Persekutuan Republik Arab
Persekutuan Republik Arab (Arab: اتحاد الجمهوريات العربية Ittiḥād al-Jumhūrīyāt al-‘Arabīyah)[1]adalah satu usaha oleh Muammar Gaddafi Libya untuk menggabungkan Libya, Mesir dan Syria dalam usaha untuk mewujudkan negara Arab Bersatu. Walaupun diluluskan oleh referendum di setiap negara pada 1 September 1971,[2] ketiga-tiga negara tidak bersetuju kepada syarat khusus penggabungan. Persekutuan itu berlanjutan dari 1 Januari 1972 hingga 19 November 1977.
Persekutuan Republik Arab اتحاد الجمهوريات العربية Ittiḥād al-Jumhūrīyāt al-‘Arabīyah | |||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1972–1977 | |||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Ibu negara | Tripoli (Libya) Kaherah (Mesir) Damsyik (Syria) | ||||||||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Arab | ||||||||||||||||
Kerajaan | Gabungan republik | ||||||||||||||||
Era Sejarah | Perang Dingin | ||||||||||||||||
1 September 1971 | |||||||||||||||||
• Persekutuan ditubuhkan | 1 Januari 1972 | ||||||||||||||||
• Dibubarkan | 19 November 1977 | ||||||||||||||||
Keluasan | |||||||||||||||||
1977 | 2,947,171 km2 (1,137,909 bt2) | ||||||||||||||||
Populasi | |||||||||||||||||
• 1977 | 52703600 | ||||||||||||||||
Mata wang | dinar Libya pound Mesir pound Syria | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Sekarang sebahagian dari | Mesir Libya Syria |
Ia tidak boleh dikelirukan dengan Republik Arab Bersatu (1958–1961), yang merupakan satu negeri berdaulat menyatukan Mesir dan Syria.
Referendum
suntingTiga referendum serentak ke atas Persekutuan Republik Arab telah diadakan pada 1 September 1971, di Mesir, Libya dan Syria.[3] Dalam referendum Mesir cadangan itu telah diluluskan oleh 99.9% daripada pengundi,[4] dalam referendum Libya, ia telah diluluskan oleh 98.6% daripada pengundi,[5] manakala di Syria 96.4% mengundi menyokong.[6]
Persekutuan Republik Arab lain
sunting"Persekutuan Republik Arab" dapat merujuk kepada lima cadangan yang berbeza:
- Persekutuan antara Mesir, Libya dan Sudan (1969/70–1971)
- Persekutuan antara Mesir, Libya dan Syria (1971/72–1974/77)
- Kesatuan antara Mesir dan Libya dalam Persekutuan (1972–1973/74)
- Kesatuan antara Mesir dan Syria dalam Persekutuan (1976–1977)
- Persekutuan antara Mesir, Sudan dan Syria (1977)
Lihat juga
sunting- Persekutuan Arab, sebuah persekutuan antara Iraq dan Jordan (1958)
- Republik Arab Islam, cadangan kesatuan Libya dan Tunisia (1972)
- Emiriah Arab Bersatu, kesatuan tujuh negeri Arab (1971–hari ini)
- Republik Arab Bersatu, kesatuan antara Mesir dan Syria (1958–61)
- Negara-Negara Arab Bersatu, sebuah persekutuan antara Republik Arab Bersatu dan Kerajaan Yaman (1958–61)
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Persekutuan Republik Arab |
- Perintah Politik Bersatu, projek penggabungan antara Mesir dan Iraq serta antara Mesir dan Utara Yaman
Rujukan
sunting- ^ The literal translation is "Union of Arab Republics".
- ^ Nohlen, D, Krennerich, M & Thibaut, B (1999) Elections in Africa: A data handbook, p336 ISBN 0-19-829645-2
- ^ Nohlen, D, Krennerich, M & Thibaut, B (1999) Elections in Africa: A data handbook, p336 ISBN 0-19-829645-2
- ^ Nohlen, D, Krennerich, M & Thibaut, B (1999) Elections in Africa: A data handbook, p340 ISBN 0-19-829645-2
- ^ Nohlen, D, Krennerich, M & Thibaut, B (1999) Elections in Africa: A data handbook, p528 ISBN 0-19-829645-2
- ^ Syrien, 1. September 1971 : Bildung der Vereinigten Arabischen Republik Direct Democracy (Jerman)