Star Film (Perancis)
Syarikat Star Film ("nama dagangnya") atau nama asalnya Manufacture de films pour cinématographes[1]}} adalah sebuah syarikat pengeluaran filem Perancis yang dikendalikan oleh Georges Méliès, seorang pakar ilusi dan pengarah filem.
Sejarah
suntingPada 28 Disember 1895, Méliès menghadiri pertunjukkan pertama teknologi kamera Kinetoscope oleh para pelopornya, Auguste & Louis Lumière di 14 Boulevard des Capucines di Paris. Méliès, segera mendekati Antoine Lumière dan menawarkan untuk membeli sebuah projektor Lumière untuk percubaannya sendiri; namun Antoine enggan bervuat demikian meskipun berulangkali Méliès terus membuat tawaran selepas itu.[2] Méliès seterusnya beralih berjumpa Robert W. Paul di United Kingdom - beliau berjaya memperoleh projektor Animatographe dari Paul pada Februari 1896, dengan sebanyak ₣1,000 disertakan koleksi filem pendek sesetengahnya oleh Paul manakala beberapa yang lain oleh Edison Studios. Méliès menayangkan filem-filem dibelinya ini di teater ilusinya, Théâtre Robert-Houdin, pada April 1896. [2]
Sementara itu, setelah mempelajari prinsip-prinsip bagaimana projektor Paul berfungsi, Méliès mereka kamera buatannya sendiri dengan bantuan seorang mekanik, Lucien Korsten di bengkel teater menggunakan bahagian-bahagian mesin ilusi terawalnya yang dikitar semula. Pada 2 September 1896, Méliès, Korsten, dan seorang rakan sekutu, Lucien Reulos, memperoleh paten atas kerja mereka yang dirasmikan sebagai Kinétograph, dan pada 2 Disember Méliès mencipta jenama Star Film, dengan slogan "The Whole World Within Reach" ("Seluruh Dunia Dalam Jangkauan." [3]
Nota kaki
suntingRujukan
sunting- ^ Malthête, Jacques; Mannoni, Laurent (2008). L'oeuvre de Georges Méliès. Paris: Éditions de La Martinière. m/s. 28. ISBN 9782732437323.
- ^ a b Frazer, John (1979). Artificially Arranged Scenes: The Films of Georges Méliès. Boston: G. K. Hall & Co. m/s. 33–35. ISBN 0816183686.
- ^ Hammond, Paul (1974). Marvellous Méliès. London: Gordon Fraser. m/s. 30. ISBN 0900406380.