Setinggan
Setinggan ialah kawasan dan binaan penempatan yang terletak di atas tanah milik pemerintah tanpa mendapat kebenaran pihak pemilik. Selalunya, pola petempatan sesebuah kawasan setinggan ialah berselerak.
Istilah setinggan dipercayai serapan Inggeris sten gun yakni senjata api gunaan para penguasa yang mengawal pekerja raya hendak memusnahkan petempatan yang disasarkan memenuhi kriteria "diharamkan" serta askar-askar pengawal kampung baru yang menghimpunkan masyarakat Cina semasa zaman Darurat; pengungkapan ini dikatakan mula terbit secara bertulis dalam suatu laporan keluaran Utusan Melayu pada 27 April 1968.[1][meragukan ] Namun, istilah setinggan telah tercatat lebih awal iaitu seawal tahun 1879 dalam ungkapan "Batu Setinggan",[perlu rujukan] manakala senjata api tersebut mula digunakan pada tahun 1940-an.
Rujukan
sunting- ^ Azizah Kassim (1982). A history of squatting in West Malaysia with special reference to the Malays in Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya.