Kereta sedan (atau kereta salun) merupakan sejenis kereta penumpang dalam konfigurasi tiga kotak dengan tiang A, B & C dan isipadu prinsipal dipanjangkan dalam ruangan berasingan untuk enjin, penumpang dan kargo.[1] Ruangan penumpang menampilkan dua baris tempat duduk serta ruang penumpang yang mencukupi di dalam ruangan belakang bagi penumpang dewasa. Ruangan kargo biasanya terletak di belakang, kecuali beberapa model berenjin belakang, seperti Renault Dauphine, Tatra T613, Volkswagen Type 3 dan Chevrolet Corvair. Ia merupakan satu daripada stail badan kereta yang paling lazim.

Pelantar Proton Preve (gambar pertama), Exora (gambar kedua), dan Satria (gambar ketiga)

Rujukan

sunting
  1. ^ "Car Design Glossary - Part 2: One-Box (Monospace or Monovolume)". Car Design News. The principal volumes of the traditional sedan can be split into separate compartments or boxes: the hood/bonnet is the first box; the passenger compartment the second, and the trunk/boot the third - i.e. it's a 'three-box' car.
  NODES
os 3