Solresol
Solresol ialah suatu bahasa buatan ciptaan François Sudre, bermula pada 1827. Beliau menerbitkan buku utama tentangnya, Langue musicale universelle, pada 1866, walaupun beliau telah mengiklankannya selama beberapa tahun sebelumnya. Solresol menikmati waktu popular seketika, mencapai kemuncaknya sebelum kematian Boleslas Gajewski yang telah menerbitkan Grammaire du Solresol pada tahun 1902.
Kosa kata
suntingTolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Solresol (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Perkataan bahasa Solresol dibentuk dengan hanya tujuh suku kata berdasarkan solfège. Suku kata tersebut boleh diwakili dengan pelbagai cara iaitu melalui nada not muzik berbeza, suku kata yang ditutur/nyanyikan (berdasarkan solfège, cara mengenalpasti not muzik), warna, simbol, isyarat tangan dan sebagainya.
Dalam bahasa ini, perkataan yang lebih panjang dibahagikan menjadi kategori maksud, berdasarkan suku kata atau not pertamanya. Perkataan yang bermula dengan 'sol' membawa maksud berkaitan kesenian dan sains, atau, jika bermula dengan 'solsol', penyakit dan perbuatan (cth, solresol, "bahasa"; solsolredo, "migrain").
Satu ciri unik Solresol adalah penafian maksud dengan membalikkan suku kata dalam perkataan. Contohnya, "fala" bermaksud baik atau sedap, dan "lafa" bermaksud tidak sedap atau tidak baik.
Jadual berikut menunjukkan perkataan-perkataan dua suku kata:
Suku kata pertama / kedua | (tiada) | -do | -re | -mi | -fa | -sol | -la | -si |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Do- | tidak, bukan | (kala tak sempurna) | saya | kamu (tunggal) | dia | diri, sendiri | seseorang | lain-lain |
Re- | dan, dan juga | saya, saya punya | (kala lampau) | kamu punya (tunggal) | dia punya | kami punya | kalian, kalian punya | mereka punya |
Mi- | atau, ataupun | untuk | siapa, yang mana, bahawa | (kala depan) | whose, of which | baik-baik | ada, lihatlah | selamat petang/malam |
Fa- | to | apa? | dengan, bersama | ini, itu | (kala syarat) | kenapa, untuk sebab apa | baik, sedap (dimakan) | sangat, amat |
Sol- | jika | tetapi | dalam / di dalam | salah | kerana | (kata perintah) | selama-lamanya, selalu, tanpa henti | terima kasih |
La- | (artikel pasti) | tiada, tak apa, tak siapa | oleh | sini, sana | buruk, teruk | tidak pernah, tidak akan | (partisipel kini) | kepunyaan |
Si- | ya, baik, setuju, dengan gembiranya | sama (benda) | setiap, tiap-tiap | selamat pagi/petang | sedikit, jarang | Encik* | pemuda, bujang* | (partisipel pasif) |
* Untuk menukar menjadi perempuan, stres diberikan kepada suku kata terakhir.
Ciri-ciri tambahan
suntingCiri-ciri lain Solresol termasuk:
- amat saksama (sama senang susahnya untuk semua orang seperti bahasa buatan a priori lain)
- sistem bersepadu (bahasa isyarat, warna, dll.) untuk kebanyakan jenis golongan cacat, boleh digunakan serta-merta tanpa pembelajaran khas)
- mempercepatkan pembelajaran golongan buta huruf (hanya 7 suku kata atau tanda atau 10 huruf untuk dikenali dan dicam)
- tiada kesusahan perlafazan
- sistem yang amat ringkas tetapi berkesan untuk membezakan fungsi perkataan dalam ayat
Setelah disambut baik selama beberapa tahun, Solresol semakin dilupakan kerana disaingi bahasa-bahasa yang lain seperti Volapük dan Esperanto. Walaupunbagaimanpun, masih terdapat sebilangan kecil penggemar Solresol di merata dunia yang mampu berhubung sesama sendiri melalui bahantara elektronik seperti Internet berbanding pada masa lampau.
Rujukan
suntingRencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (September 2010) |
- Umberto Eco. The Search for the Perfect Language. 1993. ISBN 0-631-20510-1
Lihat juga
suntingPautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Solresol |
- Langmaker.com about Solresol Diarkibkan 2004-02-03 di Wayback Machine
- html-version of the text of the book of François Sudre edition from 1866, Gajewski's Grammar of Solresol, edition 1902, translated in different languages, dictionary of Solresol with more than 13.000 French equivalents in a MySQL data base, and different other texts on artificial languages (Esperanto from 1897, Ido from 1908, Occidental from 1930, and soon, Universalglot, Jean Pirro, from 1868)
- Omniglot on the various ways of writing Solresol
- The Athanasius Kircher Society's blog entry on Solresol
- Grammar of Solresol by Boleslas Gajewski
- Solresol-English/French Mini-Dictionary
- Solresol text collection including full Solresol-French dictionary