Rektum atau Bol (dari istilah bahasa Latin rektum intestinum, "usus lurus") adalah bahagian terakhir usus besar yang lurus pada manusia dan mamalia, dan usus jenis haiwan lain. Rektum manusia berukuran kira-kira 12 sentimeter (4.7 in)[1] dan bermula di temuan rektosigmoid (penghujung kolon sigmoid) pada tahap ketiga tulang belakang sakrum atau tanjung tinggi sakrum bergantung kepada maksud yang digunakan.[2] Kalibernya sama dengan kaliber kolon sigmoid pada permulaannya, namun ia mengembang pada penghujungnya yang membentuk rektum ampulla. Ia tamat pada tahap anorectal cincin (tahap puborectalis sling) atau dgarisan dentat, sekali lagi bergantung pada definisi yang digunakan. Pada manusia, rektum disusuli oleh kanal dubur, sebelum saluran pencernaan tamat di tepi dubur.

Lukisan kolon manusia dari hadapan. Rektum terdiri daipada bahagian distal (hujung) kolon yang ditandai dengan warna merah.
Lumen (dalaman) rektum manusia biasa yang berusia 70 tahun yang dilihat melalui kolonoskopi

Struktur

sunting

Rektum adalah satu komponen daripada saluran gastrousus bawahan, di mana ia menghubungkan kolon sigmoid dengan dubur. Rektum mengikut bentuk pelvis, dan berakhir di sebuah bahagian mengembang yangdipanggil rektum ampulla di mana najis disimpan sebelum dilepaskan melalui kanal dubur. Ampulla adalah sebuah rongga membesaryang dinamai sempena sejenis bekas pada zaman Roman juga bernama ampulla yang turut berbentuk sebegitu.

Rektum tidak mempunyai taeniae coli tidak seperti bahagian-bahagian kolon yang lain.[3]:397

Rektum berhubung dengan kolon sigmoid pada tahap S3, serta kanal dubur ketika ia melalui otot lantai pelvis otot.:397

Sokongan pada rektum termasuklah:[perlu rujukan]

  • Lantai pelvis yang dibentuk oleh otot levator ani.
  • Fascia Waldeyer
  • Ligamen lateral rektum yang dibentuk oleh pemeluwapan fascia pelvik
  • Fascia rektovesikal Denonvillers yang memanjang dari belakang rektum kepada vesikel semen dan prostat di depan.
  • Peritoneum pelvis
  • Kawasan perineum

Fungsi

sunting

Rektum bertindak sebagai tempat penyimpanan sementara najis. Apabila dinding rektum mengembang disebabkan oleh isinya yang semakin penuh, reseptor regangan dari sistem saraf yang terletak di dinding rektum merangsang keinginan untuk membuang air besar. Jika keinginan tersebut tidak menerima balasnya, bahan di rektum akan kembali ke kolon di mana lebih banyak air akan diserap dari najis. Pelengahan pembuangan air besar untuk suatu tempoh yang lama akan menyebabkan sembelit serta najis yang mengeras.[perlu rujukan]

Aapabila rektum menjadi penuh, peningkatan dalam tekanan intrarektal memaksa dinding kanal dubur menjauh antara satu sama lain, membenarkan tahi untuk memasuki kanal. Rektum memendek apabila najis dipaksa masuk ke dalam kanal duburl dan gelombang peristalsis mendorong najis keluar dari dubur. Spinkter (atau pencerut) dalaman dan luaran membenarkan najis lalu dengan otot-ototnya menarik dubur atas keluar najis.

Rujukan

sunting
  1. ^ "12. Colon and Rectum", AJCC Cancer Staging Atlas (PDF), American Joint Committee on Cancer, 2006, m/s. 109
  2. ^ al.], senior editors, Bruce G. Wolff ... [et (2007). The ASCRS textbook of colon and rectal surgery. New York: Springer. ISBN 0-387-24846-3.
  3. ^ Drake, Richard L.; Vogl, Wayne; Tibbitts, Adam W.M. Mitchell; illustrations by Richard; Richardson, Paul (2005). Gray's anatomy for students. Philadelphia: Elsevier/Churchill Livingstone. ISBN 978-0-8089-2306-0.
  NODES
mac 2
os 4
text 1