S-3 Viking
Lockheed S-3 Viking merupakan sebuah pesawat jet yang digunakan di atas armada kapal pengangkut pesawat milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Peranan utamanya adalah untuk mengenal pasti, menjejak dan memusnahkan kapal selam musuh. Pada akhir 1990-an, peranan misi pesawat S-3B telah ditukar kepada peperangan permukaan dan pengisian minyak di udara. Viking juga memberi peranan dalam peperangan elektronik dan keupayaan pengawasan permukaan kepada kumpula tempur kapal pengangkut. Disebabkan bunyi enjin yang memiliki pitch tinggi, ia diberi gelaran sebagai "Hoover" sempena nama satu jenama pencuci hampagas.
S-3 Viking | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat anti kapal selam |
Pengeluar | Lockheed Corporation |
Penerbangan sulung | 21 Januari 1972 |
Mula digunakan | 1974 |
Dihentikan | Januari 2009 |
Status | Bersara |
Pengguna utama | Tentera Laut Amerika Syarikat |
Dikeluarkan | 1974-1978 |
Jumlah dibina | 187 |
Kos seunit | AS$27 juta (1974) |
Perkhidmatan S-3 Viking telah ditamatkan oleh Tentera Laut A.S pada bulan Januari 2009, dan misi-misinya kini diambil alih oleh platfom lain.
Rujukan
suntingBibliografi
sunting- Winchester, Jim, ed. Military Aircraft of the Cold War (The Aviation Factfile). London: Grange Books plc, 2006. ISBN 1-84013-929-3.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: S-3 Viking. |
- S-3B Viking fact file and S-3 Viking history page on Navy.mil Diarkibkan 2009-06-20 di Wayback Machine