01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30  
Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun | Julai | Ogos | September | Oktober | November | Disember

April ialah bulan keempat dalam sebuah tahun dalam takwim Gregorius dan merupakan salah satu daripada empat bulan yang mempunyai 30 hari.

April bermula pada hari yang sama dengan Januari pada tahun lompat dan bulan Julai pada semua tahun.

Peristilahan

sunting

Nama "April" berasal daripada bahasa Latin aprilis[1] sama ada daripada perkataan Latin aperire yang bererti "membuka", kemungkinannya merujuk kepada pokok-pokok berkembang pada musim bunga, ataupun daripada nama Aphrodite, dewi cinta dipercayai masyarakat Yunani Purba atau dewa Apru disembah masyarakat Etruria.

Kawasan-kawasan dalam Selatan Thailand menggunakan nama "Misayon" (Jawi: ميسايون, menyerap Bahasa Thai: เมษายน meesaǎ-yon) dalam urusan persuratan rasmi kerajaan dalam negara tersebut selari dengan takwim rasmi digunakan; ia dinamakan sempena cerapan rasi Bebiri dilambangkan makhluk serupa (meṣa).

Sejarah

sunting

April pada asalnya merupakan bulan kedua dalam takwim Romawi asal,[2] kedudukan ia terubah dengan penambahan bulan-bulan Ianuarius dan Februarius pada zaman pemerintahan Numa Pompilius sekitar tahun 700 SM. Ia akhirnya menjadi bulan keempat setelah sistem 12 bulan ditetapkan pada sekitar tahun 450 SM.

Bilangan hari April pada asalnya tetap pada 28 hari sebelum ditambah sehari pada 450 SM. Jumlah 30 hari ditetapkan dalam pembaharuan pentarikhan dilakukan pemerintahan Julius Caesar pada lewat 40-an SM sebangunnya takwim baharu zaman baginda.

Rujukan

sunting
  1. ^ "April". Chambers's Encyclopædia. 1. London: George Newnes. 1961. m/s. 497.
  2. ^   Satu atau lebih ayat sebelumnya menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). "April". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 2 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 230.
  NODES