Pasaran pertukaran asing
Pertukaran asing (foreign exchange atau forex) berlaku apabila suatu mata wang ditukar kepada mata wang lain. Ia merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi aktiviti jual beli mata wang antara negara yang melibatkan pasar-pasar mata wang utama di dunia selama yang berlangsung secara 24 jam secara berterusan. Merupakan pasar terbesar dunia di mana ia melibatkan transaksi wang sebesar $2 trilion pada hari pasaran dibuka.
Mata wang terbahagi kepada 2 iaitu Utama dan Kecil (minor). Utama ialah mata wang paling kerap diperdagangkan iaitu USD, EUR, GBP, CHF, JPY, AUD dan CAD. Kecil adalah mata wang selain mata wang utama iaitu NZD dan SGD yang turut diniagakan tetapi tidak secara besar-besaran.
Di dalam pasaran pertukaran asing, mata wang diniagakan secara berpasangan. Ia diniagakan secara berpasangan kerana dalam perdagangan mestilah ada beli dan jual. Sebagai contoh pasangan matawang EUR/USD jika membeli pasangan ini bermakna kita membeli EUR (Euro) dan jual USD (dolar AS).
Forex merupakan satu pelaburan yang paling popular kerana pulangan keuntungannya yang tinggi. Keuntungan boleh mencapai sehingga 100% dalam masa beberapa hari. Akibat pergerakan yang cepat tersebut, tidak dinafikan forex juga berisiko tinggi untuk rugi apabila anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup.
Sejarah
suntingSejak zaman dahulu, manusia telah melakukan perdagangan dengan sekelilingnya untuk berbagai alasan dengan cara sistem barter. Seiring dengan perkembangnya zaman dan peradaban sistem barter ini gugur kerana mempunyai banyak kelemahan sehingga ditemukan sistem – sistem pembayaran yang baru yang sampai pada akhirnya dengan menggunakan wang sebagai alat pertukaran dan pembayaran. Sistem pembayaran dengan menggunakan wang juga mempunyai kelemahan untuk bertransaksi dengan suatu negara yang memiliki jenis mata wang yang berbeza.
Keperluan akan nilai tukar timbul kerana mata wang suatu negara biasanya tidak diterima sebagai media atau alat tukar di negara lain. Hubungan perdagangan antarabangsa menimbulkan adanya permintaan dan penawaran terhadap beberapa mata wang. Perkara ini kemudian menyebabkan perkembangan pada bursa pertukaran mata wang asing, sehingga diperlukan pengatur untuk berjuta-juta transaksi permintaan dan penawaran yang terjadi setiap hari, yang menuju pada penentu nilai tukar mata wang asing.
Sejarah pertukaran/perdagangan mata wang dapat dikatakan seusia wang itu sendiri dan baru mendapat perhatian yang serius oleh banyak negara pada dekad terakhir ini. Kalau ditinjau pada dekad standard emas (1880 – pecahnya PD I), pada masa tersebut wang dijamin oleh emas tulin (murni) yang merupakan standard negara tersebut. Defisit neraca pembayaran akan ditutup dengan transfer emas, hingga mengakibatkan money supply menurun dan harga di luar negeri seakan naik, sehingga hal ini akan meningkatkan eksport sampai defisit hilang, demikian sebaliknya. Dengan demikian, nilai mata wang relatif stabil.
Sehingga Perang Dunia I, piawaian emas memungkinkan tercapainya tingkat koreksi yang tinggi terhadap neraca pembayaran. Tetapi, tidak demikian pada saat peperangan, kemungkinan besar kerana tumbuhnya syarikat-syarikat perdagangan dan perusahaan-perusahaan besar, adanya jaminan upah dan harga sehingga tidak mudah menurunkan kecenderungan tersebut, yang berdampak berkurangnya lapangan pekerjaan. Karena membengkaknya pengangguran pada awal 1930-an, piawaian emas tidak dipakai lagi.
Setelah perang dunia selesai dan kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1930an, dunia menginginkan suatu kestabilan ekonomi yang lebih baik. Sehingga Pada tanggal 22 Juli 1944, atas prakarsa dari Amerika Serikat, diadakan suatu persidangan kewangan antarabangsa yang dikenali dengan : “The Bretton Woods Conference“, yang dihadiri 44 negara. Usul yang diajukan oleh delegasi Amerika Serikat (White Plan) menyusun rencana-rencana dasar yang disetujui.
Dalam persidangan tersebut, diciptakan suatu system pertukaran mata wang tetap yang disebut dengan “Fixed Exchange Rate System“, yang mempunyai beberapa persamaan dengan standard emas, di mana memuat ketentuan :
- Tiap negara menetapkan nilai tukarnya terhadap mata wang USD;
- Amerika menetapkan nilai USD terhadap emas (USD 35/ounce);
- Amerika akan menjual emas dengan harga tetap kepada pemegang resmi dari mata wang USD;
- Perubahan nilai tukar mata wang terhadap USD tidak boleh melebihi 1%, bila terpaksa boleh sampai max 10%.
Sejak itu negara – negara di dunia serta Amerika mulai tumbuh dengan pesat dan dua tahun setelah persidangan tersebut, didirikan lembaga kewangan antarabangsa & Bank Dunia yang kita kenal saat ini dengan IMF (International Monetary Fund) dan Word Bank, untuk mengawasi sistem tersebut.
Kemudian perubahan terjadi di Amerika, Pada periode tahun 1960-an, defisit neraca pembayaran Amerika memaksa negara tersebut melepaskan cadangan emasnya sebesar USD 18 billion kerana Perancis menukarkan USD-nya dengan emas dan dilanjutkan pada periode tahun 1970-an, Amerika kembali harus melepaskan cadangan emasnya sebesar USD 11 billion. Buruknya perekonomian Amerika pada waktu itu menyebabkan masyarakat dunia kurang percaya terhadap USD. Dan di negara yang memiliki mata uang yang kuat kerana memiliki cadangan emas yang cukup seperti Swiss dan Jerman, mereka menukarkan USD-nya dengan mata wang mereka iaitu CHF dan MDK. Hal ini menyebabkan hutang jangka pendek yang hampir jatuh tempo di Amerika mencapai hampir dua kali cadangan emasnya.
Sistem Bretton Wood hanya mampu bertahan hampir mencapai 30 tahun, pada tanggal 15 Ogos 1971, Presiden Nixon mengumumkan perubahan system nilai tukar untuk USD dengan membiarkan nilai tukarnya terapung (Floating Exchange Rate System), hal ini ditegaskan kembali dalam suatu persidangan di Washington pada tanggal 17-18 Desember 1971 (SMITHSONIAN CONFERENCE), dari sinilah lahirnya nilai tukaran terapung dan berlaku sampai dengan sekarang.
Setelah Presiden Nixon menetapkan nilai terapung untuk mata wang USD, banyak negara yang memutuskan untuk mengapungkan nilai tukarnya, seperti : Jerman, Inggris, Belanda, bahkan Jepun dan tahun – tahun berikutnya banyak negara di dunia yang membiarkan nilai wangnya terapung sesuai dengan mekanisme pasar, iaitu kekuatan permintaan dan penawaran.
Istilah istilah Penting
suntingQuote Kadar matawang yang terdiri daripada 2 nilai iaitu Bid (harga jual pada dealer) dan Ask (harga beli dari dealer). Nilai Bid selalunya lebih kecil daripada Ask. Perbezaan / selisih harga antara Bid dan Ask ini dinamakan Spread. Biasanya kita pilih Spread yang lebih kecil kerana ini lebih menguntungkan kita (trader). Marketiva menggunakan Bid/Offer.
Pip (point) Setiap pergerakan naik atau turun dikira sebagai unit pip atau point (bagi Marketiva). Misalnya sekiranya kita menggunakan 50.00USD sebagai modal untuk membeli pair EUR/USD, maka setiap satu pip yang diperolehi membawa nilai 0.50USD. Sekiranya satu posisi trade yang kita lakukan memperolehi keuntungan 10 pips, maka nilai keuntungan dalam unit USD ialah 5.00USD.
Posisi Long (Buy) Ini adalah posisi trader membeli suatu matawang pada harga tertentu, bertujuan untuk menjualnya kembali pada harga yang lebih tinggi. Kerana itu, trader mandapat keuntungan dari nilai pasaran yang naik.
Posisi Short (Sell) Ini adalah posisi trader menjual suatu matawang pada harga tertentu dengan tujuan membelinya kembali pada harga yang lebih rendah bagi mengaut keuntungan. Kerana itu, trader mendapat keuntungan ketika nilai pasaran menurun.
High, Low, Open & Close High - rekod harga tertinggi pada hari itu dari mula open hingga sekarang (semasa) Low - rekod harga terendah pada hari itu dari mula open hingga sekarang (semasa) Open - harga permulaan trade pada hari itu Close - harga penutup trade pada hari itu
Market Order Bermaksud, membeli pada harga (ask/offer) semasa pada saat itu juga (real time); atau menjual pada harga (bid) semasa pada saat itu juga. Misalnya, ketika itu EUR/USD menunjukkan 1.3554/1.3557 (ask/bid) dan anda meletakkan posisi BUY ketika itu, maka posisi anda akan tertera pada paparan trading anda pada harga 1.3555. Ketika ini anda boleh setkan _target Profit (TP) sebanyak 8 pips lebih tinggi (1.3563) dan anda mengaut 8 pips keuntungan. Begitulah sebaliknya.
Stop Order / Limit Order Buy limit kalau anda hendak price itu turun dahulu beberapa pips baru anda buy. Buy stop kalau anda hendak price itu naik dahulu beberapa pips baru anda buy Sell limit kalau anda hendak price itu naik dahulu baru anda sell. Sell stop kalau anda hendak price itu turun dahulu beberapa pips baru anda sell.
Available Margin Jumlah bersih baki yang masih ada dalam akaun anda yang boleh diniagakan setelah jumlah modal ditambah untung (-rugi). Available Margin = Equity (modal) - Used Margin + Profit(-loss)
Kekeliruan di antara pertukaran asing dan skim cepat kaya
suntingSkim cepat kaya yang menjanjikan pulangan yang lumayan, gemar menyatakan keuntungan urusniaga mereka dijana daripada aktiviti bermain pertukaran asing. Aktiviti skim cepat kaya sebenarnya cumalah permainan Sistem Ponzi. Disebabkan skim penipuan kerap menggunakan nama pertukaran asing dan juga ciri-ciri semulajadi pasaran pertukaran asing yang menang berisiko tinggi sehingga kerap merugikan individu terlibat dan juga negara, maka Bank Negara Malaysia tidak mengeluarkan sebarang lesen untuk bermain pertukaran asing. Bank Negara Malaysia menetapkan hanya bank-bank sahaja dibenarkan melakukan aktiviti pertukaran asing. Pelabur individu pula masih dibenarkan bermain pertukaran asing jika syarikat broker tersebut tidak bertapak di dalam negara. Bagaimanapun mereka tidak dilindungi oleh undang-undang Malaysia sekiranya ditipu kerana ia diluar bidang kuasa BNM. Oeh itu pelabur Malaysia kerap bermain pertukaran asing secara dalam talian yang disediakan oleh syarikat broker dari negara luar dengan risiko sendiri.
Pautan luar
sunting- Benchmark Currency Rates dari Bloomberg
- CFTC Commission Advisory Perlindungan Penipuan Pengguna.
- Federal Reserve daily update
- Pertukaran Matawang Asing Bahan berkait pertukaran matawang asing.
- Financial Times - currency market data
- Bank Negara Malaysia Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine