Serviks
Serviks atau leher/mulut/pangkal rahim[1] ialah bahagian bawah rahim (atau uterus) dalam sistem pembiakan perempuan manusia yang berhubung ke faraj. Serviks lazimnya berukuran 2 ke 3 cm panjang dan berbentuk silinder, dan berubah bentuk ketika kehamilan. Bahagian bawah serviks atau ektoserviks membonjol ke bahagian atas faraj. Serviks telah dikaji secara anatomi sejak sekurang-kurangnya zaman Hippocrates dalam kira-kira 2,000 tahun lampau.
Serviks | |
---|---|
Butiran | |
Pendahulu | Duktus Müller |
Arteri | Arteri faraj dan arteri rahim |
Pengenalpastian | |
nama bahasa Latin | Cervix uteri |
MeSH | D002584 |
TA | A09.1.03.010 |
FMA | FMA:17740 |
Terminologi anatomi |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Anisah Barakbah (2017). "Alat Sulit/Kuntum/Faraj". Ensiklopedia Perbidanan Melayu. Universiti Islam Malaysia Press. m/s. xv. ISBN 9789671330593.
Pautan luar
sunting- Media berkenaan Serviks di Wikimedia Commons