Soviet (Bahasa Rusia: сове́т, tr. sovét, Sebutan bahasa Rusia: [sɐˈvʲet], ertinya "dewan") dalam konteks sejarah Rusia adalah organisasi politik dan badan pemerintahan yang wujud dengan sistem tersendiri pada lewat zaman Empayar. Konsep ini biasanya berkait kuat dengan Revolusi Rusia dan sejarah Kesatuan Republik Sosialis Soviet di mana kelompok ini dipercayai sebagai asas pemerintahan entiti tersebut.[1][2]

Etimologi

sunting

“Soviet” berasal dari kata bahasa Rusia yang ertinya "dewan", "majlis" atau "perhimpunan". Ia datang daripada akar bahasa Proto-Slavik *vět-iti "memberitahu".

Berikut merupakan istilah sepadan yang diberikan dalam bahasa-bahasa tertentu lain yang pernah digunakan atau didedahkan kepada kawasan:

Perkembangan

sunting

Zaman Empayar

sunting

Sistem ini dicatat bermula dengan wujudnya suatu majlis pekerja pada Mei tahun 1905 di Ivanovo, barat laut Moskva semasa Revolusi Rusia 1905. Volin pula menyatakan pertubuhan sebegini mula wujud di Sankt-Peterburg pada Januari tahun sama.

Zaman Kesatuan

sunting

Dokumen-dokumen perlembagaan tahun 1924 dan 1936 memperuntukkan majlis-majlis soviet sebagai asas paling dasar pemerintahan Republik Sosialis.[1][2] Turutan hierarki pentadbiran yang diagihkan adalah seperti berikut:[3]

  • Wakil-wakil kilang dan kampung menjawab kepada soviet bandar
  • Kuasa soviet-soviet yang dikumpulkan kepada peringkat kawasan,
  • soviet-soviet kawasan dan bandar akan melantik wakil provinsi
  • Wakil provinsi menghantar delegasi kepada soviet peringkat republik,
  • Soviet-Soviet Republik-Republik Kesatuan menghantar delegasi ke Soviet Agung.

Pelantikan secara piramid keahlian ini ditetapkan tahun 1936.[4]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b http://pwerth.faculty.unlv.edu/Const-USSR-1924(abridge).pdf
  2. ^ a b "Full text of "1918 Soviet Constitution"". archive.org.
  3. ^ Getty, J. Arch (1991). "State and Society Under Stalin: Constitutions and Elections in the 1930s". Slavic Review. 50 (1): 18–35. doi:10.2307/2500596. JSTOR 2500596.
  4. ^ "1936 Constitution of the USSR, TOC". www.departments.bucknell.edu.

Bacaan tambahan

sunting
  NODES
Done 1
eth 1
lenin 1