Skrotum atau kerandut atau kantung pelir ialah suatu struktur pada sistem pembiakan lelaki yang terletak di dasar zakar yang terdiri daripada suatu pundi kulit dan otot licin dwiruang yang tergantung. Skrotum wujud dalam kebanyakan mamalia darat. Skrotum memiliki fasia sperma luaran, testis, epididimis dan duktus deferens. Struktur ini merupakan kembangan daripada perinium dan membawa beberapa tisu abdomen sperti arteri/vena testis dan pleksus pampiniform. Rafe perinium merupakan suatu garis lurus kecil di kulit skrotum, denga septum skrotum di bawahnya. Di badan manusia serta beberapa mamalia lain, skrotum dilitupi oleh bulu pubis ketika mencapai baligh. Skrotum ini lazimnya akan mengecut ketika pancutan mani serta dalam persekitara sejuk. Satu testis lazimnya berkedudukan lebih rendah daripada satu lagi untuk mengelakkan perlanggaran dan penghimpitan kedua-dua testis ketika ditekan.[1]

Scrotum
Diagram skrotum.
Butiran
PendahuluLipatan labioskrotum
SistemPembiakan
ArteriArteri skrotum anterior & Arteri skrotum posterior
UratVena testis
SarafSaraf skrotum posterior, Saraf skrotum anterior
LimfaNodus limfa inguinal superfisial
Pengenalpastian
nama bahasa LatinScrotum
MeSHD012611
TAA09.4.03.001
A09.4.03.004
FMAFMA:18252
Terminologi anatomi

Secara biologi, skrotum adalah seerti dengan labia majora pada wanita. Walaupun wujud dalam kebanyakan mamalia, skrotum luaran tidak wujud pada mamalia air seperti ikan paus dan anjing laut,[2] serta beberapa jenis mamalia darat seperti Afrotheria, Xenarthra serta pelbagai kelompok kelawar, rodensia dan insektivor (pemakan serangga).[3][4]

Rujukan

sunting
  1. ^ Bogaert, Anthony F. (1997). "Genital asymmetry in men" (PDF). Human Reproduction. 12 (1): 68–72. doi:10.1093/humrep/12.1.68. PMID 9043905.
  2. ^ William F. Perrin; Bernd Würsig; J.G.M. Thewissen (26 Februari 2009). Encyclopedia of Marine Mammals. Academic Press. ISBN 978-0-08-091993-5.
  3. ^ "Scrotum". National Institutes of Health. Dicapai pada 6 Januari 2011.
  4. ^ Lovegrove, B. G. (2014). "Cool sperm: Why some placental mammals have a scrotum". Journal of Evolutionary Biology. 27 (5): 801–814. doi:10.1111/jeb.12373. PMID 24735476. S2CID 24332311.
  NODES