Rus Kiev' (Slav Timur Kuno: Рѹ́сь (Rus' ), Рѹ́сьскаѧ землѧ (Rus'skaya zemlya)) merupakan sebuah persekutuan longgar[1] bangsa-bangsa Slav Timur dan Finn di Eropah dari lewat abad ke-9 ke pertengahan abad ke--13,[2] di bawah pemerintahan dinasti Rurik.[2] Negara-negara Belarus, Rusia dan Ukraine mendakwa kawasan ini sebagai leluhur asal budaya mereka.[3]

Liputan persekutuan Rus Kiev (dengan tanah naungannya) pada zaman kegemilangannya

Rangkumannya yang terhebat pada pertengaha kurun ke-11 dari Laut Baltik di sbeelah utara ke Laut Hitam di sebelah selatannya, serta dari hulu sungai Vistula di sbeelah barat menuju ke Semenanjung Taman di sebelah timurnya.[4][5]

Persekutuan ini runtuh setelah penjajahan orang Mongol ke atasnya pada sekitar tahun 1240-an setelah lemah bertahun-tahun akibat pergelutan dalaman[6] serta terputusnya hubungan perdagangan dengan Kerajaan Byzantine akibat kemunduran Constantinople.[7]

Ekonomi

sunting
 
Mengumpulkan ufti, lukisan Nicholas Roerich .

Pada awal abad ke-10, Rus' Kiev berdagang dengan suku-suku kecil lain di serantau Eropah Timur dan Scandinavia. "Tidak perlu struktur sosial yang terlalu rumit bagi menjalankan perniagaan di hutan-hutan utara yang di sempadan selatannya, terdapat hamparan padang rumput yang luas. Selagi peniaga-peniaga berniaga dalam jumlah kecil dan rute utamanya mebembusi rimba-rimba, maka kegiatan mereka tidak mendapat banyak perhatian dari karyawan atau sejarahwan pada masanya." Rus' Kiev juga mempunyai hubungan perniagaan yang kuat dengan Empayar Romawi Timur. Terutamanya pada awal 900-an, seperti yang ditunjukkan pada perjanjian tahun 911 dan 944. Perjanjian-perjanian ini berkenaan dengan pacal Romawi Timur yang melarikan diri dan had ke atas beberapa jumlah komoditi seperti sutera yang boleh dibeli dari Romawi dalam masa tertentu. Rus' Kiev menggunakan rakit balak yang yang bergerak lincah di atas Sungai Dnieper oleh etnik Slav untuk pengangkutan barangan, terutamanya pacal kepada Romawi Timur. [8]

Semasa era Kiev, perdagangan dan pengangkutan banyak bergantung pada rangkaian sungai dan dermaga-dermaga [9] Menjelang masa ini, rangkaian-rangkaian perdagangan baharu telah berkembang bagi memenuhi permintaan warga tempatan yang semakin beragam. Sejahrawan memadahkan apa yang terjadi pada masa itu, kerana tinjauan ke atas barangan kaca yang ditemui di lebih 30 tapak dari Suzdal, Drutsk dan Belozeroo, yang sebahaguan besar dihasilkan bandar Kyiv. Kyiv adalah lumbung gandum sekalius pusat transit antara perniagaan Romawi Timur dan kawasan pesisir wilayah Laut Hitam . Walaupun rangkaian perniagaan ini telah wujud, jumlah perniagaan maupun peniaga berkembang pesat pada penghujung abad ke-11. Kyiv juga memerankan peran penting dalam perniagaan tempatan Rus' di antara bandar-bandarnya; Kyiv memegang monopoli ke atas produk barangan yang terbuat dari kaca (bekas kaca, tembikar berlapis dan kaca tingkap), sehingga awal hingga pertengahan abad ke-12 Rus' Kiev kehilangan status monopolinya. Bandar-bandar Rus yang lain pun ikut memberontak Teknik penghasilan enamel bertatah telah diserap daripada Romawi. Amfora Romawi, khamr dan minyak zaitun telah ditemui di sepanjang Sungai Dnieper bahagian tengah. Terjalin rangkaian niaga antara Kiev, dengan bandar-bandar perdagangan dan pelabuhan Romawi.[10]

Pada musim sejuk, pemerintah Kiev pergi mengawasi suku-suku kecil seperti Dregovichs, Krivichs, Drevlians, Severians, dan suku kakitangan lainnya. Ada yang memberi penghormatan dalam bentuk wang, ada yang membayar dengan bulu atau haiwan buruan lainnya, dan ada juga yang menjual pacal. Rangkain perniagaan dari sungai-sungai dengan rakit balak itu itu di panggil poliudie.[11] [12]

Rujukan

sunting
  1. ^ John Channon & Robert Hudson, Penguin Historical Atlas of Russia (Penguin, 1995), p.16.
  2. ^ a b Kievan Rus, Encyclopædia Britannica Online.
  3. ^ Plokhy, Serhii (2006). The Origins of the Slavic Nations: Premodern Identities in Russia, Ukraine, and Belarus (PDF). New York: Cambridge University Press. m/s. 10–15. ISBN 978-0-521-86403-9. Dicapai pada 2010-04-27. For all the salient differences between these three post-Soviet nations, they have much in common when it comes to their culture and history, which goes back to Kievan Rus', the medieval East Slavic state based in the capital of present-day Ukraine.
  4. ^ Kyivan Rus’, Encyclopedia of Ukraine, vol. 2 (1988), Canadian Institute of Ukrainian Studies.
  5. ^ See Historical map of Kievan Rus' from 980 to 1054.
  6. ^ Paul Robert Magocsi, Historical Atlas of East Central Europe (1993), p.15.
  7. ^ "Civilization in Eastern Europe Byzantium and Orthodox Europe". occawlonline.pearsoned.com. 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 January 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ Franklin, Simon, and Jonathan Shepherd (1996).
  9. ^ William H. McNeill (1 January 1979). Jean Cuisenier (penyunting). Europe as a Cultural Area. World Anthropology. Walter de Gruyter. m/s. 32–33. ISBN 978-3-11-080070-8. Dicapai pada 8 February 2016. For a while, it looked as if the Scandinavian thrust toward monarchy and centralization might succeed in building two impressive and imperial structures: a Danish empire of the northern seas, and a Varangian empire of the Russian rivers, headquartered at Kiev.... In the east, new hordes of steppe nomads, fresh from central Asia, intruded upon the river-based empire of the Varangians by taking over its southern portion.
  10. ^ Simon, Frank (1996). The Emergence of Rus, 750–1200. Longman. m/s. 281. ISBN 978-0-582-49091-8.
  11. ^ Martin 2004.
  12. ^ История Европы с древнейших времен до наших дней. Т. 2. М.: Наука, 1988. ISBN 978-5-02-009036-1

Bacaan lanjut

sunting

Pautan luar

sunting
  NODES