Plebs adalah rakyat jelata atau orang kebanyakan dalam masyarakat Rom Purba yang diperintah atau ditadbir patricius selaku pembesar dengan hak-hak istimewa sendiri.

Zaman dahulu

sunting

Asal muasal penggolongan masyarakat Romawi menjadi plebs dan patricius masih belum jelas. Namun, penduduk kota Rom pada zaman Romulus, Numa Pompilius, dan Tullus Hostilius disebut patricius selaku kedudukan mereka sebagai warga asal Rom. Pada masa kekuasaan Ancus Marcius, datanglah orang-orang Plebs dari sekutu-sekutu Rom.

Pada saat pendirian Republik Rom, kaum Plebs tidak dilibatkan dari himpunann dan magistrasi keagamaan, bahkan undang-undang Lex Duodecim Tabularum dimaktubkan turut melarang perkahwinan antara kaum-kaum Plebs dan Patricius (namun akhirnya dibolehkan oleh Lex Canuleia). Namun pada saat yang sama, para Plebs memiliki suku dan gentes serta boleh menyertai tentera menjadi pegawai khas.

Sekalipun demikian, konfilik mengenai status politik kaum Plebs berterusan dalam dua abad awal keberadaan Republik ini sehingga akhirnya glolongan plebis dengan penyamaan kedudukan kaum Plebs dan Patricius secara rasmi pada 287 SM setelah kaum Plebs membentuk organisasi (concilium plebis) dan pemimpin sendiri (tribunus dan aedil plebs) serta dapat mengancam in seccessio (secara mogok atau penyisihan). Ancaman ini dilihat amat efektif memandangkan kaum plebs terdiri daripada sebahagian besar penduduk dan pekerja di kota ini; lima kali seccessio, telah terjadi dalam kota ini, tetapi hanya yang terakhir (287 SM) yang tercatat secara terperinci.

Setelah periode konflik tersebut, orang-orang Plebs yang kaya mulai bergabung dengan Senat lalu menjadikan pembezaan keduukan mereka dengan golongan patricius setakat dari segi perundangan sahaja, bukan dari segi sosial. Misalnya setidaknya salah seorang dari 2 konsul harus berasal dari golongan Plebs, dan hanya orang Plebs yang berhak menjadi Tribunus dan memberikan suara di Dewan Plebs. Pada abad ke-1 SM, banyak orang-orang kaya dan berpengaruh di Senat dicatatkan berasal dari golongan Plebs.

Penggunaan moden

sunting

Di Dunia Barat, istilah plebs kini sering digunakan sebagai sebutan bagi warga kelas bawahan. Bahasa-bahasa Inggeris British dan Australia melanjutkan lagi penggunaan perkataan ini sebagai kata ejekan kepada seseorang yang dianggap rendah, kasar atau bodoh[1] padahal plebs Rom pernah mencakupi mereka yang berharta atau berperanan utama dalam masyarakat.

Di Amerika Syarikat pula, istilah plebes terbitan nama ini digunakan untuk menggelar siswa-siswi baru di akademi termasuk Akademi Tentera Amerika Syarikat setaraf gelaran "freshmen".

Lihat pula

sunting

Pautan luar

sunting
  1. ^ "pleb". Oxford English Dictionary. Oxford University Press. Dicapai pada 24 September 2012.
  NODES
os 3