Siri kereaktifan logam

Dalam kimia, siri kereaktifan logam ialah perkembangan analitikal, empirikal, dikira dan berstruktur bagi siri-siri logam, dan disusun mengikut "kereaktifan" mereka dari tahap reaktif yang tertinggi ke tahap reaktif yang terendah.[1][2][3] Ia digunakan untuk meringkaskan maklumat tentang tindak balas logam dengan asid dan air, tindak balas sesaran tunggal dan pengekstrakan logam daripada bijihnya.[4]

Jadual kerekatifan

sunting
Logam Ion Kereaktifan Pengekstrakan
Sesium Cs Cs+ reaksi dengan air sejuk Elektrolisis
Rubidium Rb Rb+
Kalium K K+
Natrium Na Na+
Litium Li Li+
Barium Ba Ba2+
Strontium Sr Sr2+
Kalsium Ca Ca2+
Magnesium Mg Mg2+ bertindak sangat perlahan dengan air sejuk, namun
deras dalam air mendidih dan cergas dengan asid
Berilium Be Be2+ bertindak dengan asid dan stim
Aluminium Al Al3+
Titanium Ti Ti4+ bertindak dengan asid mineral pengekstrakan pirometalurikal (pyrometallurgical) menggunkan magnesium
atau jarang dikenali sebagai logam alkali, hidrogen atau kalsium dalam proses Kroll
Manganese Mn Mn2+ bertindak dengan asid, namun bertindak lemah dengan stim peleburan melalui kok
Zink Zn Zn2+
Kromium Cr Cr3+ reaksi aluminotermik
Besi Fe Fe2+ peleburan melalui kok
Kadmium Cd Cd2+
Kobalt Co Co2+
Nikel Ni Ni2+
Timah Sn Sn2+
Plumbum Pb Pb2+
Antimoni Sb Sb3+ mungkin reaktif dengan cergas dengan asid pengoksidaan pengekstrakan haba atau fizikal
Bismut Bi Bi3+
Tembaga Cu Cu2+ bertindak perlahan dengan air
Tungsten W W3+ mungkin reaktif dengan cergas dengan asid pengoksidaan
Merkuri Hg Hg2+
Perak Ag Ag+
Emas Au Au3+[5][6]
Platinum Pt Pt4+

Dari bahagian bawah ke bahagian atas jadual siri kereaktifan logam:

  • peningkatan kereaktifan bagi suatu logam;
  • kehilangan elektron (redoks) lebih mudah untuk membentuk ion positif;
  • lebih mudah terhakis atau rosak;
  • memerlukan lebih banyak tenaga (dan kaedah yang berbeza) untuk diasingkan daripada sebatian suatu logam;
  • menjadi agen penurunan yang lebih kuat (penderma elektron).

Rujukan

sunting
  1. ^ France, Colin (2008), The Reactivity Series of Metals
  2. ^ Briggs, J. G. R. (2005), Science in Focus, Chemistry for GCE 'O' Level, Pearson Education, m/s. 172
  3. ^ Lim Eng Wah (2005), Longman Pocket Study Guide 'O' Level Science-Chemistry, Pearson Education, m/s. 190
  4. ^ "Metal extraction and the reactivity series - The reactivity series of metals - GCSE Chemistry (Single Science) Revision - WJEC". BBC Bitesize (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-03-24.
  5. ^ Activity series di Wayback Machine (diarkibkan 2019-05-07)
  6. ^ Wulsberg, Gary (2000). Inorganic Chemistry. m/s. 294. ISBN 9781891389016.
  NODES
Note 1