Permainan video platform
Permainan video platform ialah suatu jenis permainan video bawah genre aksi. Permainan platform muncul pada awal tahun 1980-an dan sering berkait tentang memanjat tangga dan melompat, dan kemudiannya permainan 3D dipopularkan pada pertengahan tahun 1990-an. Walaupun biasanya dikaitkan dengan permainan konsol, terdapat juga banyak permainan platform penting yang diterbitkan untuk arked video dan juga pada konsol permainan video bimbit dan komputer di rumah. Pada suatu ketika dahulu, permainan platform merupakan genre permainan video yang paling masyhur.[1]
Rujukan
sunting- ^ "Gamespeak: A glossary of gaming terms". Specusphere. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-19. Dicapai pada 2007-01-23.