Pita ukur
Pita ukur merupakan sejenis pembaris lentur. Ia terdiri daripada pita kain, plastik, atau logam dengan tanda ukuran memanjang dengan unit metrik dan kadang kala dengan tambahan unit imperial. Ia merupakan perkakasan ukur biasa. Kelenturannya membolehkan pengukur jarak yang besar dibawa dengan mudah dalam poket atau kotak perkakasan dan membenarkan ukuran diambil pada selekoh dan sudut. Pada masa kini ia terdapat di merata-rata, malah sebagai bentuk mini sebagai pemegang kunci.
Rujukan
sunting- Readers Digest, The Complete Guide to Sewing Readers Digest Association,1995 ISBN0-88850-247-8