Pound for pound merupakan satu istilah yang digunakan di dalam sukan kombat seperti tinju atau seni bela diri campuran untuk menilai pelawan yang lebih baik tidak kira dari segi saiz atau kelas berat (weight class). Disebabkan para pelawan yang termasuk di dalam senarai ini tidak pernah bertarung secara rasmi, penilaian pelawan terbaik pound for pound adalah subjektif dan "rating" yang diberikan berbeza dari suatu penilaian ke penilaian yang lain. Kriteria-kriteria "Pound for pound" termasuklah mutu pihak lawan, kemasyhuran seseorang pelawan atau keberangkalian kemenangan petinju tersebut semasa dalam pertarungan.

Di dalam sejarah sukan tinju, istilah ini biasa dikaitkan dengan Benny Leonard dan Sugar Ray Robinson, di mana mereka dianggap sebagai petarung yang paling mahir di dalam kerjaya mereka dan untuk membezakan mereka daripada juara-juara kategori berat yang lebih popular dan menerima pengiktirafan yang lebih. Sejak tahun 1990, majalah The Ring telah mengekalkan kedudukan-kedudukan untuk para petarung. ESPN.com mempunyai senarai untuk pelawan seni pertahanan diri campuran. Pada Disember 2013, Ronda Rousey menjadi wanita pertama untuk muncul di dalam senarai 10 teratas jantina campuran "pound for pound" satu majalah terbitan perdana.

  NODES