Pemerintahan Ganas

Pemerintahan Ganas (5 September 1793 – 28 Julai 1794) (haribulan kedua ialah haribulan 10 Thermidor, tahun II Takwim Revolusi Perancis),[1] juga dikenali mudah sebagai Keganasan ([The Terror] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); [la Terreur] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)), ialah tempoh berlakunya keganasan selepas Revolusi Perancis. Keganasan ini diapikan oleh golongan politik yang bersaing, puak Girondin dan Jacobin, dan ditanda oleh pembunuhan beramai-ramai "musuh revolusi". Bilangan orang yang maut dianggarkan berpuluhan ribu termasuk 16,594 orang menjalani hukuman mati dipenggal gilotin (sebanyak 2,639 orang dihukum di Paris sahaja[2] dan 25,000 dihukum mati terus di seluruh Perancis.[3]); antara orang yang dihukum begini dari kerabat diraja seperti Marie Antoinette, Raja Louis XVI, anggota-anggota puak Girondin, Louis Philippe II, Duc Orleans dan Madame Roland sehinggalah ke orang kebanyakan yang ada hubungan dengan kerabat diraja seperti perintis sains kimia Antoine Lavoisier.

Turisan Maximilien Robespierre, arkitek utama Pemerintahan Ganas, menggunakan gilotin ke atas pertanda selepas semua orang habis maut akibat dikenakan gilotin.

Pada tahun 1794, revolusioner Perancis dibeban konspirasi musuh dalaman dan luaran. Dalam Perancis, revolusi ditentang oleh bangsawan Perancis yang telah hilang kedudukan dan hak istimewa mereka. Secara amnya Gereja Katolik Rom menentang Revolusi kerana ia menjadikan para pegawai dan padri gereja kakitangan kerajaan dan menghendaki mereka mengangkat sumpah taat setia kepada negara (melalui Perlembagaan Sivil Padri). Lagi pula, Republik Pertama Perancis terlibat dengan siri peperangan Revolusi dengan negara jiran yang berniat menghapuskan revolusi demi mencegah penularannya.

Perang saudara yang berlanjutan serta kemasukan tentera asing ke dalam negara menimbulkan krisis politik dan meningkatkan persaingan antara Girondin dengan puak Jacobin yang lebih radikal. Puak yang kedua akhirnya digolongkan dalam kumpulan parlimen yang digelar "Gunung", dan mereka memiliki sokongan penduduk Paris. Kerajaan Perancis menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan Awam, bagi membanteras kegiatan anti-revolusi dan memgembangkan angkatan tentera Perancis.

Ketua-ketua "Ganas" memiliki kuasa diktator luas melalui Tribunal Revolusi dan menggunakan kuasa itu untuk mengapikan hukuman mati beramai-ramai dan penyingkiran politik. Penindasan bertambah pesat dalam bulan Jun dan Julai 1794, satu tempoh yang digelar "la Grande Terreur" ("Keganasan Besar"), dan berakhir dengan coup d'etat pada 9 Thermidor Tahun II (27 Julai 1794). Ini membawa kepada "tindak balas Thermidor" yang menyaksikan beberapa tokoh utama Pemerintahan Ganas menjalani hukuman mati, termasuklah Louis de Saint-Just dan Maximilien de Robespierre.

Asal-usul dan musabab

sunting

Keganasan meningkat secara mendadak selepas tamatnya perang luar negara (1791–1793) dan dengan itu menggambarkan bahawa Pemerintahan Ganas mungkin mempunyai penyebab tambahan.[4] Penyebab itu mungkin termasuk isu-isu dalaman ideologi revolusi,[5] dan/atau keperluan untuk satu alat penindasan politik sewaktu berlakunya pergolakan awam dan luar negara;[4] para sejarawan berlainan pendapat tentang hal ini.

Ramai ahli sejarah membahaskan sebab-sebab mengapa Revolusi Perancis berubah secara radikalnya semasa berlakunya Pemerintahan Ganas pada tahun-tahun 1793–1794. Orang awam berasa kecewa yang kesaksamaan sosial dan langkah-langkah menangani kemiskinan yang dijanjikan pada awalnya oleh Revolusi tidak tercapai. Manifesto orang Marah karangan Jacques Roux pada 25 Jun 1793 memerikan betapa empat tahun selepas Revolusi, matlamat-matlamat ini masih tidak dirasai rakyat kebanyakan.[6] Asas Keganasan berpusat pada penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Awam dan ahli militannya yang datang daripada puak Jacobin. Konvensyen Kebangsaan mempercayai bahawa Jawatankuasa perlu memrintah dengan "kuasa hampir bersifat diktator" dan Jawatankuasa diberi kuasa politik baru dan meluas bagi melunaskan kehendak orang ramai.[7]

Mereka yang berkuasa mempercayai penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Awam merupakan tindak balas yang tidak diingini tetapi ia satu tindakan bersifat sementara dan perlu diambil memandandangkan tekanan yang muncul akibat peperangan dengan kuasa asing dan perang saudara.[8] Beberapa sejarawan lain juga mencadangkan suasana yang bersaing — pemberontakan dan pendidikan semula di dalam negeri Perancis — sebagai pencetus Keganasan. Pemberontakan anti-Revolusi di Lyon, Brittany, Vendee, Nantes dan Marseille mengancam Revolusi dengan kemasukan idea-idea setiaraja (penyokong sistem beraja).[9]

Ada juga sejarawan yang berpendapat tidak mungkin suasana politik sahaja yang mendorong Keganasan kerana "risiko kepada Revolusi berada pada tahap yang paling tinggi" pada pertengahan tahun 1793, namun "tindakan Tribunal Revolusi relatif minimal".[10] Keganasan meluas serta peningkatan pelaksanaan hukuman bunuh muncul selepas ancaman luaran dan dalaman banyak berkurangan. Justeru ideologi memainkan peranan penting dalam peningkatan Pemerintahan Ganas kerana "pembaharuan semula manusia" menjadi tema utama Jawatankuasa Keselamatan Awam ketika mereka mencuba menyematkan impian kuasa memilih dan kerajaan progresif di kalangan rakyat.[11] Semakin luas ideologi ini menular, semakin meningkat penggunaan keganasan dalam pembanterasan aktiviti anti-Revolusi kerana "mereka yang berpandangan sederhana akan menerima, menyokong, malah menyanjung tindakan orang yang lebih ganas" kerana khuatir mereka akan dikira sebagai penyokong anti-Revolusi jika tidak berbuat demikian.[12]


Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Terror, Reign of; Encyclopædia Britannica
  2. ^ Linton, Dr Marisa. "The Terror in the French Revolution" (PDF). Kingston University. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Januari 2012. Dicapai pada 2 Disember 2011.
  3. ^ Donald Greer, The Incidence of the Terror during the French Revolution : A Statistical Interpretation, Cambridge (United States), Harvard University Press, 1935
  4. ^ a b Greer, Donald. Incidence of the Terror During the French Revolution: A Statistical Interpretation. 1935. Peter Smith Pub Inc. ISBN 978-0-8446-1211-9
  5. ^ Edelstein, Dan. The Terror of Natural Right. 2009. New York: University of Chicago Press. ISBN 978-0-226-18438-8.
  6. ^ "Liberty, Equality, Fraternity: Exploring the French Revolution".
  7. ^ Connelly, Owen (2006). The Wars of the French Revolution and Napoleon, 1792–1815. New York: Routledge Publishing. m/s. 39.
  8. ^ Mathiez, Albert. “A Realistic Necessity,” in The French Revolution: Conflicting Interpretations. Selected and Edited by Frank Kafker, James M. Lauz, and Darline Gay Levy. Malabar, Florida: Krieger Publishing Company, 2002. Pg 189.
  9. ^ Palmer, R. R. Twelve Who Ruled: The Year of the Terror in the French Revolution. Princeton: Princeton University Press, 1989.
  10. ^ Furet, Francois. “A Deep-rooted Ideology as Well as Circumstance,” in The French Revolution: Conflicting Interpretations. Selected and Edited by Frank Kafker, James M. Lauz, and Darline Gay Levy. Malabar, Florida: Krieger Publishing Company, 2002. Pg 222.
  11. ^ Furet, Francois. “A Deep-rooted Ideology as Well as Circumstance,” Pg 224.
  12. ^ Palmer, R. R. Twelve Who Ruled: The Year of the Terror in the French Revolution. Pg 172.

Bacaan lanjut

sunting

Sumber primer

sunting

Sumber sekunder

sunting
  • Andress, David (2006). The Terror: The Merciless War for Freedom in Revolutionary France. New York: Farrar, Straus and Giroux. ISBN 0-374-27341-3.
  • Beik, William (2005). "The Absolutism of Louis XIV as Social Collaboration: Review Article". Past and Present (188): 195–224. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  • Kerr, Wilfred Brenton (1985). Reign of Terror, 1793–1794. London: Porcupine Press. ISBN 0-87991-631-1.
  • Moore, Lucy (2006). Liberty: The Lives and Times of Six Women in Revolutionary France. London: HarperCollins. ISBN 0-00-720601-1.
  • Steel, Mark (2003). Vive La Revolution. London: Scribner. ISBN 0-7432-0806-4.
  • Palmer, R. R. (2005). Twelve Who Ruled: The Year of the Terror in the French Revolution. Princeton, New Jersey: Princeton University Press. ISBN 0-691-12187-7.
  • Jordan, David P. (1985). The Revolutionary Career of Maximilien Robespierre. New York: Free Press. m/s. 150–164. ISBN 0-02-916530-X.
  • Schama, Simon (1989). Citizens – A Chronicle of the French Revolution. New York: Alfred A. Knopf. m/s. 678–847. ISBN 0-394-55948-7.
  • Scott, Otto (1974). Robespierre, The Fool as Revolutionary – Inside the French Revolution. Windsor, New York: The Reformer Library. ISBN 978-1-887690-05-8.
  • Loomis, Stanley (1964). Paris in the Terror. New York: Dorset Press. ISBN 0-88029-401-9.
  • Hibbert, Christopher (1981). The Days of the French Revolution. New York: Quill-William Morrow. ISBN 978-0-688-16978-7.
  • Censer, Jack, and Lynn Hunt (2001). Liberty, Equality, Fraternity: Exploring the French Revolution. University Park, PA: Pennsylvania State University Press.
  • Hunt, Lynn (1984). Politics, Culture, and Class in the French Revolution. Berkeley: University of California Press.
  • Kafker, Frank, James M. Lauz, and Darline Gay Levy (2002). The French Revolution: Conflicting Interpretations. Malabar, FL: Krieger Publishing Company.
  • Popkin, Jeremy D. (2002). A Short History of the French Revolution. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Pautan luar

sunting
  NODES
dada 1
dada 1
Done 1
jung 1
jung 1
Story 1