Parkour
Parkour (kadang-kadang disingkatkan kepada PK) atau l'art du déplacement [1] (Melayu: seni pergerakan badan) merupakan aktiviti yang berasal daripada orang Perancis, bertujuan bergerak dari tempat A kepada tempat B dengan secepat dan sepantas mungkin, dengan menggunakan kebolehan badan manusia. [2] Aktiviti ini dilakukan dalam membantu seseorang yang sedang menghadapi kesulitan atau halangan, dimana ia boleh jadi apa saja yang melibatkan persekitaran — dari dahan-dahan dan batu-batu, palang dan dinding konkrit; dan ia boleh berlatih di kawasan luar bandar ataupun bandar. Lelaki yang mempraktikkan parkour dikenali sebagai traceur dan untuk perempuan pula dikenali sebagai traceuse.[3]
David Belle merupakan orang yang memulakan dan menemui seni fizikal ini, parkour tertumpu kepada latihan untuk bergerak dengan pantas untuk membina badan dan minda individu agar boleh menghadapi halangan semasa kecemasan. Ia juga adalah satu bentuk hiburan atau hobi masa lapang.
Ringkasan
suntingParkour merupakan satu aktiviti fizikal, dimana ia sukar untuk dikategorikan. Ia bukan satu sukan yang ekstrim,[4] tetapi merupakan satu latihan atau pegerakan yang ada sedikit pertahanan diri.[5] Mengikut kepada David Belle, aspek fizikal parkour ialah untuk melepasi halangan yang berada dilaluan semasa kecemasan.[6] Sekiranya anda mahu bergerak dengan pelbagai cara, dengan sebarang gerakan, ia akan memberi anda keuntungan yang paling asas untuk seseorang/sesuatu sekiranya ia mahu melarikan diri dari ia, atau mengejar kepada ia.[6] Jadi, bila berhadapan dengan seseorang, salah seorang akan bercakap, berlawan atau melarikan diri. Seperti seni bela diri, parkour merupakan satu bentuk latihan untuk terbang. Disebabkan ia sukar untuk dikategorikan, ia selalunya disebut "parkour ialah parkour".
Pergerakan
suntingTerdapat beberapa pergerakan yang dikenalpasti dahulu dalam parkour daripada gimnastik, dimana ia tidak mempunyai senarai pergerakan yang baik. Setiap halangan yang dihadapi oleh traceur menunjukkan satu cabaran yang unik, bagaimana mereka menyelesaikannya secara efisien, ini bergantung jenis tubuh badan mereka, kepantasan, dan kedudukan pendekatan/kemasukan, dan struktur fizikal badan dari halangan, dan sebagainya. Parkour ada hubungkait latihan untuk bertindakbalas kepada setiap halangan mengikut kesesuaian dengan teknik yang berkesan. Kerapnya, teknik tersebut tidak boleh dan tidak perlu dikumpulankan dan diberi satu nama. Dalam kebanyakan kes teknik parkour yang berkesan, ia bergantung pada berat badan dan penggunaan dari momentum kepada kepantasan pergerakan badan yang tampak susah dan sukar. Penggunaan tenaga dalam menyerapkannya untuk melakukan pergerakan seperti gulingan badan bila mendarat, dimana ia mengurangkan kesan impak pada kaki dan tulang belakang, yang mana membolehkan seorang traceur melompat dari tempat yang tinggi berbanding dari tempat yang dikatakan rasional untuk akrobatik dan gimnastik.
Menurut David Belle,sekiranya mahu bergerak dalam pergerakan yang membantu untuk mendapat asas seperti ia mahu untuk melepaskan diri atau mengejar sesuatu. Juga, kemana juga pergi, pastinya ia boleh mendapatkan ia balik, sekiranya dari A ke B, ia perlu boleh balik dari B ke A, [6] tetapi ia tidak semestinya dengan pegerakan yang sama atau passements.
Walaubagaimanapun, banyak teknik asas yang penting untuk amatur/novis pada keserba-bolehan dan kebolehan mereka. Teknik yang paling penting adalah melompat dan mendarat. Gulingan juga ditekan sebagai asas penting perlu dipelajari dalam mengehadkan impak selepas melompat dan meneruskan momentum kehadapan. Banyak traceur menghadapi masalah sendi apabila melakukan lompatan dan gulingan yang salah.
Senarai teknik
suntingAntara teknik asas dalam Parkour ialah:-
Nama | Keterangan |
---|---|
Mendarat | Merupakan salah satu teknik yang paling penting dalam seni fizikal ini. Sentiasa mendarat dengan bola kaki dan jari kaki serta bengkokkan lutut. |
Berguling | Gulingan ke hadapan dimana tangan, lengan dan garisan pepenjuru di belakang badan menyentuh tanah, seringkali dipanggil breakfall. Digunakan untuk memindahkan momentum atau tenaga dari lompatan dan untuk meminimumkan impak; mengelakkan kecederaan serta pendaratan yang menyakitkan. Ia identik dengan asas kaiten atau ukemi dan gerakan ini diambil daripada seni bela diri seperti judo, ninjutsu, jujutsu, hapkido dan aikido. |
Lepasi dinding | Digunakan untuk melepasi satu struktur yang tinggi dengan menukarkan momentum ke hadapan kepada momentum ke atas. Seterusnya tangan digunakan untuk memanjat ke atas dinding tersebut. |
Imbangan | Berjalan di sepanjang bibir halangan; secara harfiahnya "keseimbangan". |
Imbangan kucing | Gerakan berkaki empat di sepanjang bibir halangan. |
Lompatan teliti | Lompatan statik atau bergerak dari satu objek ke satu titik pendaratan yang kecil pada objek lain. |
Lompatan dinding | Ke langkah dari dinding dalam rangka mengatasi kendala lain atau mencapai ketinggian untuk mendapatkan sesuatu. |
Lompatan tangan | Lompatan yang mendarat di sisi halangan dalam kedudukan bergantung atau menjongkok, tangan mencengkeram sisi halangan, menampung berat badan, bersedia untuk menarik otot lengan bagi naik ke atas struktur tersebut. |
Lompatan pantas | Untuk melepasi sesuatu halangan dengan melompat sisi-cara dahulu, kemudian meletakkan satu tangan di atas halangan untuk menahan dan menolak badan ke depan dan meneruskan larian. |
Lompatan malas/pencuri | Untuk melepasi sebuah halangan dengan menggunakan lompatan satu tangan, kemudian menggunakan tangan lain untuk menolak diri ke hadapan bagi menghabiskan gerakan ini. |
Galeri
sunting-
Sejenis pergerakan asas dalam Parkour
-
Seorang traceur melakukan satu passe muraille atau melepasi/melompat dinding
-
Seorang traceuse melompat melepasi sebuah halangan.
-
Traceur Daniel Ilabaca melakukan teknik imbangan kucing
-
Satu lagi bentuk lompatan tangan
-
Passement
-
Saut de précision
Rujukan
sunting- ^ Collectif Parkour France DB. "Avertissement mise en garde" (dalam bahasa French). Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-28. Dicapai pada 2007-02-27.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Severine Souard. "Press - "The Tree" - L'Art en mouvement" (JPG) (dalam bahasa French). Dicapai pada 2007-07-02.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Webster's New Millennium™ Kamus Bahasa Inggeris. "parkour". Dictionary.com. Dicapai pada 2007-08-07.
- ^ "Dealing with the Media". americanparkour.com. 2006-11-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-02. Dicapai pada 2007-04-19.
Parkour is not nearly as dangerous as most other sports. Scrapes and bruises are common but major injuries are very rare. However, just like any high impact activity such as basketball or soccer, the occasionally sprained ankle or pulled muscle is inevitable.
- ^ "What is Parkour?". americanparkour.com. 2004-05-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-04-19.
It is considered by many practitioners (known as "traceurs") as more of an art and discipline.
- ^ a b c "Cali meets David Belle". pkcali.com. 2005-15-07. Dicapai pada 2007-06-25. Check date values in:
|date=
(bantuan)