Parti Kuasa Rakyat (Korea Selatan)
Parti Kuasa Rakyat (Bahasa Korea: 국민의힘, Bahasa Inggeris: People Power Party), dahulunya dikenali sebagai Parti Perpaduan Masa Depan (Hangul: 미래통합당 ; Hanja: 未來統合黨 ; RR: Miraetonghapdang; lit. Future United Party) merupakan parti politik konservatif[1] di Korea Selatan.
Parti Kuasa Rakyat 국민의힘 | |
---|---|
Singkatan | PPP |
Presiden | Lee Jun-seok |
Presiden dalam Parlimen | Kim Gi-hyeon |
Setiausaha Agung | Kwon Young-se |
Diasaskan | 17 Februari 2020 (sebagai Parti Perpaduan Masa Depan) 2 September 2020 (sebagai Parti Kuasa Rakyat) |
Gabungan | Parti Korea Kebebasan Parti Konservatif Baru Majulah ke Masa Depan 4.0 dan parti-parti serta organisasi kecil yang lain |
Badan pemikir | Institut Yeouido |
Ideologi | Konservatisme sosial Konservatisme nasional Populisme sayap kanan Anti-komunisme Liberalisme ekonomi |
Penggabungan serantau | Asia Pacific Democrat Union |
Penggabungan antarabangsa | International Democrat Union |
Warna | Merah (utama) Biru Puteh |
Perhimpunan Kebangsaan | 106 / 300
|
Gabenor | 4 / 17
|
Datuk Bandar | 58 / 226
|
Dewan Undangan Negeri | 1,047 / 2,927
|
Laman sesawang | |
www.peoplepowerparty.kr | |
Politik Korea Selatan Parti politik Pilihan raya |
Parti itu dibentuk pada 17 Februari 2020 atas penggabungan Parti Korea Kebebasan, Parti Konservatif Baru dan Majulah ke Masa Depan 4.0, serta beberapa parti-parti dan pertubuhan kecil yang lain.[2] Pada hari penubuhannya, parti itu mempunyai 113 MP di Perhimpunan Kebangsaan. Parti itu juga berhubungan dengan parti kecil iaitu Parti Korea Masa Depan.
Sejarah
suntingLatar belakang
suntingSkandal politik pada 2016 menyebabkan Presiden Park Geun-hye dipecat, dan beberapa ahli-ahli parlimen dari Parti Saenuri keluar menubuhkan Parti yang Benar (BP).[3] Parti Saenuri lalu menukar namanya ke Parti Korea Kebebasan (LKP),[4] biarpun pemecatan terakhir Park pada 10 Mac 2017 menyebabkan parti itu de jure kehilangan kedudukan parti pemerintahnya.[5] Sesusah kemenangan calon Parti Demokratik Bersama Moon Jae-in pada 9 Mei,[6] parti itu menjadi pembangkang secara rasmi.
Meskipun beberapa MP dari BP umum keluar dan menyertai semula ke LKP, LKP gagal mendapat sokongan yang mencukupi, menyebabkan parti itu kalah teruk dalam pilihan raya tempatan pada 2018.[7] Presiden LKP Hong Jun-pyo segera melepaskan jawatan untuk bertanggungjawab atas kecundangan yang amat teruk. Parti yang Sebenar, yang telah bergabung dengan Parti Nasional untuk membentuk Parti Masa Depan yang Benar (BMP), juga menghadapi kekalahan pada pilihan raya tempatan tersebut.[8]
Kedua-dua parti konservatif kemudian mengadakan pemilihan kepimpinan masing-masing. Pada 2 September 2018, BMP telah memilih Sohn Hak-kyu sebagai Presiden barunya.[9] Pada 27 Februari 2019, LKP juga memilih bekas Perdana Menteri Hwang Kyo-ahn sebagai Presiden barunya.[10] Tidak lama kemudian, Lee Un-ju, seorang MP dari BMP, umum keluar partinya[11] dan dijangka menyertai LKP,[12] namun membentuk parti baru yang bernama Majulah ke Masa Depan 4.0.[13] Bekas ahli-ahli parlimen BMP yang lain menghadapi konflik dengan Presiden Sohn juga keluar parti menubuhkan Parti Konservatif Baru.[14] Sebagai "penyatuan konservatif", Parti Korea Kebebasan, Majulah ke Hadapan 4.0 dan Parti Konservatif Baru bersetuju untuk bergabung dan menubuhkan parti baru.[15]
Pada awalnya, nama parti baru ditetapkan sebagai Parti Baru Perpaduan Raya (Bahasa Korea: 대통합신당),[16] tetapi kemudian menukar namanya ke Parti Perpaduan Masa Depan (Bahasa Korea: 미래통합당).[17] Park Hyung-joon, yang mengetuai penggabungan dan refoundasi, menjelaskan bahawa nama tersebut menunjukkan sokongan untuk belia dan perpaduan politik.[18]
Kongres pengasasan
suntingPada 17 Februari 2020, 3 parti konservatif akhirnya digabungkan dan diasaskan sebagai Parti Perpaduan Masa Depan.[19] Parti itu lalu memilih Presiden LKP Hwang Kyo-ahn sebagai Presiden barunya.[20] Kepimpinan parti baru menyerupai LKP, meskipun beberapa Naib Presiden contohnya Won Hee-ryong dan Kim Yŏng-hwan bukannya bekas ahli-ahli LKP.
Presiden Republik Korea Moon Jae-in dan Presiden Parti Demokratik Lee Hae-chan mengucapkan tahniah atas pengasasan parti baru ini, malah dilaporkan bahawa ucapan kedua-dua insan itu tidak dialu-alukan oleh beberapa anggota parti ini.[21] Beberapa sumber-sumber juga melaporkan bahawa parti itu juga merancang untuk memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Presiden Moon.[22][23][24]
Yoo Seong-min, bekas Presiden BMP, tidak menghadiri kongres pengasasan.[25] Yoo Young-ha, seorang tokoh pro-Park Geun-hye, telah keluar dari LKP sehari sebelum pembentukan parti ini.[26]
Kepimpinan
suntingPresiden
suntingNo. | Nama | Gambar | Mula | Akhir |
---|---|---|---|---|
1 | Hwang Kyo-ahn | 17 Februari 2020 | 15 April 2020 | |
— | Shim Jae-chul | 16 April 2020 | 8 Mei 2020 | |
— | Joo Ho-young | 8 Mei 2020 | 22 Mei 2020 | |
— | Kim Chong-in | 22 Mei 2020 | 8 April 2021 | |
— | Joo Ho-young | 8 April 2021 | 30 April 2021 | |
— | Kim Gi-hyeon | 30 April 2021 | 11 Jun 2021 | |
2 | Lee Jun-seok | 11 Jun 2021 | kini |
Setiausaha Agung
suntingNo. | Nama | Gambar | Mula | Akhir |
---|---|---|---|---|
1 | Park Wan-soo | 17 Februari 2020 | 28 Mei 2020 | |
2 | Kim Seon-dong | 28 Mei 2020 | 14 Oktober 2020 | |
3 | Cheong Yang-seog | 19 Oktober 2020 | kini |
Keputusan pilihan raya
suntingPilihan raya presiden
suntingPilihan raya | Calon | Jumlah undi | Peratusan pengundi | Hasil |
---|---|---|---|---|
2022 | Yoon Suk-yeol | 16,394,815 | 48.56% | dipilih |
Pilihan raya umum
suntingPilihan raya | Jumlah kerusi menang | Jumlah pengundi | Peratusan pengundi | Keputusan pilihan raya | Status | Ketua pilihan raya |
---|---|---|---|---|---|---|
2020 | 103 / 300
|
9,441,520 | 33.8% | ▼ 19 kerusi; Minoriti | Pembangkang | Hwang Kyo-ahn |
Pilihan raya kecil
suntingPilihan raya | Datuk Bandar Metropolitan/Gabenor | Datuk Bandar perbandaran | Badan perundangan wilayah | Badan perundangan perbandaran | Ketua pilihan raya |
---|---|---|---|---|---|
2021 | 2 / 2
|
2 / 2
|
5 / 8
|
6 / 9
|
Kim Chong-in |
Nota
suntingRujukan
sunting- ^ Maresca, Thomas (19 Februari 2020). "Defector Thae Yong-ho: Trump's North Korea policy a failure". United Press International.
- ^ "'의석 113석' 미래통합당 출범…오늘 의원총회서 상견례". 18 Februari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-18. Dicapai pada 18 Februari 2020.
- ^ "바른정당, 무릎 꿇고 사죄하며 창당대회". 24 Januari 2017. Dicapai pada 18 Februari 2020.
- ^ "새누리당, 오늘 자유한국당으로 개명…상징은 '횃불'". 13 Februari 2017. Dicapai pada 18 Februari 2020.
- ^ "[전문] 자유한국당 "헌법재판소 대통령 탄핵 인용 결정 겸허하게 수용"". 10 Mac 2017. Dicapai pada 18 Februari 2020.
- ^ "문재인, 득표율 41.08% …역대 최다 표차 당선". 10 Mei 2017. Dicapai pada 18 Februari 2020.
- ^ "지방선거 패배, 자유한국당 홍준표 대표직 사퇴". 14 Jun 2018. Dicapai pada 18 Februari 2020.
- ^ "[지방선거 결과③] '바른미래당' ·· 왜 망했나". 14 Jun 2018. Dicapai pada 18 Februari 2020.
- ^ "돌아온 손학규... 바른비래 당대표 당선, 27% 득표". 2 September 2018. Dicapai pada 18 Februari 2020.
- ^ "황교안, 한국당 당대표 당선…'탄핵 그늘' 걷어낼까". 27 Februari 2019. Dicapai pada 18 Februari 2020.
- ^ "이언주 탈당…바른미래당 깨지나". 23 April 2019. Dicapai pada 18 Februari 2020.
- ^ "신당 창당 선언한 이언주…한국당과는 결별?". 13 November 2019. Dicapai pada 18 Februari 2020.
- ^ "이언주 의원 `미래를 향한 전진4.0` 공식 창당". 19 Januari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
- ^ "새보수당 창당 "총선서 80석 목표"…한국당 "보수통합 동참을"". 19 Januari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
- ^ "한국당, 새보수·전진당과 합당…신당명 '미래통합당'". 13 Februari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
- ^ "보수 통합신당 당명, '대통합신당' 잠정 결정". 11 Februari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
- ^ "보수통합신당 당명 '미래통합당'으로 결정". 14 Februari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
- ^ "'미래통합당'으로...궤도 오른 통합열차". 13 Februari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
- ^ "'의석 113석' 미래통합당 출범…오늘 의원총회서 상견례". 18 Februari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
- ^ "미래통합당 대표에 황교안…민주당 "돌고 돌아 새누리당"". 17 Februari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
- ^ "`이해찬→이반찬`…미래통합당 창당식서 수난겪은 여권 화환". 17 Februari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
- ^ "미래통합당 "문재인 대통령 선거개입 혐의로 고발"". 18 Februari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
- ^ "미래통합당, 문재인 대통령 고발 검토…"선거법 위반 혐의"". 18 Februari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
- ^ "문재인 대통령 고발 연기한 미래통합당 "미룬 것뿐…꼭 한다"". 18 Februari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
- ^ "미래통합당 출범식 불참한 유승민…쇄신미흡 불만?". 17 Februari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.
- ^ "유승민에 반감? 朴측근 유영하, 미래통합당 출범 당일 탈당". 18 Februari 2020. Dicapai pada 18 Februari 2020.