Persetujuan Dayton

Persetujuan Rangka Kerja Perdamaian dalam Bosnia dan Herzegovina (bahasa Inggeris: General Framework Agreement for Peace in Bosnia and Herzegovina) - lebih dikenali dengan ringkasnya sebagai Persetujuan Dayton atau Perjanjian Dayton (bahasa Inggeris: Dayton Agreement, Bahasa Bosnia: [Dejtonski mirovni sporazum] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), Serbia: Dejtonski mirovni sporazum, Croatia: Daytonski sporazum)) - ditandatangani pada 21 November 1995 di Dayton, Ohio, Amerika Syarikat dan dirasmikan di Paris, Perancis pada 14 Disember 1995. Persetujuan ini diwujudkan sebagai suatu penyelesaian kepada konflik berdarah antara puak-puak Serb dan Croat menentang pihak tentera Bosnia dan Herzegovina lalu mengukuhkan keamanan di rantau Balkan melalui pembangunan serta kerjasama ekonomi dan sosial.[2]

Persetujuan Dayton / Perjanjian Dayton
General Framework Agreement for Peace in Bosnia and Herzegovina
{{{image_alt}}}
Dari kiri ke kanan: Slobodan Milošević, Alija Izetbegović, Franjo Tuđman merunding mengenai kandungan perjanjian Dayton pada 21 November 1995.
Dirangka1 November 1995 (1995-11-01)
Ditandatangani14 Disember 1995 (1995-12-14)
Penandatangan
Pihak
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perjanjian Dayton ditandatangi menamatkan pertelingkahan antara etnik lebih tiga tahun yang menyebabkan ribuan rakyat tidak berdosa terbunuh.

Latar belakang

sunting

Rundingan antara pihak-pihak Bosniak, Croat dan Serb ditempatkan di sebuah pangkalan udara di Dayton, Ohio - Wright-Patterson Air Force Base - dari 1 hingga 21 haribulan November 1995. Pihak Serb diwakili Presiden Republik Serbia Slobodan Milošević (menggantikan Radovan Karadžićyang tidak dapat hadir), pihak Croat diwakili Presiden Croatia Franjo Tuđman manakala pihak Bosniak diwakili Presiden Bosnia dan Herzegovina Alija Izetbegović bersama Menteri Luar Negeri Muhamed Šaćirbeg.

Persetujuan ini dirasmikan secara penuhnya di Paris pada 14 Disember 1995[3] disaksikan Perdana Menteri Sepanyol Felipe Gonzalez, Presiden Perancis Jacques Chirac, Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton, Perdana Menteri United Kingdom John Major, Kanselor Jerman Helmut Kohl dan Perdana Menteri Rusia Viktor Chernomyrdin.

Kandungan persetujuan

sunting

Hasil penandatanganan

sunting

Pertukaran hak milik tanah antara pihak

sunting

Sebelum persetujuan ini ditetapkan, pemilikan kawasan dalam Bosnia dan Herzegovina dibahagikan antara pihak-pihak berkenaan seperti berikut:

Sebelum penandatangan persetujuan Dayton Selepas penandatangan persetujuan Dayton
Pihak Serb Bosnia 46% (seluas 23,687 km2) 49% (keluasan sebanyak 24,526 km2, 1% daripadanya termasuk wilayah Brčko)[perlu rujukan]
  • memperoleh beberapa kawasab bergunung dari pihak-pihak Croat (sebanyak 4%) dan Bosniak (peratusan kecil)
  • sebahagian besar kawasan kota Sarajevo serta beberapa lokasi penting lain di barat Bosnia dan Herzegovina dilepaskan kepada pihak Bosniak
Pihak Bosniak 28% (14,505 km2) 30% kawasan Bosnia dan Herzegovina
  • sebahagian besar kawasan kota Sarajevo serta beberapa lokasi penting lain di barat Bosnia dan Herzegovina diperolehi
  • sedikit kawasan sekitar Gunung Ozren dan barat Bosnia dilepaskan
  • Kawasan dihuni bangsa ini sebelum meletusnya perang dalam milik bangsa Serb Bosnia.[perlu rujukan]
Pihak Croat Bosnia 25% (12,937 km2) 21% of Bosnia dan Herzegovina (10,640 km2)

Rujukan

sunting
  1. ^ "Summary of the Dayton Peace Agreement on Bosnia-Herzegovina". www1.umn.edu. 30 November 1995. Dicapai pada 16 Januari 2016.
  2. ^ Cannon, P., The Third Balkan War and Political Disunity: Creating A Cantonal Constitutional System for Bosnia-Herzegovina, Jrnl. Trans. L. & Pol., Vol. 5-2
  3. ^ "Dayton Accords". US Department of State. 30 March 1996. Dicapai pada 5 May 2014.
  4. ^ Cannon, P., The Third Balkan War and Political Disunity: Creating A Cantonal Constitutional System for Bosnia-Herzegovina, Jrnl. Trans. L. & Pol., Vol. 5-2

Pautan luar

sunting
  NODES
mac 1
os 40
text 1