Pasar ikan Tsukiji
Pasar ikan Tsukiji atau Pasar borong Tokyo Metropolitan (東京都中央卸売市場 Tōkyō-to Chūō Oroshiuri Shijō?) atau 'Pasar Tsukiji' (築地市場 Tsukiji shijō?) ialah pasar borong ikan dan makanan laut terbesar di dunia dan pasar makanan borong terbesar. Pasar ini terletak di Tsukiji di pusat bandar Tokyo, dan merupakan tarikan utama bagi pelawat asing.
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Lokasi
suntingPasar ini terletak berhampiran Stesen Tsukijishijō di laluan Toei Ōedo Line dan Stesen Tsukiji di Tokyo Metro Hibiya Line.
Terdapat dua bahagian, iaitu "Pasar dalaman" (jōnai-Shijo) yang merupakan pasar borong berlesen, di mana lelongan dan kebanyakan pemprosesan ikan berlaku. Peniaga borong berlesen (kira-kira 900 orang) mengendalikan gerai-gerai kecil.
"Pasar luaran" (jōgai-Shijo) ialah campuran kedai-kedai borong dan runcit yang menjual alat-alat dapur Jepun, bekalan restoran, barangan runcit, dan makanan laut terutama susyi. Kebanyakan kedai di pasar luaran tutup pada awal petang manakala yang di pasar dalaman pula tutup lebih awal.
Ekonomi
suntingPasar Tsukiji mengendalikan lebih daripada 400 jenis makanan laut seperti rumpai laut, ikan sardin 300 kg, ikan tuna dan spesies ikan paus kontroversi. Bilangan pekerja pada 25 Januari 2010 seramai 65 000 orang termasuk pemborong, akauntan, pelelong, pegawai-pegawai syarikat, dan pengedar.
Operasi
suntingPasar dibuka pada waktu pagi (kecuali hari Ahad, cuti dan beberapa hari Rabu) sekitar jam 3:00 pagi dengan ketibaan produk dari kapal, trak dan pesawat dari seluruh dunia. Mereka memunggah ikan tuna beku. Rumah lelong atau 'oroshi gyōsha' memeriksa ikan dan melelong ikan tuna bersaiz besar.
Lelongan bermula sekitar 5:20 pagi. Pembida atau 'nakaoroshi gyōsha' mengendalikan gerai-gerai di pasar. Lelongan biasanya berakhir sekitar 7:00 pagi. Ikan yang dibeli dimuatkan ke dalam trak untuk dihantar ke destinasi. Bagi ikan besar, contohnya tuna dan ikan todak, proses memotong adalah rumit. Tuna beku dan ikan todak sering dipotong dengan gergaji besar. Ikan tuna dihiris dengan pisau yang amat panjang (kira-kira lebih satu meter panjang) dipanggil oroshi-hōchō, maguro-bōchō, atau hanchō-hōchō.
Galeri
sunting-
Berakhirnya lelongan ikan tuna segar di Tsukiji
-
Sebuah dulang Takifugu rubripes yang sedia untuk dijual di Tsukiji
-
Lelongan tuna di Tsukiji
-
Sebilah oroshi hocho yang digunakan di pasar ikan Tsukiji, Tokyo
Rujukan
suntingKoordinat: 35°39′41″N 139°46′11″E / 35.66139°N 139.76972°E