Paus Soterius
Paus Santo Soterius (???-174) ialah Paus Gereja Katolik Rom sejak tahun 166 sehingga 174 (Sumber dari Vatikan menyebutkan juga tahun 162/168 sehingga 170/177).
Paus Santo Soterius | |
---|---|
Mula Menjawat | 166 |
Tarikh Tamat Jawatan | 174 |
Pendahulu | Anisetus |
Pengganti | Eleutherus |
Butiran peribadi | |
Nama lahir | Soterius |
Kelahiran | tarikh tidak diketahui Fondi, Itali |
Meninggal dunia | 174 Rom, Itali |
Dalam masa kepemimpinannya, ia memutuskan untuk mengajar orang Kristian menyambut sakramen Mahakudus semasa Khamis Putih, melarang wanita membakar dupa, dan menetapkan bahawa sebuah perkahwinan baru dapat dinyatakan sah bila dilaksanakan sebagai sakramen yang diberkati oleh seorang imam.
Menurut tradisi, ia tewas sebagai martir dan dimakamkan di pemakaman Callistus di Rom. Ia diperingati pada setiap tanggal 22 April.