Phalanx (Bahasa Yunani Kuno: φάλανξ) [pha.lanks, fa.lanks] adalah formasi ketenteraan biasanya terdiri dari infantri berat askar yang bersenjatakan tombak lembing atau senjata tiang yang serupa dengan perlindungan perisai tersusun rapat membentuk suatu segi empat tepat. Ia lazim dalam kalangan tentera zaman Yunani Purba.

Gambaran formasi phalanx tentera Makedonia

Ia pertama kali digambarkan Homeros dalam sajak-sajaknya menerangkan kaedah pertempuran askar-askar serata tanah Yunani.[1] Banyak pasukan bersenjata tombak diperhatikan bertempur dalam formasi mirip phalanx sebegini lanjut selepas zaman ini.

Taktik

sunting

Formasi-formasi tentera ini pada awalnya dinyatakan tegar bentuknya hingga akhirnya salah satu menyerah. Suatu perkembangan besar didemonstrasikan pada Pertempuran Marathon (490 SM) di mana pasukan Athena memgurangkan bilangan askar yang melapisi phalanx masing-masing sambil memanjangkan barisan mereka supaya tidak dikepung pasukan Darius I yang lebih besar. Namun, bahkan barisan phalanx yang tipis pun terbukti tak terbendung ke infanteri Persia yang hanya bersenjata ringan. Setelah menghancurkan kedua sayap pasukan Persia, hoplites di kedua sayap Athena bergerak ke dalam, menghancurkan pasukan elit Persia di formasi tengah, membawa kemenangan Athena. Selama Perang Yunani-Persia ini, pembaharuan teknik serangan ini terbukti lebih unggul lalu memenangkan mereka ke atas pihak infantri Persia (misalnya Pertempuran Thermopylae dan Plataea).

Pertempuran Leuktra memperkenalkan taktik bergerak mara secara miring dicetuskan Epaminondas, jendral pasukan Thebai menipiskan sayap kanan dan bagian tengah phalanx-nya, serta mendalamkan sayap kirinya menjadi sedalam 50 orang, sesuatu yang belum pernah dilakukan siapapun waktu itu. Dengan taktik ini, Epaminondas membalik kebiasaan di mana sayap kanan adalah yang terkuat. Hal ini memungkinkan pasukan Thebai untuk menyerang dengan kekuatan penuh pasukan elit Sparta di sayap kanan phalanx yang berlawanan. Sementara itu, pusat dan sisi kanan formasi Thebes maju secara menyerong dari phalanx yang berlawanan sambil tidak mendedahkan bahagian-bahagian lemaht. Setelah sayap kanan Sparta telah dihancurkan oleh sayap kiri Thebai, sisa dari barisan Sparta pun melarikan diri.

Philip II dari Makedonia ditawan sebagai tebusan lalu dibawa ke Thebes selama beberapa tahun, di mana baginda senyap-senyao mempelajari inovasi Epaminondas. Setelah baginda kembali ke tanah airnya, baginda membentuk satu kekuatan baru bersenjatakan tombak yang lebih panjang dan dilatih lebih menyeluruh tentang taktik dan manuver yang lebih canggih dan kompleks, malah baginda menerapkan berbagai jenis askar pelontar batu dan kavaleri - phalanx Makedonia sekarang digunakan untuk mengunci bagian tengah barisan musuh, sementara kavaleri dan infanteri ringan menyerang bagian sayap formasi lawant. Pasukan baru Phillip menjadi tentera paling hebat dan digeruni atas hasil dibawa inovasi peperangan ini lagi-lagi dalam Pertempuran Khaironeia, di mana Philip II menghancurkan kekuatan phalanx gabungan Athena dan Thebai.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Phalanx and hoplites. livius.org. 20 November 2008
  NODES