Penerbangan 8501 Indonesia AirAsia
Penerbangan 8501 Indonesia AirAsia (QZ8501/AWQ8501) ialah penerbangan Airbus A320-216 Indonesia AirAsia yang hilang dalam perjalanan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia pada 28 Disember 2014[4] dengan 155 penumpang dan 7 krew di dalamnya.[5] Indonesia AirAsia ialah sebuah anggota gabungan syarikat penerbangan tambang murah Malaysia, AirAsia.
insiden | |
---|---|
Tarikh | 28 Disember 2014 |
Ringkasan | Hilang |
Tapak kejadian | Selat Karimata, ke arah timur Pulau Belitung dan arah barat wilayah Kalimantan[1] 3°22′15″S 109°41′28″E / 3.3708°S 109.6911°EKoordinat: 3°22′15″S 109°41′28″E / 3.3708°S 109.6911°E[2] |
Pesawat | |
Jenis pesawat | Airbus A320-216 |
Pengendali | Indonesia AirAsia |
Kod pendaftaran | PK-AXC |
Asal penerbangan | Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya, Indonesia |
Destinasi | Lapangan Terbang Changi Singapura |
Penumpang | 155 |
Anak kapal | 7 |
Kematian | 7 (ditentu)[3] 162 (semua; dianggap) |
Kehilangan
suntingPenerbangan ini berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya, pada 05:35 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB, UTC+7), dan telah dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 08:30 Waktu Piawai Singapura (SST, UTC+8).[6] Kapal terbang ini berada di bawah kawalan trafik udara Indonesia ketika ia meminta kebenaran untuk memesong dari laluan penerbangan asal disebabkan keadaan cuaca yang tidak baik.[7] Juruterbang meminta untuk terbang lebih tinggi pada altitud 38,000 kaki (11,600 m) untuk mengelak awan tebal,[8] namun ketinggian akhir yang dinyatakan oleh transponder dan dikumpul oleh Flightradar24 ialah 32,000 kaki (9,750 m).[6] Kapal terbang ini terputus hubungan dengan kawalan trafik udara pada 06:17 WIB[a] ketika melalui di atas Laut Jawa di antara Kalimantan (Borneo) dan Jawa, sedang ia masih berada di bawah kawalan trafik udara Indonesia pada altitud dan kelajuan penerbangan normal.[11] Analisis meteorologi menunjukkan bahawa pesawat tersebut sedang merentasi awan ribut beberapa minit sebelum kehilangannya.[12]
Tiada isyarat kecemasan dihantar daripada pesawat yang hilang tersebut, menurut Jabatan Pengangkutan Indonesia.[13][14]
Garis masa kehilangan pesawat
suntingMasa berlalu (JJ:MM) | Masa | Kejadian | ||
---|---|---|---|---|
UTC | WIB UTC+7 |
SST UTC+8 | ||
00:00 | 27 Disember | 28 Disember | Pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda[6] | |
22:35 | 05:35 | 06:35 | ||
00:42 | 23:17 | 06:17 | 07:17 | Hilang daripada radar kawalan trafik udara Indonesia[10] |
00:49 | 23:24 | 06:24 | 07:24 | Hubungan radio dengan kawalan trafik udara terputus[10] |
01:55 | 28 Disember | 07:30 | 08:30 | Pesawat terlepas pendaratan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Changi Singapura (WSSS)[6] |
00:30 |
Pesawat
suntingPesawat ini ialah pesawat Airbus A320-216[b] dengan nombor siri 3648, dan didaftarkan sebagai PK-AXC. Ia pertama kali terbang pada 25 September 2008, dan dihantar sebagai pesawat baru ke AirAsia pada 15 Oktober 2008. Pesawat ini telah mengumpul kira-kira 23,000 jam penerbangan dalam kira-kira 13,600 penerbangan. Ia telah melalui penyelenggaran terjadualnya yang terkini pada 16 November 2014.[9] Pesawat ini digerakkan oleh dua enjin CFM International CFM56-5B6 dan diatur untuk menampung 180 penumpang.[15]
Penumpang dan anak kapal
suntingNegara | Bil. |
---|---|
Indonesia[c] | 155 |
Korea Selatan | 3 |
Perancis[d] | 1 |
Malaysia | 1 |
Singapura | 1 |
United Kingdom | 1 |
Jumlah | 162 |
AirAsia telah mengeluarkan senarai kerakyatan 162 penumpang dan anak kapal yang termasuk 144 orang dewasa, 17 kanak-kanak dan seorang bayi. Anak kapal di kabin terdiri daripada empat pramugari. Tambahan lagi, AirAsia mempunyai seorang jurutera penerbangan sebagai sebahagian daripada anak kapal.[17]
Juruterbang yang mengendali penerbangan ini adalah:[18]
- Kapten Iriyanto, yang mempunyai 20,537 jam penerbangan, 6,100 daripadanya adalah bersama Indonesia AirAsia di dalam Airbus A320.
- Pegawai pertama Rémi Emmanuel Plesel, yang memiliki 2,275 jam penerbangan bersama Indonesia AirAsia.[19]
Nota
sunting- ^ Menurut kenyataan AirAsia, masa putus hubungan sepatutnya 07:24 WIB.[9] Namun, laporan-laporan bercanggah daripada pihak berkuasa penerbangan Indonesia menyatakan ia berlaku lebih awal pada 06:17 WIB.[10]
- ^ Pesawat ini ialah pesawat model Airbus A320-200; angka 16 menyatakan ia dilengkapi dengan enjin CFM International CFM56-5B6.
- ^ 149 penumpang dan 6 anak kapal, termasuk Kapten Iriyanto
- ^ 1 anak kapal, juruterbang kedua Rémi Emmanuel Plesel
Rujukan
sunting- ^ "detikNews: TNI AL: KRI Bung Tomo Evakuasi Jenazah Penumpang AirAsia dan Dibawa ke Pangkalan Bun". detikNews. Dicapai pada 30 Disember 2014.
- ^ Simon Hradecky (30 Disember 2014). "Crash: Indonesia Asia A320 over Java Sea on Dec 28th 2014, aircraft went missing believed to have impacted waters". The Aviation Herald. Dicapai pada 30 Disember 2014.
- ^ Michael Bachelard (30 Disember 2014). "AirAsia flight QZ8501 crash: debris does belong to missing plane, missing plane found and 'emergency slide and plane door' spotted". StuffNZ.
- ^ "AirAsia flight QZ8501 loses contact with air traffic control". Reuters. 28 Disember 2014. Dicapai pada 28 Disember 2014.
- ^ Schabner, Dean; McGuire, Bill; Candea, Ben (28 Disember 2014). "Search and Rescue Operation Resume for Missing AirAsia Jet". ABC News. Dicapai pada 28 Disember 2014.
- ^ a b c d "QZ8501 / Indonesia AirAsia". FlightRadar24. Dicapai pada 28 December 2014. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Flightradar24" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "AirAsia jet carrying 162 missing on way to Singapore - CNN.com". CNN. Dicapai pada 28 Disember 2014.
- ^ "Indonesia AirAsia flight QZ8501 to Singapore missing". BBC News. Dicapai pada 28 Disember 2014.
- ^ a b "[Updated statement] QZ8501". AirAsia Facebook page. 28 Disember 2014. Dicapai pada 28 Disember 2014. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "facebook" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c "AirAsia jet with 162 on board goes missing on way to Singapore". CNN International Edition. 28 Disember 2014. Dicapai pada 28 Disember 2014.
- ^ "AirAsia (Indonesia) Flight QZ8501 Incident". Transport Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-28. Dicapai pada 28 Disember 2014.
- ^ "AirAsia Flight 8501:Preliminary meteorological analysis - Weather Graphics". Weather Graphics. Dicapai pada 28 Disember 2014.
- ^ Nusatya, Chris; Fabi, Randy (28 Disember 2014). "AirAsia flight carrying 162 people goes missing in Southeast Asia - officials". Reuters. Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-28. Dicapai pada 28 Disember 2014.
- ^ "Live: AirAsia flight from Indonesia to Singapore loses contact with air traffic control". ABC News (Australia). Australian Broadcasting Corporation. 28 Disember 2014. Dicapai pada 28 Disember 2014.
- ^ "Seat options". Indonesia AirAsia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-09. Dicapai pada 28 Disember 2014.
- ^ "[Updated statement] QZ8501 (as at 6:54pm, GMT+8)". AirAsia Facebook. 28 December 2014. Dicapai pada 28 December 2014.
- ^ AirAsia. "Indonesia AirAsia Flight QZ8501". Dicapai pada 28 Disember 2014.
- ^ "LIVE BLOG: AirAsia QZ8501 from Indonesia to Singapore missing". Channel NewsAsia. 28 Disember 2014. Dicapai pada 28 Disember 2014.
- ^ AirAsia. "Indonesia AirAsia Flight QZ8501". Dicapai pada 28 Disember 2014.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.