Sindrom Klinefelter

Klinefelter merupakan masalah gangguan genetik yang menjejaskan lelaki. Sindrom Klinefelter bermaksud lelaki yang memiliki satu atau lebih kromosom X. Lelaki dengan sindrom Klinefelter disebut juga sebagai lelaki XXY atau lelaki dengan sindrom XXY.

Sindrom Klinefelter
Pengelasan dan sumber luaran
47, XXY
P. Data Penyakit7189
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Dalam kes yang jarang berlaku ini, ada lelaki sindrom Klinefelter yang memiliki tiga atau empat kromosom X atau satu atau lebih kromosom Y. Kebanyakkan lelaki dengan lebihan kromosom X tidak menyedarinya dan menjalani kehidupan dengan normal. Ia terjadi pada seorang dalam 500 hingga 1000 lelaki.

Simptom

sunting
   
Lelaki dengan sindrom Klinefelter yang tidak dirawat, didiagnos ketika 19 tahun

Simptom yang paling biasa berlaku ialah kemandulan. Simptom-simptom yang boleh dialami lelaki setelah baligh termasuklah:[1]

  • Potongan badan yang luar biasa (Kaki & tangan panjang dan pinggang pendek)
  • Masalah pembelajaran dan bahasa
  • Difungsi seksual
  • Saiz kemaluan yang lebih kecil berbanding lelaki lain yang seusia
  • Mempunyai sifat kewanitaan
  • Memiliki payu dara
  • Tulang yang lemah
  • Kekurangan bulu di badan dan kepala
  • Kekurangan tenaga

Rujukan

sunting
  1. ^ "Klinefelter's Syndrome". MedlinePlus. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  NODES