Portal : Hal semasa di Asia/2009
Potret Cao Cao
Masjid Babri Masjid Babri
Hamid Karzai
Yukio Hatoyama
Chen Shui-bian
Taufan Morakot pada 7 Ogos
Gerhana separa
Ürümqi
Bendera IAEA
27 Disember - Penemuan makam seorang pemimpin zaman Tiga Kerajaan di China , Cao Cao (gambar potret) diumumkan.
30 November - Dalam proses menilai semula won Korea Utara , wang kertas kini tidak lagi sah diperlakukan , dan perniagaan ditutup sehingga wang baru dikeluarkan pada 7 Disember.
24 November - Lebih 300,000 haiwan disembelih bersempena perayaan Gadhimai di selatan Nepal , dalam korban haiwan terbesar di dunia.
23 November - Kandungan laporan mengenai pemusnahan Masjid Babri (gambar) yang bocor menyebabkan perbalahan di parlimen India .
14 November - Mesyuarat APEC ke-21 diadakan di Singapura .
9 November - Di Forum Kerjasama China–Afrika ke-4 di Mesir , Republik Rakyat China berjanji memberikan pinjaman mudah AS$10 juta untuk hubungan China-Afrika.
2 November - Hamid Karzai (gambar) kekal sebagai Presiden Afghanistan selepas pencabarnya Abdullah Abdullah menarik diri daripada pusingan kedua.
30 Oktober - Sukan Dalam Dewan Asia 2009 bermula di Hanoi , Vietnam .
28 September - Taufan Melor melanda Jepun .
16 September - Yukio Hatoyama mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Jepun ke-60.
11 September - Bekas Presiden Republik China di Taiwan Chen Shui-bian (gambar) dihukum penjara seumur hidup kerana rasuah .
31 Ogos - Parti Demokratik Jepun pimpinan Yukio Hatoyama (gambar) memenangi pilihan raya umum Jepun , mengakhiri pemerintahan berterusan hampir setengah abad oleh LDP .
17 Ogos - Kapal dagang MV Arctic Sea yang hilang sejak dirampas pada akhir Julai, dijumpai berhampiran Tanjung Verde oleh Tentera Laut Rusia .
12 Ogos - Qari Iraq Usamah Abdullah dan qariah Malaysia Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman memenangi Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2009 .
9 Ogos - Taufan Morakot (gambar) mengorbankan lebih 100 orang di Filipina dan Taiwan selepas menghasilkan rekod hujan 2,777 mm.
6 Ogos - Ketua baru Harimau Pembebasan Tamil Eelam K.Pathmanathan tertangkap.
4 Ogos - Persidangan Rangkaian Pemimpin Wanita APEC ke-14 diadakan di Singapura .
31 Julai - Mahkamah Agung Pakistan mendapat bahawi darurat November 2007 yang diisytiharkan bekas Presiden Pervez Musharraf tidak sah.
31 Julai - Gazprom melancarkan pembinaan saluran paip gas asli Sakhalin–Khabarovsk–Vladivostok .
31 Julai - Kapal kargo Rusia MV Arctic Sea hilang di Laut Baltik , kononnya dirampas lanun.
30 Julai - Pameran Setem Phila Korea 2009 diadakan di Seoul , Korea Selatan .
28 Julai - Amerika Syarikat dan Republik Rakyat China mengadakan Dialog Ekonomi dan Strategik AS.-China yang pertama.
24 Julai - Kelahiran Panda Gergasi pertama yang ibunya dibuntingi dengan sperma beku diumumkan di Sichuan , China .
21 Julai - Gerhana matahari penuh paling lama abad ke-21 berlaku di sebahagian Asia dan Lautan Pasifik (gambar gerhana separa) .
9 Julai - Satu siri serangan siber terancang menyerang tapak web awam dan persendirian utama Korea Selatan dan Amerika Syarikat .
5 Julai - Sekurang-kurangnya 197 orang terbunuh dan 1,680 lagi cedera dalam rusuhan di Ürümqi , Republik Rakyat China (gambar) .
2 Julai - Diplomat Jepun Yukiya Amano dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (gambar bendera) .
30 Jun - Taliban menarik diri dari perjanjian damai dengan kerajaan Pakistan , membunuh kira-kira 30 askar Pakistan tidak lama selepas mengumumkannya.
25 Jun - Mesyuarat Kerjasama Serantau Persisiran Lautan Hindi ke-9 diadakan di Sana'a , Yaman .
22 Jun - Presiden Republik Rusia Ingushetia Yunus-bek Yevkurov cedera parah dalam satu cubaan pembunuhan.
16 Jun - Negara-negara BRIC mengadakan sidang kemuncak pertama mereka di Yekaterinburg , Rusia .
7 Jun - Perikatan 14 Mac pimpinan Saad Hariri memenangi pilihan raya umum Lubnan 2009 .
25 Mei - Korea Utara mendakwa berjaya meletupkan ujian senjata nuklear di bawah tanah.
23 Mei - Madhav Kumar Nepal dilantik menjadi Perdana Menteri oleh Dewan Perwakilan Nepal .
23 Mei - Bekas Presiden Korea Selatan Roh Moo-hyun membunuh diri .
18 Mei - Kerajaan Sri Lanka mengisytiharkan kemenangan dalam Perang Saudara setelah pemimpin Harimau Tamil Velupillai Prabhakaran dilaporkan terbunuh.
16 Mei - Pasukan hoki Korea Selatan menjuarai Hoki Piala Asia 2009 .
28 April - 9 warga Pakistan lemas dalam tragedi Teluk Ramunia di perairan Pengerang , Johor .
20 April - Satu kajian arkeologi kerajaan China menemui 290 km lagi Tembok Besar China .
17 Mei - Pasukan badminton China mengekalkan kejuaraan Piala Sudirman , menewaskan Korea 3-0.
16 Mei - Dalam pilihan raya umum India 2009 , Parti Bharatiya Janata mengaku kalah kepada Perikatan Progresif Bersatu , parti kerajaan campuran kini.
4 Mei - Perdana Menteri Nepal Prachanda meletakkan jawatan setelah tindakannya memecat ketua tentera Rookmangud Katawal ditentang Presiden Ram Baran Yadav .
20 April - Satu kajian arkeologi kerajaan China menemui 290 km lagi Tembok Besar China .
7 April - Costa Rica , Filipina , Malaysia dan Uruguay tidak lagi disenaraihitamkan sebagai syurga cukai yang tidak bekerjasama dengan OECD .
4 April - OECD menyenaraihitamkan Costa Rica , Filipina dan Malaysia sebagai syurga cukai tidak bekerjasama.
23 Februari - Slumdog Millionaire memenangi lapan Anugerah Akademi termasuk "Gambar Terbaik".