakan Pugachev ( 1773-1775). Antara barang pamer sangkar dalam mana Emelyan Pugachev dibawa ke Moscow oleh A.V. Suvorov sebelum dia dijatuhkan hukuman mati oleh Catherine II dan juga potret Pugachev yang dilukis di atas potret Catherine II.
Bandar-bandar kembar Orenbung
suntingBandar-bandar kembar Orenbung adalah Orlando (Florida) di Amerika Syarikat dan Khujand di Tajikistan.
Lagu Bandar Orenburg
suntingLagu Bandar Orenburg "Hiduplah Orenburg!" dicipta oleh komposer terkenal Rusia David Fedorovich Tuhmanov dan penyair, penulis drama Yuriy Sergeevich Entin. Ia diluluskan pada April 27, 2006 oleh Dewan Bandaran Orenburg.
Rujukan
sunting- ^ a b c d Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaRef124
- ^ Из истории Казахстана XVIII в
- ^ "Глава города Оренбурга". Официальный портал города Оренбурга. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-17. Dicapai pada 2012-06-25.
- ^ Генеральный план Оренбурга. Материалы по обоснованию проекта. Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine Раздел 4.1. Территория города. Стр. 29
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama2010Census
- ^ "26. Численность постоянного населения Российской Федерации по муниципальным образованиям на 1 января 2018 года". Dicapai pada 23 Januari 2019.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaOKATO
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaRef265
- ^ "Об исчислении времени". Официальный интернет-портал правовой информации (dalam bahasa Russian). 3 June 2011. Dicapai pada 19 January 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Почта России. Информационно-вычислительный центр ОАСУ РПО. (Russian Post). Поиск объектов почтовой связи (Postal Objects Search) (dalam bahasa Rusia)
- ^ Дорофеев, Виктор Васильевич. Над Уралом-рекой: [О г. Оренбурге]. Челябинск: Юж.-Урал. кн. изд-во, 1988
- ^ Храмов И.В.Оренбург. Оренбург: ООО "Оренбургское книжное издательство", 2008
- ^ Оренбург. Южно-Уральское книжное издательство, 1993
- ^ http://www.irishtimes.com/culture/books/the-captain-s-daughter-by-alexander-pushkin-a-masterclass-in-storytelling-1.2034167