Pertapaan ([pĕr.ta.pa.an], Jawi: ڤرتاڤاءن) difahamkan sebagai perilaku membawa dan mengasingkan diri daripada masyarakat dengan menghuni kawasan yang terpencil dan sukar dimasuki kebanyakan manusia (yakni "bertapa") untuk seberapa tujuan tertentu, seperti menguatkan keimanan atau kepercayaan terhadap suatu agama dianuti sendiri melalui penyucian diri daripada segala unsur buruk, mahupun untuk memperoleh kesaktian.[1]

Kata dasar tapa (Arab: تاڤ) (Tamil: தபம்) "kuat, kebal" berasal dari perkataan Sanskrit: ताप, rumi: tāpa bermaksud laluan yang keras dalam agama yang dianut oleh petapa seperti menerima keseksaan diri, kesengsaraan minda atau badan supaya dalaman petapa mula insaf, sedar dan siap-sedia untuk menghadapi atau menghindari dari segala perkara-perkara buruk atau keinginan alam dunia, nafsu atau kehidupan material di bumi, dengan tujuan utama untuk mencapai kerohanian ke alam yang benar dan kekal.[2][3][4]

Rujukan

sunting
  1. ^ "'bertapa' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 4 Mac 2020.
  2. ^ Guruji Murugan Chillayah. (20 October 2012). "Official Silambam Asia - Yoga Dhyana (Meditation)". silambam.asia. Silambam. Dicapai pada 31 May 2013.
  3. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 1945–6. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 274–275. ISBN 979-459-416-4.
  4. ^ "tāpa". Sanskrit Dictionary for Spoken Sanskrit. Dicapai pada 4 Mac 2020.
  NODES
Done 3