Pertandingan Lagu Eurovision 2018
Pertandingan Lagu Eurovision 2018 merupakan edisi ke-63 Pertandingan Lagu Eurovision tahunan. Ia diadakan di Lisbon, Portugal, berikutan kemenangan Salvador Sobral pada pertandingan 2017 di Kiev, Ukraine dengan lagu "Amar pelos dois". Ia merupakan kali pertama Portugal menjadi tuan rumah pertandingan itu - 54 tahun selepas negara membuat penampilan sulungnya. Dianjurkan oleh Kesatuan Penyiaran Eropah (EBU) dan penyiar hos Rádio e Televisão de Portugal (RTP), pertandingan itu diadakan di Altice Arena, dan terdiri daripada dua separuh akhir pada 8 dan 10 Mei, dan pusingan akhir pada 12 Mei 2018.[2] Tiga persembahan secara langsung dihoskan oleh Filomena Cautela, Sílvia Alberto, Daniela Ruah dan Catarina Furtado. Ia merupakan Pertandingan Lagu Eurovision pertama yang diadakan di pantai Atlantik.
Pertandingan Lagu Eurovision 2018 | |
---|---|
Tarikh | |
Separuh akhir 1 | 08 Mei 2018 |
Separuh akhir 2 | 10 Mei 2018 |
Akhir | 12 Mei 2018 |
Hos | |
Tempat | Altice Arena Lisbon, Portugal |
Penyampai | |
Pengarah |
|
Penyelia eksekutif | Jon Ola Sand |
Penerbit eksekutif | João Nuno Nogueira[1] |
Penyiar hos | Rádio e Televisão de Portugal (RTP) |
Peserta | |
Jumlah penyertaan | 43 |
Negara yang membuat penampilan sulung | Tiada |
Negara yang muncul kembali | Rusia |
Negara yang tidak kembali | Tiada |
Undian | |
Sistem undian | Setiap negara mengagihkan dua set 12, 10, 8-1 mata kepada 10 lagu kegemaran mereka: satu daripada juri profesional mereka dan yang lain dari televisyen. |
Mata | Tiada |
Lagu yang dimenangi | Israel "Toy" |
Empat puluh tiga negara mengambil bahagian dalam pertandingan, menyamai rekod edisi 2008 dan 2011. Rusia kembali selepas ketiadaan mereka dari edisi terdahulu, dan untuk kali pertama sejak 2011, tiada negara menarik diri dari peraduan ini.
Rujukan
sunting- ^ Mikheev, Andy. "ESCKAZ – Eurovision 2018 – Event page/ Организация конкурса". esckaz.com. ESCKAZ. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Januari 2018. Dicapai pada 29 Januari 2018.
- ^ "Lisbon revealed as Host City of the 2018 Eurovision Song Contest!". European Broadcasting Union. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 July 2017. Dicapai pada 25 July 2017.
Pautan luar
sunting- Tapak web rasmi
- Kategori berkenaan Pertandingan Lagu Eurovision 2018 di Wikimedia Commons