Maharaja Flavius Romulus Augustus (kira-kira 461/463 – selepas 476), lebih dikenali sebagai Romulus Augustulus ("Augustus kecil"), merupakan seorang Maharaja Rom Barat yang memerintah sejak 31 Oktober 475 hingga 4 September 476. Menurut sejarah, kejatuhan baginda dikatakan menandai kejatuhan Empayar Rom di Barat.

Romulus Augustulus
Maharaja terakhir dari
Empayar Rom Barat
Tremissis dari Romulus Augustus.
Pemerintahan31 Oktober 475 - 4 September 476
Nama penuhFlavius Romulus Augustus
PendahuluJulius Nepos
PenggantiOdoacer
AyahandaFlavius Orestes

Butir-butir mengenai riwayat Maharaja Romulus Augustus agak samar-samar. Ayahandanya Orestes, ketua jeneral tentera Rom, menobatkan Romulus ke takhta setelah menggulingkan Maharaja Julius Nepos. Maharaja Romulus yang masih kanak-kanak ketika itu berperanan sebagai boneka di bawah pemerintahan ayahandanya. Setelah memerintah selama 10 bulan sahaja, Romulus Augustus digulingkan oleh ketua puak Jermanik bernama Odoacer lalu diusir ke Castellum Lucullanum di Campania; setelah itu baginda terus pudar daripada catatan sejarah.

Penggulingan Romulus Augustus sering dianggap sebagai pengakhiran rasmi Empayar Rom dan juga permulaan Zaman Pertengahan: Meskipun Empayar Rom Timur kekal sehingga tahun 1453, kekuasaan Rom di Itali dan Gaul sudahpun runtuh pada masa pemerintahan Romulus.

Pautan luar

sunting

  Media berkenaan Romulus Augustus di Wikimedia Commons

  • "Iron Age Braumeisters of the Teutonic Forests". BeerAdvocate. Dicapai pada 2006-06-02.
  • Project Gutenberg: Cassiodorus, Variae Diarkibkan 2015-09-24 di Wayback Machine
  NODES
Done 1