Saint Helena, Ascension dan Tristan da Cunha
Saint Helena, Ascension dan Tristan da Cunha[5] ialah Wilayah Luar Negeri British yang terletak di Atlantik Selatan dan terdiri daripada pulau Saint Helena, Pulau Ascension, dan kepulauan Tristan da Cunha (termasuk Pulau Gough). Namanya dahulu Saint Helena dan Wilayah-Wilayah Tanggungan sehingga 1 September 2009, apabila perlembagaan baharu berkuat kuasa, memberikan ketiga-tiga pulau itu status yang setara sebagai tiga wilayah, dihimpunkan di bawah Mahkota British.
Saint Helena, Ascension dan Tristan da Cunha | |
---|---|
Lagu kebangsaan: "God Save the King" | |
Negara berdaulat | United Kingdom |
Piagam kolonial Saint Helena. | 1657 |
Jajahan mahkota | 22 April 1834[1] |
Ascension ditambahkan | 12 September 1922 |
Tristan da Cunha ditambahkan | 12 Januari 1938 |
Perlembagaan semasa | 1 September 2009 |
Ibu negara | Jamestown 15°56′S 05°43′W / 15.933°S 5.717°W |
Largest city | Half Tree Hollow 15°56′0″S 5°43′12″W / 15.93333°S 5.72000°W |
Bahasa rasmi | Inggeris |
Kerajaan | Wilayah-wilayah tanggungan memerintah sendiri yang telah turun kuasa di bawah satu raja berperlembagaan |
• Beraja | Charles III |
Nigel Phillips | |
Simon Minshull | |
Philip Kendall [2] | |
Julie Thomas | |
Kerajaan United Kingdom | |
• Menteri | Stephen Doughty |
Luas | |
• Total | 394 km2 (152 bt2) |
Highest elevation | 2,062 m (6,765 ft) |
Populasi | |
• 2016 census | 5,633[3] (tidak diperingkatkan) |
• Kepadatan | 13.4/km2 (34.7/sq mi) (tidak diperingkatkan) |
KDNK (nominal) | anggaran |
• Total | USD 43,000,000[4] |
Mata wang | Paun Saint Helena (£) (SHP) (Saint Helena dan Ascension) Paun sterling (£) (GBP) (Tristan da Cunha) |
Zon Waktu | UTC±00:00 (GMT) |
Format tarikh | dd/mm/yyyy |
Belah pemanduan | kiri |
Kod Panggilan | +290 (Saint Helena dan Tristan da Cunha) +247 (Ascension) |
Poskod UK | STHL 1ZZ (Saint Helena) ASCN 1ZZ (Ascension) TDCU 1ZZ (Tristan da Cunha) |
Kod ISO 3166 | SH |
TLD Internet | |
Laman web | www |
Bendera
suntingBendera United Kingdom digunakan untuk semua tujuan rasmi; dan setiap wilayah mempunyai bendera sendiri untuk kegunaan rasmi. Antara tahun 2002 dan 2013, Saint Helena dan Tristan da Cunha masing-masing mempunyai bendera tersendiri, manakala Pulau Ascension menggunakan Bendera Kesatuan, dan sebelum tahun 2002 bendera Saint Helena digunakan di Tristan da Cunha untuk semua tujuan rasmi.
Saint Helena
suntingBendera Saint Helena mula dipakai pada 4 Oktober 1984. Ia adalah Ensain Biru yang telah dibeza-bezakan, dengan warna latar biru dengan Union Jack di kuadran atas belah tiang dan perisai dari jata Saint Helena dipusatkan pada bahagian luar bendera. Perisai ini menggambarkan pesisiran berbatu dan kapal layar tiga tiang, dengan burung kedidi Saint Helena, juga dipanggil burung dawai, di atasnya. Ia telah dikemas kini pada 2018 untuk menggambarkan burung dawai yang lebih realistik.
Pulau Ascension
suntingBendera Pulau Ascension mula dipakai pada 11 Mei 2013.[6] Benderanya menggunakan ensain biru, dengan jata Pulau Ascension. Sebelum bendera ini digunakan, pulau itu menggunakan Bendera Kesatuan United Kingdom untuk tujuan rasmi.
Tristan da Cunha
suntingBendera Tristan da Cunha mula dipakai pada 20 Oktober 2002, dalam pengisytiharan yang dibuat oleh Gabenor Saint Helena di bawah Waran Diraja yang diberikan oleh Ratu Elizabeth II. Sebelum ini, sebagai tanggungan Saint Helena, Tristan da Cunha menggunakan bendera Saint Helena untuk tujuan rasmi.
Benderanya berdasarkan ensain biru, ditambahkan jata Tristan da Cunha – bot panjang Tristan di atas Mahkota Tentera Laut, dengan perisai tengahnya dihiasi dengan empat albatros hidung kuning dan diapit oleh dua ekor udang galah batu Tristan. Di bawahnya terdapat lembaran dengan moto wilayah ini, Iman kami ialah kekuatan kami.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ St Helena, Ascension and Tristan da Cunha Constitution Order 2009 Diarkibkan 11 Mei 2011 di Wayback Machine "...pemindahan pemerintahan pulau itu kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 22 April 1834 di bawah Akta Kerajaan India 1833, kini dipanggil Akta Saint Helena 1833" (Mukadimah Jadual)
- ^ "Philip Kendall sworn-in as Tristan Administrator".
- ^ "Census 2016 – summary report" (PDF). St Helena Government. Jun 2016. m/s. 9. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 17 Oktober 2016. Dicapai pada 23 Januari 2017.
- ^ "Saint Helena, Ascension and Tristan da Cunha • Country facts". PopulationData.net (dalam bahasa Inggeris). 20 Februari 2019. Dicapai pada 2021-08-09.
- ^ "St Helena, Ascension and Tristan da Cunha Constitution Order 2009, see "EXPLANATORY NOTE"". Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mac 2010. Dicapai pada 26 September 2009.
- ^ "First Ever Ascension Flag to Fly". Ascension-Island.gov.ac. Ascension Island Government. 2013-03-27. Dicapai pada 2019-07-16.
Pautan luar
sunting- Laman web kerajaan Saint Helena
- Laman Web Kerajaan Pulau Ascension
- Laman Web rasmi Tristan da Cunha
- St Helena Online (laman web berita berpangkalan di UK, dengan kerjasama St Helena Independent)
- Tristan da Cunha di Thayer's Gazetteer
- Saint Helena, Ascension dan Tristan da Cunha. The World Factbook. Agensi Perisikan Pusat.