Seruling Ajaib
Seruling Ajaib (bahasa Jerman: Die Zauberflöte disebut [ˈdiː ˈt͡saʊ̯bɐˌfløːtə]), K. 620, ialah sebuah opera dua babak karya Wolfgang Amadeus Mozart untuk sebuah libreto berbahasa Jerman karya Emanuel Schikaneder. Karya ini berbentuk Singspiel, sebuah bentuk popular yang melibatkan dialog bernyanyi dan bercakap. Karya ini dipersembahkan buat julung kalinya di Freihaus-Theater auf der Wieden, sebuah teater milik Schikaneder di Viena, dua bulan sebelum kematian komposernya.
Seruling Ajaib | |
---|---|
Singspiel oleh W. A. Mozart | |
Judul asal | Die Zauberflöte |
Libretis | Emanuel Schikaneder |
Bahasa | Jerman |
Tayangan perdana | 30 September 1791 Theater auf der Wieden, Vienna |
Dalam opera ini, Permaisuri Malam memujuk Putera Tamino supaya menyelamatkan anak perempuannya, Pamina, daripada tahanan ketua paderi Sarastro, namun sebaliknya, Putera Tamino menyedari betapa tingginya prinsip komuniti Sarastro dan mencari jalan untuk menyertai komuniti terbabit. Secara berasingan dan kemudiannya bersama-sama, Tamino dan Pamina menjalani ujian-ujian upacara inisiasi yang teruk, tetapi diakhir dengan kemenangan dengan terkalahnya Permaisuri Malam dan konco-konconya.