Templat:Hatnote group

Peta sejagat menunjukkan suhu laut meningkat 0.5 ke 1 darjah Celsius; suhu darat meningkat 1 ke 2 darjah Celsius; dan suhu Artik meningkat sehingga 4 darjah Celsius.
Suhu udara permukaan berubah sepanjang 50 tahun lalu.[1]
Graf dari 1880 hingga 2020 menunjukkan pemacu semula jadi menunjukkan turun naik sekitar 0.3 darjah Celsius. Pemacu manusia semakin meningkat dengan 0.3 darjah selama 100 tahun hingga tahun 1980, kemudian mencuram dengan 0.8 darjah lebih selama 40 tahun lalu.
Perubahan dalam purata suhu udara permukaan sejak Revolusi Industri, tambah pemacu untuk perubahan itu. Kegiatan manusia telah menyebabkan suhu meningkat, dengan daya semula jadi yang menambahkan beberapa kebolehubahan.[2]

Dalam penggunaan biasa, perubahan iklim menghuraikan pemanasan global—peningkatan yang sedang berlaku dalam suhu purata sejagat—dan kesannya terhadap sistem iklim Bumi. Perubahan iklim change dalam maksud yang luas juga termasuk perubahan jangka panjang yang sebelumnya terhasap iklim Bumi. peningkatan semasa dalam suhu purata sejagat lebih cepat daripada perubahan sebelumnya, dan terutamanya disebabkan oleh manusia membakar bahan api fosil.[3][4] Penggunaan bahan api fosil, penyahhutanan, dan beberapa amalan pertanian dan industri tambah kepada gas rumah hijau, terutamanya karbon dioksida dan metana.[5] Gas rumah hijau menyerap beberapa haba yang Bumi sinarkan selepas ia hangat daripada cahaya matahari. Sejumlah besar gas ini memerangkap lebih banyak haba dalam atmosfera bawah Bumi dan menyebabkan pemanasan global.

Tahun 2016 mencatatkan suhu permukaan yang terpanas sejak penyimpanan rekod moden bermula, iaitu pada tahun 1980. Peningkatan suhu permukaan adalah kira-kira 1.1°C

Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2060. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair. Paras laut akan meningkat.[6]

Faktor pemanasan global

sunting

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.

  • Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif. Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya.
  • Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim.
  • Laporan Penilaian Keempat tentang (Peru
  • Laporan Penilaian Keenam IPCC
  • bahan Iklim 200
  • 7).

Kajian mendapati 98% punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18.. Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak.

Pelepasan karbon dioksida

sunting

Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak berbau dan bukan toksik. Kepekatan karbon dioksida di atmosfera telah meningkat daripada kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 420 ppm pada tahun 2022.

IPCC mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon dioksida di atmosfera kepada paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm. Bagi menghapuskan kepekatan karbon dioksida di dalam atmosfera, ia mengambil masa antara 200 atau 300 tahun. Walau apapun tindakan pemulihan dilakukan, untuk kembali pulih amat sedikit.

Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air atau kayu. Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara bijak, berkesan dan menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara membangun seperti India dan China tidak setuju dengan pengurangan penggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil secara keterlaluan.

Kesan rumah hijau

sunting

Segala sumber tenaga yang terdapat di Bumi berasal dari matahari. Sebahagian besar tenaga tersebut berbentuk radiasi gelombang pendek, termasuk cahaya tampak. Ketika tenaga ini tiba permukaan Bumi, ia berubah dari cahaya menjadi panas yang menghangatkan Bumi. Permukaan Bumi, akan menyerap sebahagian panas dan memantulkan kembali sisanya. Sebahagian dari panas ini berwujud radiasi infra merah gelombang panjang ke angkasa luar. Namun sebahagian panas tetap terperangkap di atmosfera Bumi akibat menumpuknya jumlah gas rumah hijau antara lain wap air, karbon dioksida, sulfur dioksida dan metana yang menjadi perangkap gelombang radiasi ini. Gas-gas ini menyerap dan memantulkan kembali radiasi gelombang yang dipancarkan Bumi dan akibatnya panas tersebut akan tersimpan di permukaan Bumi. Keadaan ini terjadi terus menerus sehingga mengakibatkan suhu rata-rata tahunan bumi terus meningkat.

Gas-gas tersebut berfungsi sebagaimana gas dalam rumah hijau. Dengan semakin meningkatnya ketepuan gas-gas ini di atmosfera, semakin banyak panas yang terperangkap di bawahnya.

Kesan rumah hijau ini sangat diperlukan oleh segala makhluk hidup yang ada di bumi, kerana tanpanya, planet ini akan menjadi sangat dingin. Dengan suhu purata sekitar 15 °C, bumi sebenarnya adalah 33 °C lebih panas daripada suhu aslinya. Jika tidak ada kesan rumah hijau suhu bumi hanya -18 °C sehingga ais akan menutupi seluruh permukaan Bumi. Akan tetapi sebaliknya, apabila gas-gas tersebut telah berlebihan di atmosfera, ia akan mengakibatkan pemanasan global.

Kesan suapan balik

sunting

Anasir penyebab pemanasan global juga dipengaruhi oleh berbagai proses suapan balik yang dihasilkannya. Sebagai contoh adalah pada penguapan air. Pada kes pemanasan akibat bertambahnya gas-gas rumah hijau seperti CO2, pemanasan pada awalnya akan menyebabkan lebih banyaknya air yang menguap ke atmosfera. Kerana wap air sendiri merupakan gas rumah hijau, pemanasan akan terus berlanjut dan menambah jumlah wap air di udara sampai tercapainya suatu kesetimbangan ketepuan wap air. Kesan rumah hijau yang dihasilkannya lebih besar bila dibandingkan oleh akibat gas CO2 sendiri. (Walaupun suapan balik ini meningkatkan kandungan air mutlak di udara, kelembapan relatif udara hampir malar atau bahkan agak menurun kerana udara memanas).[7] Suapan balik ini hanya berdampak secara perlahan-lahan kerana CO2 memiliki usia yang panjang di atmosfera.

Kesan suapan balik kerana pengaruh awan sedang menjadi objek kajian saat ini. Bila dilihat dari bawah, awan akan memantulkan kembali radiasi infra merah ke permukaan, sehingga akan meningkatkan kesan pemanasan. Sebaliknya bila dilihat dari atas, awan tersebut akan memantulkan sinar matahari dan radiasi inframerah ke angkasa, sehingga meningkatkan kesan pendinginan. Apakah kesan netto-nya menghasilkan pemanasan atau pendinginan tergantung pada beberapa detail-detail tertentu seperti jenis dan ketinggian awan tersebut. Perincian-perincian ini sukar diwakilkan dalam model iklim, antara lain kerana awan sangat kecil bila dibandingkan dengan jarak antara had-had komputeran dalam model iklim (sekitar 125 hingga 500 km untuk model yang digunakan dalam Laporan Pandangan IPCC keempat). Walaupun demikian, suapan balik awan berada pada peringkat dua bila dibandingkan dengan suapan balik wap air dan dianggap positif (menambah pemanasan) dalam semua model yang digunakan dalam Laporan Pandangan IPCC ke empat.[7]

Suapan balik penting lainnya adalah hilangnya kemampuan memantulkan cahaya (albedo) oleh ais.[8] Ketika suhu global meningkat, ais yang berada di kutub mencair dengan kecepatan yang terus meningkat. Bersamaan dengan mencairnya ais tersebut, daratan atau air di bawahnya akan terdedah. Baik daratan mahupun air memiliki kemampuan memantulkan cahaya lebih sedikit jika dibandingkan dengan ais, dan akibatnya akan menyerap lebih banyak sinaran matahari. Hal ini akan menambah pemanasan dan menimbulkan lebih banyak lagi ais yang mencair, menjadi suatu kitaran yang berlanjutan.

Suapan balik positif akibat terlepasnya CO2 dan CH4 dari melebutkan tanah beku (permafrost) adalah mekanisme lainnya yang menyumbang terhadap pemanasan. Selain itu, ais yang mencair juga akan melepaskan CH4 yang juga menimbulkan suapan balik positif.

Kemampuan lautan untuk menyerap karbon juga akan berkurang bila ia menghangat, hal ini diakibatkan oleh menurunnya tahap nutrien pada zon mesopelagik sehingga membatasi pertumbuhan diatom daripada fitoplankton yang merupakan penyerap karbon yang rendah.[9]

Variasi Matahari

sunting

Terdapat hipotesis yang menyatakan bahawa variasi matahari, dengan kemungkinan diperkuat oleh suapan balik dari awan, dapat memberi sumbangan dalam pemanasan ketika ini.[10] Perbezaan antara mekanisme ini dengan pemanasan akibat kesan rumah hijau adalah meningkatnya kegiatan matahari akan memanaskan stratosfera sebaliknya kesan rumah hijau akan mendinginkan stratosfera. Pendinginan stratosfera bahagian bawah paling tidak telah dicerap sejak tahun 1960,[11] yang tidak akan terjadi apabila ativiti matahari menjadi penyumbang utama pemanasan saat ini. Penipisan lapisan ozon juga dapat memberikan kesan pendinginan tersebut tetapi penipisan tersebut terjadi mulai akhir tahun 1970-an. Fenomena variasi Matahari yang turut digandingkan dengan kegiatan gunung berapi mungkin telah memberikan kesan pemanasan dari masa pra-industri hingga tahun 1950, serta kesan pendinginan sejak tahun 1950.[12][13]

Pada tahun 2006, sebuah pasukan saintis dari Amerika Syarikat, Jerman, dan Switzerland menyatakan bahawa mereka tidak menemukan adanya peningkatan tahap "kecerahan" dari matahari pada seribu tahun terakhir ini. Kitaran Matahari hanya memberi peningkatan kecil sekitar 0.07% dalam tingkat "kecerahannya" selama 30 tahun terakhir. Kesan ini terlalu kecil untuk menyumbang terhadap pemansan global.[14][15] Sebuah penelitian oleh Lockwood dan Fröhlich menemukan bahawa tidak ada hubungan antara pemanasan global dengan aktiviti matahari sejak tahun 1985, baik melalui aktiviti dari keluaran matahari mahupun variasi dalam sinar kosmos.[16]

Mengukur pemanasan global

sunting
 
Hasil pengukuran ketepuan CO2 di Mauna Loa

Pada awal 1896, para saintis beranggapan bahawa membakar bahan api fosil akan mengubah komposisi atmosfera dan dapat meningkatkan suhu purata global. Hipotesis ini disahkan tahun 1957 ketika para pengkaji yang bekerja pada program penyelidikan global iaitu Tahun Geofizik Antarabangsa, mengambil sampel atmosfera dari puncak gunung Mauna Loa di Hawaii. Hasil pengukurannya menunjukkan terjadi peningkatan ketepuan karbon dioksida di atmosfera. Setelah itu, komposisi atmosfera terus diukur dengan cermat. Data-data yang dikumpulkan menunjukkan bahawa memang terjadi peningkatan ketepuan gas-gas rumah hijau di atmosfera.

Para saintis juga telah lama menduga bahawa iklim global semakin memanas, tetapi mereka tidak mampu memberikan bukti-bukti yang tepat. Suhu terus bervariasi dari waktu ke waktu dan dari satu lokasi ke lokasi yang lainnya yang memerlukan bertahun-tahun pengamatan iklim untuk memperoleh data-data yang menunjukkan suatu kecenderungan yang jelas. Catatan pada akhir 1980-an agak memperlihatkan kecenderungan pemanasan ini, akan tetapi data statistik ini hanya sedikit dan tidak dapat dipercayai.

Stesen cuaca pada awalnya terletak dekat dengan kawasan bandar hinggakan pengukuran suhu dipengaruhi oleh haba yang dipancarkan oleh bangunan dan kenderaan lalu lalang serta yang disimpan oleh bahan bangunan dan jalan. Sejak 1957, data-data diperoleh dari stesen cuaca yang yang lebih dipercayai (terletak jauh dari bandar), serta dari satelit. Data-data ini memberikan pengukuran yang lebih tepat, terutama pada 70 peratus permukaan planet yang tertutup lautan. Data-data yang lebih tepat ini menunjukkan bahawa kecenderungan kepanasan Permukaan bumi benar-benar terjadi. Jika dilihat pada akhir abad ke-20, tercatat bahawa sepuluh tahun terpanas selama seratus tahun terakhir terjadi setelah tahun 1980, dan tiga tahun terpanas terjadi setelah tahun 1990, dengan 1998 menjadi yang paling panas.

Dalam laporan yang dikeluarkan tahun 2001, Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (Intergovernmental Panel on Climate Change, IPCC) menyimpulkan bahawa suhu udara global telah meningkat 0.6 darjah Celsius (1 darjah Fahrenheit) sejak 1861. Panel setuju bahawa pemanasan tersebut terutama disebabkan oleh kegiatan manusia yang menambah gas-gas rumah hijau ke atmosfera. IPCC turut meramal peningkatan suhu purata global akan meningkat 1.1 hingga 6.4 °C (2.0 hingga 11.5 °F) antara tahun 1990 dan 2100, malah juga memperingatkan bahawa meskipun ketepuan gas di atmosfera tidak bertambah lagi sejak tahun 2100, iklim tetap terus memanas selama tempoh tertentu akibat pelepasan yang telah dilepaskan sebelumnya. Karbon dioksida akan tetap berada di atmosfera selama seratus tahun atau lebih sebelum alam mampu menyerapnya kembali.[17]

Jika pelepasan gas rumah hijau terus meningkat, para ahli meramalkan, ketepuan karbon dioksida di atmosfera dapat meningkat hingga tiga kali ganda pada awal abad ke-22 apabila dibandingkan masa sebelum era industri. Akibatnya, akan terjadi perubahan iklim secara mendadak. Walaupun sebenarnya peristiwa perubahan iklim ini telah terjadi beberapa kali sepanjang sejarah Bumi, manusia akan menghadapi masalah ini dengan risiko populasi yang sangat besar.

Model iklim

sunting
 
Perhitungan pemanasan global pada tahun 2001 dari beberapa model iklim berdasarkan scenario SRES A2, yang mengandaikan tidak ada tindakan yang dilakukan untuk mengurangi pelepasan.

Para saintis telah mempelajari pemanasan global berdasarkan model-model komputer berdasarkan prinsip-prinsip dasar dinamik bendalir, pemindahan sinaran, dan proses-proses lain, dengan beberapa penyederhanaan disebabkan keterbatasan kemampuan komputer. Model-model ini meramalkan bahawa penambahan gas-gas rumah hijau berkesan pada iklim yang lebih hangat.[18] Walaupun digunakan andaian-andaian yang sama terhadap ketepuan gas rumah hijau pada masa depan, kepekaan iklimnya masih akan berada pada suatu rentang tertentu. Dengan memasukkan unsur-unsur ketidakpastian terhadap ketepuan gas rumah hijau dan pemodelan iklim, IPCC memperkirakan pemanasan sekitar 1.1 °C hingga 6.4 °C (2.0 °F hingga 11.5 °F) antara tahun 1990 dan 2100.[19] Model-model iklim juga digunakan untuk menyelidiki penyebab-penyebab perubahan iklim yang terjadi saat ini dengan membandingkan perubahan yang teramati dengan hasil ramalan model terhadap berbagai penyebab, baik secara alami mahupun kegiatan manusia.

Model iklim saat ini menghasilkan kemiripan yang cukup baik dengan perubahan suhu global hasil pengamatan selama seratus tahun terakhir, tetapi tidak mensimulasi semua aspek dari iklim.[20] Model-model ini tidak secara pasti menyatakan bahawa pemanasan yang terjadi antara tahun 1910 hingga 1945 disebabkan oleh proses alami atau kegiatan manusia; akan tetapi; mereka menunjukkan bahawa pemanasan sejak tahun 1975 didominasi oleh pelepasan gas-gas yang dihasilkan manusia. Sebahagian besar model-model iklim dilakukan berdasarkan senario-senario gas rumah hijau ketika menghitung iklim pada masa depan, biasanya dari laporan khusus terhadap senario pelepasan (Special Report on Emissions Scenarios/SRES) IPCC. Yang jarang dilakukan, model menghitung dengan menambahkan simulasi terhadap kitaran karbon; yang biasanya menghasilkan suapan balik yang positif, walaupun tindak balasnya masih belum pasti (untuk skenario A2 SRES, tindak balas bervariasi antara penambahan 20 dan 200 ppm CO2). Beberapa kajian juga menunjukkan beberapa suapan balik positif.[21][22][23]

Pengaruh awan juga merupakan salah satu sumber yang menimbulkan ketidakpastian terhadap model-model yang dihasilkan saat ini, walaupun sekarang telah ada kemajuan dalam menyelesaikan masalah ini.[24]

Kesan utama

sunting

Para saintis menggunakan model komputer dari suhu, pola kerpasan serta kitaran atmosfera untuk mempelajari pemanasan global. Berdasarkan model tersebut, para saintis telah membuat beberapa prakiraan mengenai kesan pemanasan global terhadap cuaca, tinggi permukaan air laut, pantai, pertanian, kehidupan haiwan liar dan kesihatan manusia.

Terjejasnya kestabilan iklim

sunting

Para saintis memperkirakan bahawa selama pemanasan global, kawasan bahagian Utara dari belahan Bumi utara (Northern Hemisphere) akan memanas lebih dari kawasan-kawasan lain di Bumi. Akibatnya, aisberg akan mencair dan daratan akan mengecil. Akan lebih sedikit ais yang terapung di perairan Utara tersebut. Daerah-kawasan yang sebelumnya mengalami salju ringan, mungkin tidak akan mengalaminya lagi. Pada pegunungan di kawasan subtropis, bahagian yang ditutupi salju akan semakin sedikit serta akan lebih cepat mencair. Musim tanam akan lebih panjang di beberapa kawasan. Suhu pada musim dingin dan malam hari akan cenderung untuk meningkat.

Daerah yang hangat akan menjadi lebih lembap kerana lebih banyak air yang menguap dari lautan. Para saintis belum begitu yakin apakah kelembapan tersebut malah akan meningkatkan atau menurunkan pemanasan yang lebih jauh lagi. Hal ini disebabkan kerana wap air merupakan gas rumah hijau, sehingga keberadaannya akan meningkatkan kesan insulasi pada atmosfera. Akan tetapi, wap air yang lebih banyak juga akan membentuk awan yang lebih banyak, sehingga akan memantulkan cahaya Matahari kembali ke angkasa luar, di mana hal ini akan menurunkan proses pemanasan (lihat kitaran air). Kelembapan yang tinggi akan meningkatkan curah hujan, secara rata-rata, sekitar 1 peratus untuk setiap darjah Fahrenheit pemanasan. Curah hujan di seluruh dunia telah meningkat sebesar 1 peratus dalam seratus tahun terakhir ini[25]. Badai akan menjadi lebih sering. Selain itu, air akan lebih cepat menguap dari tanah. Akibatnya beberapa kawasan akan menjadi lebih kering dari sebelumnya. Angin akan bertiup lebih kencang dan mungkin dengan pola yang berbeda. Topan badai (hurricane) yang memperoleh kekuatannya dari penguapan air, akan menjadi lebih besar. Berlawanan dengan pemanasan yang terjadi, beberapa tempoh yang sangat dingin mungkin akan terjadi. Pola cuaca menjadi tidak terprediksi dan lebih ekstrem.

Peningkatan permukaan laut

sunting
 
Perubahan tinggi rata-rata muka laut diukur dari kawasan dengan lingkungan yang stabil secara geologi.

Ketika atmosfera menghangat, lapisan permukaan lautan juga akan menghangat, sehingga volumenya akan membesar dan menaikkan tinggi permukaan laut. Pemanasan juga akan mencairkan banyak ais di kutub, terutama sekitar Greenland, yang lebih memperbanyak volume air di laut. Tinggi muka laut di seluruh dunia telah meningkat 10 – 25 cm (4 - 10 inci) selama abad ke-20, dan para saintis IPCC memprediksi peningkatan lebih lanjut 9 – 88 cm (4 - 35 inci) pada abad ke-21.

Perubahan tinggi muka laut akan sangat memengaruhi kehidupan di kawasan pantai. Kenaikan 100 cm (40 inchi) akan menenggelamkan 6 peratus kawasan Belanda, 17,5 peratus kawasan Bangladesh, dan banyak pulau-pulau. Hakisan terhadap muka bumi seperti tebing, pantai, dan bukit pasir akan meningkat. Ketika tinggi paras lautan mencapai muara sungai, banjir akibat air pasang akan meningkat di daratan. Negara-negara kaya akan menghabiskan dana yang sangat besar untuk melindungi kawasan pantainya, sedangkan negara-negara miskin mungkin hanya dapat melakukan peimdahan besarbesaran dari kawasan pantai.

Bahkan sedikit kenaikan tinggi muka laut akan sangat memengaruhi ekosistem pantai. Kenaikan 50 cm (20 inchi) akan menenggelamkan separuh dari rawa-rawa pantai Amerika Syarikat. Rawa-rawa baru juga akan terbentuk, tetapi tidak di kawasan perkotaan dan kawasan yang sudah dibangun. Kenaikan muka laut ini akan menutupi sebahagian besar dari Everglades, Florida.

Kecenderungan Kenaikan suhu global

sunting

Orang mungkin beranggapan bahawa Bumi yang hangat akan menghasilkan lebih banyak makanan dari sebelumnya, tetapi hal ini sebenarnya tidak sama di beberapa tempat. Bagian selatan Kanada, sebagai contoh, mungkin akan mendapat keuntungan dari lebih tingginya curah hujan dan lebih lamanya masa tanam. Di lain pihak, ladang pertanian tropik separa kering di beberapa bahagian Afrika mungkin tidak dapat tumbuh. Daerah pertanian gurun yang menggunakan air irigasi dari gunung-gunung yang jauh dapat menderita jika snowpack (kumpulan salju) musim dingin, yang berfungsi sebagai reservoir alami, akan mencair sebelum puncak bulan-bulan masa tanam. Tanaman pangan dan hutan dapat mengalami serangan serangga dan penyakit yang lebih hebat.

Gangguan ekologi

sunting

Haiwan dan tumbuhan menjadi makhluk hidup yang sulit menghindar dari kesan pemanasan ini kerana sebahagian besar ladang telah dikuasai manusia. Dalam pemanasan global, haiwan cenderung untuk bermigrasi ke arah kutub atau ke atas pegunungan. Tumbuhan akan mengubah arah pertumbuhannya, mencari kawasan baru kerana habitat lamanya menjadi terlalu hangat. Akan tetapi, pembangunan manusia akan menghalangi perpindahan ini. Spesies-spesies yang bermigrasi ke utara atau selatan yang dihalangi pembangunan manusia seperti petempatan kota atau pengerjaan -ladang pertanian mungkin akan mati. Beberapa tipe spesies yang tidak mampu secara cepat berpindah menuju kutub mungkin juga akan terjejas teruk sehingga boleh pupus sepenuhnya.

Aspek sosial dan politik

sunting

Perubahan cuaca dan lautan dapat mengakibatkan munculnya penyakit-penyakit yang berhubungan dengan panas (heat stroke) dan kematian. Temperatur yang panas juga dapat menyebabkan gagal panen sehingga akan muncul kelaparan dan malagizi. Perubahan cuaca yang ekstrem dan peningkatan permukaan air laut akibat mencairnya ais di kutub utara dapat menyebabkan penyakit-penyakit yang berhubungan dengan bencana alam (banjir, badai dan kebakaran) dan kematian akibat trauma. Timbulnya bencana alam biasanya disertai dengan perpindahan penduduk ke tempat-tempat pengungsian dimana sering muncul penyakit, seperti: diarea, malagizi, defisiensi mikronutrien, trauma psikologis, penyakit kulit, dan lain-lain.

Pergeseran ekosistem dapat memberi dampak pada penyebaran penyakit melalui air (waterborne diseases) mahupun penyebaran penyakit melalui vektor (vector-borne diseases). Seperti meningkatnya kejadian demam berdarah kerana munculnya ruang (ekosistem) baru untuk nyamuk ini berkembang biak. Dengan adanya perubahan iklim ini maka ada beberapa spesies vektor penyakit (eq aedes aegypti), virus, bakteri, plasmodium menjadi lebih resisten terhadap obat tertentu yang menyasarkan organisme tersebut. Selain itu bisa diprediksi kan bahawa ada beberapa spesies yang secara alamiah akan terseleksi ataupun punah dikarenakan perbuhan ekosistem yang ekstreem ini. hal ini juga akan berdampak perubahan iklim (climate change) yang bisa berdampak kepada peningkatan kasus penyakit tertentu seperti ISPA (kemarau panjang/kebakaran hutan, DBD Kaitan dengan musim hujan tidak menentu)

Gradasi Lingkungan yang disebabkan oleh pencemaran limbah pada sungai juga berkontribusi pada waterborne diseases dan vector-borne disease. Ditambah pula dengan pencemaran udara hasil pelepasan gas-gas pabrik yang tidak terkontrol selanjutnya akan berkontribusi terhadap penyakit-penyakit saluran pernapasan seperti asma, alergi, coccidioidomycosis, penyakit jantung dan paru kronis, dan lain-lain.

Pengendalian

sunting

Konsumsi total bahan bakar fosil di dunia meningkat sebesar 1 peratus setiap tahun. Langkah-langkah yang dilakukan atau yang sedang diskusikan saat ini tidak ada yang dapat mencegah pemanasan global pada masa depan. Tantangan yang ada saat ini adalah mengatasi kesan yang timbul sambil melakukan langkah-langkah untuk mencegah semakin berubahnya iklim pada masa depan.

Kerusakan yang parah dapat di atasi dengan berbagai cara. Daerah pantai dapat dilindungi dengan dinding dan penghalang untuk mencegah masuknya air laut. Cara lainnya, pemerintah dapat membantu populasi di pantai untuk pindah ke kawasan yang lebih tinggi. Beberapa negara tertentu seperti Amerika Syarikat dapat menyelamatkan tumbuhan dan haiwan dengan tetap menjaga koridor (jalur) habitatnya, mengosongkan tanah yang belum dibangun dari selatan ke utara. Spesies-spesies dapat secara perlahan-lahan berpindah sepanjang koridor ini untuk menuju ke habitat yang lebih dingin.

Ada dua pendekatan utama untuk memperlambat semakin bertambahnya gas rumah hijau. Pertama, mencegah karbon dioksida dilepas ke atmosfera dengan menyimpan gas tersebut atau komponen karbon-nya di tempat lain. Cara ini disebut penyimpanan karbon carbon sequestration). Kedua, mengurangi produksi gas rumah hijau.

Kaedah menghilangkan karbon

sunting

Cara yang paling mudah untuk menghilangkan karbon dioksida di udara adalah dengan memelihara pepohonan dan menanam pohon lebih banyak lagi. Pohon, terutama yang muda dan cepat pertumbuhannya, menyerap karbon dioksida yang sangat banyak, memecahnya melalui fotosintesis, dan menyimpan karbon dalam kayunya. Di seluruh dunia, tingkat perambahan hutan telah mencapai level yang mengkhawatirkan. Di banyak kawasan, tanaman yang tumbuh kembali sedikit sekali kerana tanah kehilangan kesuburannya ketika diubah untuk kegunaan yang lain, seperti untuk ladang pertanian atau pembangunan rumah tinggal. Langkah untuk mengatasi hal ini adalah dengan penghutanan kembali yang berperan dalam mengurangi semakin bertambahnya gas rumah hijau.

Gas karbon dioksida juga dapat dihilangkan secara langsung. Caranya dengan menyuntikkan (menginjeksikan) gas tersebut ke sumur-sumur minyak untuk mendorong agar minyak bumi keluar ke permukaan (lihat Enhanced Oil Recovery). Injeksi juga bisa dilakukan untuk mengisolasi gas ini di bawah tanah seperti dalam sumur minyak, lapisan arang batu atau akuifer. Hal ini telah dilakukan di salah satu anjungan pengeboran lepas pantai Norway, di mana karbon dioksida yang terbawa ke permukaan bersama gas alam ditangkap dan diinjeksikan kembali ke akuifer sehingga tidak dapat kembali ke permukaan.

Salah satu sumber penyumbang karbon dioksida adalah pembakaran bahan bakar fosil. Penggunaan bahan bakar fosil mulai meningkat pesat sejak revolusi industri pada abad ke-18. Pada saat itu, arang batu menjadi sumber tenaga dominan untuk kemudian digantikan oleh minyak bumi pada pertengahan abad ke-19. Pada abad ke-20, tenaga gas mulai biasa digunakan di dunia sebagai sumber tenaga. Perubahan tren penggunaan bahan api fosil ini sebenarnya secara tidak langsung telah mengurangkan jumlah karbon dioksida yang dilepas ke udara, kerana gas melepaskan karbon dioksida lebih sedikit bila dibandingkan dengan minyak apalagi bila dibandingkan dengan arang batu. Walaupun demikian, penggunaan tenaga terbaharui dan tenaga nuklir lebih mengurangi pelepasan karbon dioksida ke udara. Energi nuklir, walaupun kontroversial kerana alasan keselamatan dan limbahnya yang berbahaya, tetapi tidak melepas karbon dioksida sama sekali.

Persetujuan internasional

sunting

Kerjasama antarabangsa diperlukan untuk mensukseskan pengurangan gas-gas rumah hijau. Pada tahun 1992, pada Earth Summit di Rio de Janeiro, Brasil, 150 negara berikrar untuk menghadapi masalah gas rumah hijau dan setuju untuk menterjemahkan maksud ini dalam suatu perjanjian yang mengikat. Pada tahun 1997 di Jepun, 160 negara merumuskan persetujuan yang lebih kuat yang dikenal dengan Protokol Kyoto.

Perjanjian ini, yang belum diimplementasikan, menyerukan kepada 38 negara-negara industri yang memegang peratusan paling besar dalam melepaskan gas-gas rumah hijau untuk memotong pelepasan mereka ke tingkat 5 peratus di bawah pelepasan tahun 1990. Pengurangan ini harus dapat dicapai paling lambat tahun 2012. Pada mulanya, Amerika Syarikat mengajukan diri untuk melakukan pemotongan yang lebih ambisius, menjanjikan pengurangan pelepasan hingga 7 peratus di bawah tingkat 1990; Kesatuan Eropah, yang menginginkan perjanjian yang lebih keras, berkomitmen 8 peratus; dan Jepun 6 peratus. Sisa 122 negara lainnya, sebahagian besar negara berkembang, tidak diminta untuk berkomitmen dalam pengurangan pelepasan gas.

Akan tetapi, pada tahun 2001, Presiden Amerika Syarikat George W. Bush yang baru dilantik mengumumkan bahawa perjanjian untuk pengurangan karbon dioksida tersebut menelan biaya yang sangat besar. Ia juga menyangkal dengan menyatakan bahawa negara-negara berkembang tidak dibebani dengan persyaratan pengurangan karbon dioksida ini. Protokol Kyoto tidak berpengaruh apabila negara-negara industri yang bertanggung jawab menyumbang 55 peratus dari pelepasan gas rumah hijau pada tahun 1990 tidak meratifikasinya. Persyaratan itu berhasil dipenuhi ketika tahun 2004, Presiden Rusia Vladimir Putin meratifikasi perjanjian ini, memberikan jalan untuk berlakunya perjanjian ini mulai 16 Februari 2005.

Banyak orang mengkritik Protokol Kyoto terlalu lemah. Bahkan jika perjanjian ini dilaksanakan segera, ia hanya akan sedikit mengurangi bertambahnya ketepuan gas-gas rumah hijau di atmosfera. Suatu tindakan yang keras akan diperlukan nanti, terutama kerana negara-negara berkembang yang dikecualikan dari perjanjian ini akan menghasilkan separuh dari pelepasan gas rumah hijau pada 2035. Penentang protokol ini memiliki posisi yang sangat kuat. Penolakan terhadap perjanjian ini di Amerika Syarikat terutama dikemukakan oleh industri minyak, industri arang batu dan perusahaan-perusahaan lainnya yang produksinya tergantung pada bahan bakar fosil. Para penentang ini mengklaim bahawa biaya ekonomi yang diperlukan untuk melaksanakan Protokol Kyoto dapat menjapai 300 miliar dolar AS, terutama disebabkan oleh biaya tenaga. Sebaliknya pendukung Protokol Kyoto percaya bahawa biaya yang diperlukan hanya sebesar 88 miliar dollar AS dan dapat lebih kurang lagi serta dikembalikan dalam bentuk penghematan uang setelah mengubah ke peralatan, kendaraan, dan proses industri yang lebih efisien.

Pada suatu negara dengan kebijakan lingkungan yang ketat, ekonominya dapat terus tumbuh walaupun berbagai macam pencemaran telah dikurangi. Akan tetapi membatasi pelepasan karbon dioksida terbukti sulit dilakukan. Sebagai contoh, Belanda, negara industrialis besar yang juga pelopor lingkungan, telah berhasil mengatasi berbagai macam pencemaran tetapi gagal untuk memenuhi _targetnya dalam mengurangi produksi karbon dioksida.

Setelah tahun 1997, para perwakilan dari penandatangan Protokol Kyoto bertemu secara reguler untuk menegoisasikan isu-isu yang belum terselesaikan seperti peraturan, metode dan penalti yang wajib diterapkan pada setiap negara untuk memperlambat pelepasan gas rumah hijau. Para negoisator merancang sistem dimana suatu negara yang memiliki program pembersihan yang sukses dapat mengambil keuntungan dengan menjual hak pencemaran yang tidak digunakan ke negara lain. Sistem ini disebut perdagangan karbon. Sebagai contoh, negara yang sulit meningkatkan lagi hasilnya, seperti Belanda, dapat membeli kredit pencemaran di pasar, yang dapat diperoleh dengan biaya yang lebih rendah. Rusia, merupakan negara yang memperoleh keuntungan bila sistem ini diterapkan. Pada tahun 1990, ekonomi Rusia sangat payah dan pelepasan gas rumah hijaunya sangat tinggi. Kerana kemudian Rusia berhasil memotong emisinya lebih dari 5 peratus di bawah tingkat 1990, ia berada dalam posisi untuk menjual kredit pelepasan ke negara-negara industri lainnya, terutama mereka yang ada di Kesatuan Eropah.

Lihat pula

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "GISS Surface Temperature Analysis (v4)". NASA. Dicapai pada 12 Januari 2024.
  2. ^ IPCC AR6 WG1 2021, SPM-7
  3. ^ IPCC SR15 Ch1 2018, halaman 54
  4. ^ Lynas, Mark; Houlton, Benjamin Z.; Perry, Simon (19 Oktober 2021). "Greater than 99% consensus on human caused climate change in the peer-reviewed scientific literature". Environmental Research Letters. 16 (11): 114005. Bibcode:2021ERL....16k4005L. doi:10.1088/1748-9326/ac2966. S2CID 239032360 Check |s2cid= value (bantuan).
  5. ^ Our World in Data, 18 September 2020
  6. ^ https://www.ipcc.ch/report/ar6/wg1/downloads/report/IPCC_AR6_WGI_SPM_final.pdf
  7. ^ a b Soden, Brian J. (01-11-2005). "An Assessment of Climate Feedbacks in Coupled Ocean-Atmosphere Models" (PDF). Journal of Climate. 19 (14): 3354-3360. Dicapai pada 21-04-2007. Interestingly, the true feedback is consistently weaker than the constant relative humidity value, implying a small but robust reduction in relative humidity in all models on average" "clouds appear to provide a positive feedback in all models Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  8. ^ Stocker, Thomas F. (20-01-2001). "7.5.2 Sea Ice". Climate Change 2001: The Scientific Basis. Contribution of Working Group I to the Third Assessment Report of the Intergovernmental Panel on Climate Change. Intergovernmental Panel on Climate Change. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-19. Dicapai pada 11-02-2007. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  9. ^ Buesseler, K.O., C.H. Lamborg, P.W. Boyd, P.J. Lam, T.W. Trull, R.R. Bidigare, J.K.B. Bishop, K.L. Casciotti, F. Dehairs, M. Elskens, M. Honda, D.M. Karl, D.A. Siegel, M.W. Silver, D.K. Steinberg, J. Valdes, B. Van Mooy, S. Wilson. (2007) "Revisiting carbon flux through the ocean's twilight zone." Science 316: 567-570.
  10. ^ Marsh, Nigel (2000). "Cosmic Rays, Clouds, and Climate" (PDF). Space Science Reviews. 94 (1–2): 215–230. doi:10.1023/A:1026723423896. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-05-27. Dicapai pada 17-04-2007. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  11. ^ "Climate Change 2001:Working Group I: The Scientific Basis (Fig. 2.12)". 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-02. Dicapai pada 08-05-2007. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  12. ^ Hegerl, Gabriele C. (07-05-2007). "Understanding and Attributing Climate Change" (PDF). Climate Change 2007: The Physical Science Basis. Contribution of Working Group I to the Fourth Assessment Report of the Intergovernmental Panel on Climate Change. Intergovernmental Panel on Climate Change. m/s. 690. Dicapai pada 20-05-2007. Recent estimates (Figure 9.9) indicate a relatively small combined effect of natural forcings on the global mean temperature evolution of the seconds half of the 20th century, with a small net cooling from the combined effects of solar and volcanic forcings Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  13. ^ Ammann, Caspar (06-04-2007). "Solar influence on climate during the past millennium: Results from ransient simulations with the NCAR Climate Simulation Model". Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 104 (10): 3713–3718. However, because of a lack of interactive ozone, the model cannot fully simulate features discussed in (44)." "While the NH temperatures of the high-scaled experiment are often colder than the lower bound from proxy data, the modeled decadal-scale NH surface temperature for the medium-scaled case falls within the uncertainty range of the available temperature reconstructions. The medium-scaled simulation also broadly reproduces the main features seen in the proxy records." "Without anthropogenic forcing, the 20th century warming is small. The simulations with only natural forcing components included yield an early 20th century peak warming of ≈0.2 °C (≈1950 AD), which is reduced to about half by the end of the century because of increased volcanism. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  14. ^ Foukal, Peter (14-09-2006). "Variations in solar luminosity and their effect on the Earth's climate". Nature. Dicapai pada 16-04-2007. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  15. ^ "Changes in Solar Brightness Too Weak to Explain Global Warming". National Center for Atmospheric Research. 14-09-2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-21. Dicapai pada 13-07-2007. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  16. ^ Lockwood, Mike. "Recent oppositely directed trends in solar climate forcings and the global mean surface air temperature" (PDF). Proceedings of the Royal Society A. doi:10.1098/rspa.2007.1880. Dicapai pada 21-07-2007. Our results show that the observed rapid rise in global mean temperatures seen after 1985 cannot be ascribed to solar variability, whichever of the mechanisms is invoked and no matter how much the solar variation is amplified. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  17. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Disember 2008. Dicapai pada 30 September 2019.
  18. ^ Hansen, James (2000). "Climatic Change: Understanding Global Warming". One World: The Health & Survival of the Human Species in the 21st Century. Health Press. Dicapai pada 18 Ogos 2007.
  19. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama grida7
  20. ^ "Summary for Policymakers". Climate Change 2001: The Scientific Basis. Contribution of Working Group I to the Third Assessment Report of the Intergovernmental Panel on Climate Change. Intergovernmental Panel on Climate Change. 20-01-2001]]. Dicapai pada 28-04-2007. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  21. ^ Torn, Margaret (26-05-2006). "Missing feedbacks, asymmetric uncertainties, and the underestimation of future warming". Geophysical Research Letters. 33 (10). L10703. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-28. Dicapai pada 04-03-2007. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  22. ^ Harte, John (30-10-2006). "Shifts in plant dominance control carbon-cycle responses to experimental warming and widespread drought". Environmental Research Letters. 1 (1). 014001. Dicapai pada 02-05-2007. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  23. ^ Scheffer, Marten (26-05-2006]]). "Positive feedback between global warming and atmospheric CO2 concentration inferred from past climate change" (PDF). Geophysical Research Letters. 33. doi:10.1029/2005gl025044. Dicapai pada 04-05-2007. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  24. ^ Stocker, Thomas F. (20-01-2001). "7.2.2 Cloud Processes and Feedbacks". Climate Change 2001: The Scientific Basis. Contribution of Working Group I to the Third Assessment Report of the Intergovernmental Panel on Climate Change. Intergovernmental Panel on Climate Change. Dicapai pada 04-03-2007. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  25. ^ Hart, John. "Global Warming." Microsoft® Encarta® 2006 [DVD]. Redmond, WA: Microsoft Corporation, 2005.

Pautan luar

sunting
  NODES
Interesting 1
Intern 2
iOS 1
mac 3
Note 1
os 81