Seder (Ibrani: סֵדֶר "turutan" serumpun Semitik Arab: سَرْد, rumi: sard "kaitan" terbitan kata kerja سَرَدَsarada "mengait, menyusun turut"[1]) adalah jamuan tumpuan utama menandakan permulaan hari raya Paskah umat Yahudi pada malam hari ke-15 Nisan dalam takwim Ibrani. Ia memperingati peristiwa bani Israel dibawa keluar dari Mesir oleh Nabi Musa seperti yang diceritakan dalam Kitab Keluaran pegangan mereka; bahkan kitab tersebut menyuruh sambutan peringatan sedemikian.[2] Ia sendiri upacara keagamaan paling lazim diamalkan orang Yahudi.[3]

Makanan utama disajikan dalam sered

Biasanya, keluarga dan sahabat handai berkumpul pada petang hari untuk membaca kitab menggambarkan tatacara menyambut Paskah yakni Haggadah diadaptasi dari Masnah (Pesahim 10)[4][5] berisi kisah keluarnya bani Israel dari Mesir, pemberkatan dan ritual khusus, ulasan dari Talmud, dan lagu-lagu keagamaan khusus.

Ia dimulakan dengan bacaan doa (קידוש kiddush) dan jamuan wain serta pembuka selera (כרפס karpas) sebelum bacaan berturut-turut memakan matzah dan sayur pahit (מרור maror) memperingati kesusahan bani Israel sebelum diakhiri dengan ucp syukur kepada Tuhan.

Lihat pula

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ al-Marbawi, Mohamad Idris bin Abdul Rauf (1931). "سَرْدٌ". Kamus Al-Marbawi. Mesir: Syarikat Mustafa al-Babīy al-Halabīy. m/s. 286.
  2. ^ Kitab Keluaran 12-3:8 (Borneo dan SABDA)
  3. ^ "David Blumenthal on the Popularity of the Seder Due to the Manner of Its Celebration". Pitts Theology Library, Emory University.
  4. ^ "Haggadah, Passover." Ernst Goldschmidt, Bezalel Narkiss, Bezalel Narkiss, Joseph Gutmann, Robert Weltsch, Bezalel Narkiss, Joseph Gutmann, Cecil Roth, Hanoch Avenary & Jody Myers. Encyclopaedia Judaica. Michael Berenbaum & Fred Skolnik (penyunting). Vol. 8. Ed. ke-2. Detroit: Macmillan Reference USA, 2007. m/s. 207-217. 22 vols.
  5. ^ "Mishna, Pesahim, Chapter 10". Dicapai pada 2009-06-17.

Pautan luar

sunting
  NODES