Penanda aras merupakan proses membandingkan proses sendiri dan metrik prestasi dengan yang terbaik dalam industri dan/atau perlaksanaan terbaik dalam industri lain. Dimensi yang biasanya diukur adalah kualiti, masa, dan kos. Peningkatan daripada apa yang dipelajari bererti melakukan sesuatu dengan lebih baik, lebih pantas.

Ia adalah satu proses yang sistematik dan berterusan atau istiqomah untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai, dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau organisai yang lain. Penanda aras boleh menggalakkan produk berkualiti dengan cara, pengurusan boleh meningkatkan kualiti dengan cara menganalisis dan kemudian meniru kaedah pemimpin yang lain di dalam pelbagai bidang.

Penanda aras membabitkan pengurusan mengenal pasti firma terbaik dalam industri mereka, atau sebarang industri yang memiliki proses yang sama, dan membandingkan keputusan dan proses dengan yang dikaji ("sasaran") dengan keputusan dan proses sendiri bagi mengetahui berapa baik prestasi sasaran dan lebih penting lagi, bagaimana mereka melakukannya.

Rujukan

sunting
  NODES
os 7