Panglima Tentera Laut
Panglima Tentera Laut (Tulisan Jawi: ڤڠليما تنترا لاوت; singkatan: PTL) ialah ketua bagi perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Sejak selepas Merdeka hingga kini kita telah mempunyai 15 orang panglima. Pada mulanya Panglima Tentera Laut terdiri dari pegawai-pegawai dari Tentera Laut Diraja British dan Tentera Laut Diraja Australia. Hanya pada tahun 1967, Komodor (Commodore) Dato' K.Thanabalasingam, anak watan pertama dilantik ke jawatan ini.
Panglima Tentera Laut | |
---|---|
ڤڠليما تنترا لاوت | |
Tentera Laut Diraja Malaysia | |
Gelaran | Yang Berbahagia |
Lapor kepada | Panglima Angkatan Tentera |
Dibentuk | 15 Mei 1957 |
Pemegang pertama | Edward Dudley Norman |
Gaji | TURUS II |
Tapak web | Kepimpinan tertinggi |
sunting · sunting di Wikidata |
Panglima-panglima TLDM
suntingPanglima Tentera Laut | Gambar | Tempoh Pemerintahan | |
1 | Commodore E.D. Norman Royal Navy |
1957 - 1960 | |
2 | Captain W.J. Dovers Royal Australian Navy |
1960 - 1962 | |
3 | Commodore A.M. Synnot Royal Australian Navy |
1962 - 1965 | |
4 | Commodore A.N. Dollard Royal Australian Navy |
1965 - 1968 | |
5 | Laksamana Muda Tan Sri Dato' Sri K Thanabalasingam | 1968 - 1976 | |
6 | Laksamana Madya Dato' Mohd Zain Mohd Salleh | 1976 - 1986 | |
7 | Laksamana Madya Tan Sri Abdul Wahab bin Haji Nawi | 1986 - 1991 | |
8 | Laksamana Madya Tan Sri Mohd Shariff bin Ishak | 1991 - 1996 | |
9 | Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Ramli bin Mohd Nor | 1996 - 1998 | |
10 | Laksamana Tan Sri Dato' Sri Abu Bakar bin Abdul Jamal | 1998 - 2001 | |
11 | Laksamana Tan Sri Mohd Ramly bin Abu Bakar | 2001 - 2003 | |
12 | Laksamana Tan Sri Dato' Sri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor | 2003 - 2005 | |
13 | Laksamana Tan Sri Dato' Sri Ilyas bin Haji Din | 2005 - 2006 | |
14 | Laksamana Tan Sri Dato' Sri Ramlan Mohamed Ali | 2006 - 2008 | |
15 | Laksamana Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar | 2008 - 2016 | |
16 | Laksamana Tan Sri Dato' Seri Panglima Ahmad Kamarulzzaman bin Haji Ahmad Badaruddin | 2016 - 2018 | |
17 | Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany | 2018 -2023 | |
18 | Laksamana Tan Sri Dato' Abdul Rahman Ayob | 2023 - 2024 | |
19 | Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain | 2024 - kini |
Ketua perkhidmatan tentera laut negara-negara lain
suntingIstilah Panglima Tentera Laut lazimnya merujuk kepada Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (dalam bahasa Inggeris di panggil Chief of Navy atau CN). Namun panglima-panglima yang mengetuai tentera laut negara lain juga boleh dirujuk sebagai "Panglima Tentera Laut" negara tersebut. Nama rasmi jawatan Panglima Tentera Laut bagi kebanyakan negara Komanwel ialah Chief of Naval Staff, biasanya dipendekkan menjadi CNS. Manakala Tentera Laut Amerika Syarikat menggelarkan panglima mereka sebagai Chief of Naval Operations atau CNO. Di dalam bahasa Inggeris Panglima Tentera Laut (Diraja Malaysia) secara rasmi diterjemah menjadi Chief of Navy atau CN. Chief of Navy juga digunakan sebagai jawatan rasmi ketua perkhidmatan Tentera Laut Republik Singapura dan Tentera Laut Diraja Australia. Di Indonesia, jawatan ketua perkhidmatan TNI-AL disebut Kepala Staf Angkatan Laut atau sering dipendekkan menjadi KASAL.