Dalam kriptografi, sifer penggantian (bahasa Inggeris: substitution cipher) merupakan kaedah sifer. Dalam sifer penggantian, teks biasa atau mesej yang hendak disampaikan akan disulitkan melalui proses penyulitan dengan menggantikan satu unit teks biasa dengan satu unit teks yang berbeza.[1][2] Satu unit itu boleh diwakili sama ada simbol, lukisan, abjad atau nombor.[2] Mesej yang telah disulitkan dikenali sebagai teks sifer. Disebabkan oleh sesetengah unit yang ditulis secara kerap, barangkali teks sifer yang menggunakan kaedah sifer penggantian itu mudah dinyahsulitkan dan boleh ditafsirkan sepintas lalu oleh pakar kriptologi yang berpengalaman.[1]

Sifer Pigpen, contoh sifer dalam sifer penggantian.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b John Vacca (4 Mei 2009). Computer and Information Security Handbook (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Science. m/s. 25. ISBN 9780080921945.
  2. ^ a b John Redden (September 2, 2017). Secret Code Book: Substitution Ciphers (dalam bahasa Inggeris). Lulu.com. m/s. 5. ISBN 9781387346080.
  NODES